BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Indahnya Raya

Tuesday, September 29, 2009

Indahnya Raya..

Barangkali menjelang aidilfitri sibuk seluruh isi rumah menyediakan juadah yang terbaik khusus untuk sambutan aidilfitri. Gelak tawa ketika mengadakan gotong royong sempena sambutan bermakna itu mungkin mengurangkan sedikit penat lelah sepanjang hari terakhir berpuasa itu. Raya tahun ini berbanding tahun sebelumnya memang tidak dapat dinafikan polanya sudah berubah. Jika dahulu orang sibuk menunggu hari raya yang mulia untuk mengunjungi sanak saudara serta sahabat handai tetapi lain senarionya kini. Mereka berlumba0-lumba untuk menonton tayangan hebat dengan menonton rancang istimewa raya. Zaman kini televisyen berbayar seperti astro merupakan pilihan. Memang tidak dinafikan peralihan zaman itu turut menghakis nilai murni yang dituntut agama. Oleh itu peranan kita untuk menghidupkan kembali roh syawal yang dahulunya begitu semarak dengan tradisi kunjung mengunjung serta bermaaf-maafan. Mungkin pelbagai rancang yang menarik disajikan ditelevisyen boleh diojadikan alternative atau opsyen kedua jikalau tidak boleh meneruskan tradisi di atas.

Berbalik dengan isu lagu raya yang sibuk diperkatakan di rancangan televisyen mahupun radio yang mencari punca kenapa lagu raya kini tidak ‘sekuat’ lagu raya dahulu. Menurut pandangan saya, hal ini demikian kerana lagu raya masa kini lebih menjurus kea rah menciplak lagu terdahulu. Hal ini saya salahkan kepada syarikat rakaman, penyanyi dan dan penulis lirik terutamanya. Sebagai contoh lirik ‘hari raya hari mulia’, ‘ mensuci hening dosa’ sudah tidak releven untuk diguna malah boleh menyebabkan pendengar meluat! Saya tidak menyalahkan lagu-lagu yang didendangkan oleh Ahmad Jais, Noorkumalasari, Dayangku Intan dan selainnya, kerana mereka boleh dikatakan yang pertama menggunakan istilah itu.. Lagu masa kini sudah tiada variasi lagi. Hal ini begitu berbeza dengan lagu-lagu raya oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Lagu-lagu beliau tidak keterlaluan saya cakap mempunyai roh tersendiri dan mood raya sama dengan lagu-lagu raya evergreen terdahulu. Dato’ boleh dikatakan berani lari daripada bentuk dan lirik lagu raya terdahulu. Diharap diluar sana tidak marah dengan artikel ini kerana ini merupakan hakikat yang pahit untuk ditelan. Diharap penyanyi yang menginginkan lagu raya mereka terus menjadi ikutan dan siulan tatkala raya menjelang haruslah berani mencuba perkara baru kerana pasti ada yang menghargainya.. J

PENGHAYATAN HARI NUZUL AL-QURAN..

Monday, September 07, 2009



Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

ERTI 52 TAHUN MERDEKA...

Thursday, September 03, 2009


SAJAK KARYA MABA.. LUMPUH SEDIH..


52 tahun menggapai kebebasan mutlak,

Ya 52 tahun lampau negara ini

Mula mengenal erti bebasnya seekor burung merpati putih

merangkak, bertatih, berjalan, berlari

mengejar kemajuan yang nyata sedikit mundur

terduduk tatkala usaha menemukan kegagalan

pipi menjamah keringat dan air mata pedih..


52 tahun negara sepi dari bunyi bising senjata asing

ya 52 tahun dahulu baru telinga

bebas dari ancaman bunyi yang memaksa perginya nyawa

perjuangan silam disangka tidak dikhianati

tidak... tidak... tidak... bangsa tertawan

mudah terleka, terjelepok mendamba

telunjuk asing sekali lagi

sedihnya pilunya

kobar semangat wira dahulu diganti

dengan kekalahan minda menepis jajahan akal

jajahan yang kulihat seperti
barah nerekah, membesar, menyakitkan


ayuh wira sepakati srikandi

agar barah yang tiada penghujung ini

dapat dibuang lenyap menyusuri erti

kebebasan yang dilaungkan

52 tahun silam merupakan 52 tahun jerih

perih tok janggut, dato' bahaman dan

selainnya mempertahankan kedaulatan pertiwi..


ya... 52 tahun lampau, dahulu, silam..


Assalamualaikum w.b.t..

Salam perpaduan, wira menyusun kata bermadah hujah dalam memperkasakan pendapat berkaitan kemerdekaan yang sudah mencecah 52 tahun lamanya..

Merdeka ke-52 tahun merupakan suatu hayat yang jika dibandingkan dengan manusia sudah mencapai usia tua yang digelar jubli emas. Jika perumpamaan ini dilaksanakan, jelas pengisian rakyat malaysia terhadap erti 52 tahun merdeka sudah semakin dilupakan.. Umpama tua yang perlu dibelai dan dikasih serta dimanja, begitu juga pengisian dalam sambutan kemerdekaan perlu diadaptasi supaya bersesuaian dengan perubahan semasa


Jemu apabila acap kali kemerdekaan dikaitkan dengan membebaskan tanah air dari kemelut jajahan Barat. Apa kata merdeka ke-52 tahun 1 Malaysia : rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan disingkap dan digarap menggunakan pendekatan yang berbeza.


Ramai yang berkata, Merdeka ialah bebas..

Bebas bagi golongan muda seringkali diorientasikan dengan hawa nafsu atau lebih dikenali budaya Hedonisme.. Senang cerita berpaksikan barat. Ingin mengambil contoh yang mungkin sedikit lari tajuk pokok tetapi pendedahannya tetap sama! Rakyat jepun masa kini menurut akhbar tempatan begitu menggilai rambut dengan warna semula jadi seperti warna hitam. Wah, sini menonjolkan bahawa hal sebaliknya berlaku di Malaysia. Inilah yang dikatakan erti bebas jika diterjemahkan oleh hati muda yang masih mencari identiti dan jati diri bakal menemui bencana kelak binasa. Bebas bagi jiwa ank muda masa kini haruslah dibimbing dengan betul.. Bimbingan menurut tafsiran sya diperolehi dgn cara membaca umumnya. Guru dicari tatkala kandungan yang dibaca gagal difahami. Ajaran yang difahami kemudian diterjemahkan dengan gerak kerja anggota. Kemudian 'bebas' pada peringkat ini barulah dilatari erti kebebasan yang sebenar. Bebas juga merujuk sikapn sesuatu bangsa dalam tamadun Merdeka yang sentiasa belajar dan berusaha memahaminya..


Bangsa yang nerdeka pada pendapat saya perlu begitu bijak dan berhemat dalam menguruskan masa. Waktu berkualiti merupakan masa dimana pekerja meningkatkan produktiviti dan pemimpin memikirkan cara memperhebatkan bangsa! Melalui platform terbabit usaha yang berterusan ini jangan tidak percaya bakal memantapkan sebuah negara yang aman merdeka. Masa turut diganmbar bermakna dalam beberapa peribahasa seperti "masa ibarat emas" dan "masa ibarat pedang".


Samapai disini sahaja kalam saya menyusun bahasa, menukilkan erti 52 tahun merdeka berdasrkan ideologi saya dan masyarakat umumnya. Jelaslah, merdeka sudah-sudahlah memperkatakan sejarah lampau tetapi tiada salahnya dalam mengenang sejarah itu.. Cuma, mungkin pembaharuan yang telah saya ketengahkan diharap dapat difikirkan bersama

LAGAK ANAK SEDARA AMZAR DAN AZIB

Friday, July 24, 2009











MENTOR3.. AKHIRNYA!!

Monday, July 13, 2009










Malam penentuan MENTOR 3 semalam akhirnya selesai selepas beberapa isu hangat melanda program terbabit.. Seperti yang dijangka, TV3 tidak pernah mengecewakan penonton setianya pada malam kemuncak MENTOR3 semalam. TV3, walaupun tidak mengadakan konsert MENTOR3 di tempat yang berprestij seperti stadium Bukit Jalil sebagai contoh tetapi tahap konsert semalam wajar diberikan pujian setinggi langit!

Malam kemuncak MENTOR3 semalam seperti biase dihoskan oleh pengacara berpotensi besar, Ally Iskandar.. Persembahan pembukaan yang mantap semalam nampaknye tidak berape menyengat! Rasenya sume org sedia maklum tentang kegagalan mikrofon Thye untuk berfungsi.. Teguran yang ingin saye suarakan ialah pihak produksi MENTOR3 haruslah memainkan peranan dan haruslah mempunyai perancangan yang baik bagi menangani masalah seperti ynag menimpa Thye.. Namun, dapat lihat kesungguhan protege2 yang laen bagi 'coverline' masalah yang dihadapi Thye. Pujian kepada rakan bekas2 protege!

Percaturan pihak produksi dgn menampilkan Black sebagai protege pertame yang membuat persembahan diikuti Fira dan Chaq langsung tidak dapat menyekat kemaraan Black bagi mengungguli juara musim ke-3 MENTOR.. Persembahan pertama Black ialah persembahan solo. Black menyampaikan lagu medley Jeritan batinku, Jangan Kau Mimpi dan Nakal.. Masya-Allah persembahan ini begitu memukau Black sampaikan.. Penghayatan yang ikhlas merupakan bonus terhadap Black disamping keunikannya. Persembahan pertama Fira ialah lagu barunya yang bertajuk Bukan Niatku, ciptaan Sharon Paul. Lagu yang sangat hebat dan sesuai dgn kelantangan vokalnya.. Chaq turut mengambil pendekatan serupe dgn Black apabila persembahan solo beliau turut menyampaikan lagu secara medley. Antara lagu tersebut ialahRevolusi dan Tapi Bukan Aku. Persembahan Chaq ini aku takrifkan biase2 sahaje masih tidak bertaraf konsert finale.. Ehm, nak komen pasal Nas Ahmad. Dier ni nampak macam tidak begitu bersedia di malam finale tersebut. Bukan malam itu sahaja tetapi kebanyakkan konsert MENTOR3. Nas Ahamd pun satu, dia sebagai pihak media yang berpengaruh sepatutnya tidak membacakan komen2 yang negatif pasal finalis yang dilayangkan di laman web www.tv3.com.my/mentor3

Pusingan kedua menampilkan para finalis bersaing bagi mempersembahkan persembahan yang mantap. Black sekali lagi memulakan pusingan kali ini. Namun percaturan Mas Idayu dgn menjemput Mus MAY dan Shamrin merupakan percaturan yang berani. Kelibat dua lagenda rock terkenal tanah air ini langsung tidak menenggelamkan aura Black. Vokal yang dipertaruhkan dgn penuh bersahaja mampu melopongkan mulut penonton yang menyaksikan persembahannya di MBSA Shah Alam. Saingan sengit Fira wajar diberi pujian. Fira berduet dgn One Nation Emcee menerusi lagu Dont Stop The Music dan Right Round turut menyuntik elemen baru dgn mengubah sedikit lyricsnya kepada bahasa malaysia. Chaq pada pusingan kali ini turut menyampaikan lagu terbaru ciptaan mentornya, Ajai. Lagu baru tersebut diberikan tajuk Penjelasan Satu Persatu. pada pandangan saya, kebanyakkan lagu yang dipertaruhkan Ajai kpd protegenye semua lagu yang play save sahaja. Langsung tidak menguji kehebatan vokalnya.. So, tidak banyak yang dapat dikomen dgn persembahan Chaq..

Pusingan ketiga kali ini terus meletakkan Black di tahap yang selesa. Vokalnya yang mantap dan unik terus mempesonakan menerusi persembahannya yang terakhir dgn lagu baru ciptaan pengarah muzik Mas Idayu, Yuzai yang bertajuk Aku Rindu Sayang Kamu. Pemfokusan Black terhadap satu genre sahaja mendapat pujian daripada juri. Rate2 juri yang mengadili konsert finale semalam terkesima dgn kelantangan vokal Black yang susah untuk dicari di dalam industri seni suara Malaysia. Fira meneruskan kecemerlangan vokalnya menerusi persembahan solo, terakhir. Menggunakan strategi yang sama dgn finalis yang lain iaitu persembahan medley lagu2 seperti Atas Nama Cinta, Semerah Padi dan Joget Berhibur. Rata2 juri tidak bersetuju dgn pendapat mentornya pada awalnya iaitu Fira menyanyikan lagu yang berbeza genre bagi menguji vokalnya. Para juri berpendapat pemfokusan terhadap sesuatu genre itu perlu bagi Fira melayari onak duri industri seni tanah air. Ape2pun A+ terhadap persembahan dan gaya silat yang memukau. Chaq menghabisi persembahannya dgn membawakan lagu berduet bersame Stacy, adiknye menerusi lagu yang dibawakan secara medley iaitu Aku Cinta Aku Rindu, Jai Ho, dan Boom Boom Pow! Kemantapan tariannya sukar dipertikaikan.. Tetapi masih ade weakness dlm suaranya. Muke shj dah tak maen dalam industri ini.. Pada pusingan terakhir para finalis mengetahui jumlah markah yang disumbangkan oleh juri awam yang terdiri drpd pelajar jurusan seni IPTA dan IPTS serta penerbit rancangan hiburan tv3. Black memperolehi 14 markah, Fira 13 markah dan Chaq 19 markah! Eh, biar betol Chaq dapat 19 markah...? Pihak produksi haruslah wisely choose juri awam kerana pada hemat saye juri awam rate2nye rabun dan semua boleh dikatakan peminat fanatik Stacy!!

Ape2pun juara mutlak tetap milik Black dgn 75markah diikuti Chaq 52.6 dan Fira 35.8mata.. Sedih saye bg pihak Fira. Rasenye dgn persaingan yang diberikannya, she deserve the 2nd place. Tetapi rezki dan nasib bukan dipihaknya malam tadi. Overall, persembahan yang bagus dan mantop dari ketiga-tiga finalis.. TV3 meneruskan tradisi dgn menghasilkan bakat baru yang berkualiti tidak seperti tv swasta yang laen lebih spesifik tv berbayar yang menyuap penonton dgn publisiti yang sarat tetapi kualitinye kurang. Syabas tv3 dan produksi MENTOR3. Tunjuk ajar ku sifu...!!

ANUGERAH PLANET MUZIK 2009 18HB JULAI 2009

Saturday, July 11, 2009










FAIZAL TAHIR, SITI NURHALIZA DAN STACY ANTARA ARTIS MALAYSIA YANG BAKAL MENGGEGARKAN APM2009



SHOUT AWARDS 17HB JULY 2009


MICHAEL JACKSON IN MEMORY...




PUNAH CINTA

menyelami, menyeberangi dalamnya
perasaan
mekar mewangi bertandang dinafikan
punah luluh hasrat suci
kembali menyakitkan parut
lama tidak mahu tidak dilupakan

cinta yang dulu kubangga
kini umpama benci akan kata-kata
indah berbau nista
suria pagi langsung kupandang kelam
bertemankan nur di kala
matahari berganti bulan
siang tibanya malam

punah cinta begitu kelat kutelan
langsung kupandang sepi
sesepi dingin malam embun
bertaut di sisi-sisi daun, enggan menerimanya

kusedar diri kerdil ini tidak perlu
berasa luluh hati
tuhan sentiasa menghulur cinta-Nya
yang hakiki
cinta-Nya tidak berbau nista
dambaan lalu kini kurasa
berakhirnya.... punah cinta

nukilan:-muhammad azrin @ maba

PEMBERONTAKAN SINIS

terpukau menyaksikan keindahannya
mentari diliputi sang langsir awan
tidak mampu menandingi keayuan
ciptaan-Nya
biarlah sejuta kata nista dihambur
disimbah keayuannya tidak terkalahkan

tenangnya rasa hati tatkala dia
melemparkan sewangi seharum
senyuman yang kekal abadi
limpahan neon di rata kota
mencipta satu pemberontakan sinis
yang sukar digambarkan

apresiasi terlukiskan di sana sini
menggerakkan perlakuan ronta yang
sedih meluluh perasaan hati
amukan ditengahkota diceruk kampung
menggusar perasaan sedih kembali
bertandang menyinggah di lubuk hati

senyumannya dulu berbanding
amukannya kini dua situasi berbeza
yang kini hancur remuk menanti diri
dimatikan
janji Ilahi tidak pernah tidak dikotakan
kini dinodai..

nukilan:-muhammad azrin @ maba

KETAKUTAN SUARA KEKUATAN

Masih kedengaran ketakutan suara itu
memecah hening pagi yang diselimuti
kedinginan pagi yang asyik
suara itu menjemput suatu roh semangat
berkobar yang jarang mengunjung sanubari ini

ketakutan yang dijeritkan suatu ketakutan
yang jarang benar kudengar
ya, ketakutan suara kekuatan
kekuatan yang kudamba bagi
memperjuangkan nasibnya...

mengapa ketakutan yang diekspresikan sebelum ini
kudengar lemah? selemah langkahku
bagi menghampirinya
ketakutan suara kekuatan tidak lagi
ku perdengarkan ke ruang sepi hati

tetapi bekalan yang dibekalkan tadi
langsung tidak kubuang
sebagai perakam yang terus meniup
semangat membara supaya ketakutan
tadi terus aku dengarkan

ketakutan yang dikurnia-Nya tidak
langsung kusangka senjata abadi
pendorong satu semangat kepada
hambanya yang lain

ketakutan suara kekuatan
ketakutan yang kunanti
sebagai penggerak kecekalan hati

nukilan:- muhammad azrin @ maba

PENASIHAT AKADEMIK, 1SSE

Tuesday, July 07, 2009

Em, kalo korang perasanlah kat bawah2 ruangan gambar kat blog aku ni yang name dier En Ismail Kamis... Perasan belom?? Hah, dia kan dulu ajar aku subjek Calculus mase 4cast dulu(Ekspres MARA-UTM)! Skrag ni dah jadi penasihat akademik ku.. Kihkih.. saje je strory kat you all! Em, korg nak taw tak kan kitaorg skang dah start kuliahkan? Tapi dari semalam hgga kini satu lecterur pun tak masuk kelas.. Tension tol! Tak tau lah nape depa sume ni.. Kitaorg sume da excited nak blaja nih.. Never mind nti jwb ngan Allah kat Padang mahsyar nti.. (emo plak, haha)

Hari ini punyer story, hah tadi aku baru selesai wat cimb clicks nak mudahkan urusan bile dok kat universiti nie, tak payah nak keluar duit bayar bil contohnyer.. Hari ni aku tak taw r demam da elok tapi mcm selera makan tu x ade! Sesape nak suggest ape2 tak?? Aku tgh tgu orang nak bluetooth video clips ni cewahh da ade hp canggih kan!! Hehe..

KEK ANEH!!!

Saturday, July 04, 2009






















AWAS AKSI MENJOLOK MATA, 18 SX





SAPE SUROH DIRTY MINDED... HEHE....!!!

UNEXPECTED MOMMENTS



Ehm, baru 4 hari MHS da demam. Ni firsttime demam tahun ni.. Hari ini pagi2 da ada program Larian Mahasiswa dari KTR ke padang sukan. Hish, penat gak tapi nak melawan penyakit demam ni ku gagahkan jua.. Tapi semangat tu skjp je. Nak tahu x asal?? Biaselah lepas larian ni mestilah ada program sukan, so aku ni x take part r. Elok2 da daftar dalam acara sukan rahsia boleh pulak krew2 MHS suruh daftar skali ag.. Ape pekdahnyer!! Nasib baek ade gang 4cast nak lepak yazre dan pdot. Boleh r merewang sane-sini. kihkihkihkih... Ha, stu lagi aku nak kongsi story.. Korang taw x yang senior kite kat MZMS dulu?? Em, diaorang pun buat degree kat cni. So, jumpa r mereka.. Kalo ikut pengalaman mase kat MZMS mase kita sume jd junior dorang. Hish, geram gak aku... Naseb baek ade yang bertegor sape dulu, aku dasar nye memang nak tgor kang clap orang plak.. Wei, korang sume doakan aku kat cni. Taknak demam dah. Ni pun skrg mase aku tls blog ni, mulut pun ade rase kelat2 ckit. Em, isnin ni nak stat kuliah dah.. 8hb ni... Nti r aku citer.. Assalamualaikum wbt

KASIHNYA IBU.. MEMBAWA KE SYURGA...

Friday, May 08, 2009


Mak.....Terlalu bosan rasa duduk membilang hari.....Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....Mak tau tak.....itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....mak macam dah sedia.....Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....kakak pun rasa hairan.....mak tak penah buat gitu.....pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......kengkadang siaran indonesia ..mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....pastu mak jemur karpet-karpet. ..pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..ada kat dalam almari.....ada kat dalam dalam beg.....ada dalam ASB.....ada kat dalam Tabung Haji..mak cakap tak berapa cukup lagi....ada kat dalam gulung tikar.....masa tu mak perasan takk..?? kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...mak cuma gelak jer...eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..
Mak.....Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....mak tetap takmau pi hospital.... .dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .tapi kiter berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..Mak tetap tak bersetuju... ..mak memang degil..tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..
Mak.....amponkan kami semua...kami nak mak sehat...kami sayang mak...kami tak mau mak sakit...kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....ampon kan kami yer mak....Mak.....Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta....Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit...mak gelak ajerr.....Lepas tu bila kereta kiter sampai....mak buat kenduri kesyukuran.. ....Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...mak, kiter menipu mak kan ..ampon kan kiter....
Mak.....Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006Bila tiba aja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain putih.....mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn. Mak tau tak....Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...Adik kat sebelah diam melayan perasann...Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...jalan di depan terasa makin kelam.....airmata dah tak mampu di tahan....Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong. ...sekosong hati ini.....Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....Mak......Kiter masih ingat lagi...Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."Bila makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....Mak.....Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....kiter nangis ni.....Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....Takder orang yang bangun lagi.....kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...kiter rindu kat mak..!Takpa la.... mak tunggu ya..!Mak..nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak...Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir....Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....Kiter tak mampu nak cium mak..kiter tak daya....kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...badan akak terasa panas...makk...anak mak yang seorang tu demam....Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. Mak.....Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...Dan sampai satu tahap.... masa tu malam jumaat selepas maghrib...Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...kiter cuba bertahan...memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...Kiter rasa nak telefon mak...nak cakap dengan mak....anak mak yang ni dah tak betul kan ..?Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...Puas la kakak memujuk kiter...Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."Dan akhirnya akak juga nangis.....Mak tau tak..di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...rasa nyilu sangat...menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....
Mak....cukup la sampai sini dulu....kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan..Kiter cuma tau alamat ni aje...Takper yer mak...kiter kasi orang lain baca...Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..sampai masuk unibesiti..sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...boleh rasa duduk kat negara orang...sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas.. Sekian terima kasih, Yang Benar Anak mak yang dah tak degil
P:S surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati...selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia , ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah.. Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah.

KISAH BENAR... (BUKAN KISAH SAYA..)

DUNIA PADA TARIKH INI..

Tuesday, May 05, 2009









sumber berita harian www.bharian.com.my

SITI NURHALIZA..

Sunday, May 03, 2009


PELAJAR YANG TERSINGKIR KONSERT KE 8 AKADEMI FANTASIA 7


Ehmm.. Aku pun tak taw apa nak jadi dengan AF 7 ni.. Nantikanlah kesudahannya..

THE NEW MILLIONARE TOMOK, THE WINNER OF OIAM KE3
















Ya allah, gembiranya aku bila Shah Indrawan ni diumumkan sebagai pemenang.. Pada awal permulaan konsert aku tak sangka pun yang Shah Indrawan ni tersingkir.. Pihak produksi OIAM ke-3 begitu bijak apabila memberi peluang kedua buat Shah Indrawan sama macam Faizal Tahir (kalau masih ingat). Lega aku bile Marion dan Awal berkata semua Rakyat Malysia mahukan Shah Indrawan turut beraksi bersama Aweera dan Esther.. Persembahan yang mantap menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu, lagu Aizat (pilihan Tomok) dan lagu terbarunya Rindu Terhenti (ciptaan Aubrey Suwito) mampu mengujakan semua peminatnya dan penonton yang turut hadir..




Syafinaz dan Paul Moss pula memberikan kritikan membina.. Bagus tomok.. Aweera dan Esther juga turut menyampaikan lagu dendangan mereka dengan yang terbaik.. Inilah satu2nya program realiti yang menunjukkan bahawa semua pesertanya mampu untuk bertahan dalam industri muzik tanah air... Tomok terbaik...

SIAPA YANG BAKAL MENJUARAI OIAM MUSIM KE-3??

Friday, May 01, 2009


BAHANA VIRUS SELESEMA BABI..




HYE...

Thursday, April 30, 2009


Pejam celik pejam jelik.. Dah nak abis dah program yang aku tgh follow nie.. Dah nak abis dah program spc mara-utm.. Kalo korang nak tahu.. Aku final masa korang tgh nak daftar ke matrikulasi.. To all my fwens yang nak terus melanjutkan pelajaran ke matriks tew.. Buat yang terbaik do your best and try to make your parents proud to have you as their children..
Aku ada masalah skang.. Aku perasanlah.. Sejak akhir2 ni takdak owg nak kawan ngan aku.. Tak tawlah, takkan perasaan aku je kot.. Aku dah menambah akaun owg yang menjadi musuh aku.. Korang ingat aku nak mengalah je.. I do have my own strategy, kalo owg taknak cakap ngan aku.. Ada aku kesah nak cakap ngan diaorg.. Seribu kali korang menolak nak jadi kawan aku.. Sejuta kali aku tak nak kawan ngan ko, (kalo individu tu terasa taw2 sendiri jelah..) Aku tak suka orang yang memang tak cakap ngan aku kat luar.. Bile depan owg pura2 nak cakp ngan aku.. Ko ingat ko tew sapa?? Pelakon kehormat?? Bajet gler korang yang terasa padan muke..
Aku leh wat lebih daripada org tew wat kat aku..
Weh orang yang terasa.. Engko banyak ar kawan kat sini, sebab depa tew sume tak taw ko tu ape sebenarnya.. Tapi aku taw ko sape.. Jgn nak abis program ni sibuk2 baru nak cakap ngan aku..
Aku pun malas nak cakap pasal dia ni.. Mungkin dia tak perasan ape yang aku wat..
Aku nak cakap pasal satu benda ni, aku tak suka bile tgk kawan2 aku kutuk filem Malysia dan sibuk nak proud ngan buatan antarabangsa.. Aku tak marah sangat pasal benda tew, yang wat aku bengang macam nak menggila sebab dia compare fuilem tempatan ngan filem antarabangsa.. Abang ooi, jgn nak compare kite ngan negara barat tew, tgklah teknologi kite ngan diaorang jauh langit dgn bumi.. Tapi, Malaysia sedang ke arah itu yang pastinya..
K itu jelah aku nak merapik petang ni, korang sume doakan kau dapat result yang gempak dalam program ini, wish me luck and pray for my success. InsyaAllah niat baik korang doakan utk kesejahteraan aku kat sini akan dibalas oleh Yang Maha Kuasa
ASSALAMUALAIKUM...

WABAK SELESEMA BABI..

Tuesday, April 28, 2009




ASSALAMUALAIKUM SEMUA..



Helo semua... Rajin gler aku tulis blog aku ni.. Padahal bukan ada yang nak bace pun.. Hehehe...


Aku bukannya ape.. Boring gler dok sini bukan ada teman rapat pun.. Aku g ane2 even g makan pun sorang jer.. Bukan ada yang sudi menemani aku pun.. Takpelah.. Dah nasib aku tahu ada hikmah yang besar yang bakal menunggu kelak..


Weh, korang kalau nak taw aku g lah ms aku www.myspace.com/azrinahmad or frenster www.friendster.com/muhammadazrin and tak lupe http://www.facebook.com/ gune alamat emel aku azringenius@yahoo.com .


K ek nanti aku update blog ni lagi mase korang dapat result upu, msg aku kat 0129619816 or 0137980953.


Gud luck....


Korang jangan lupe g wesite seram rancangan misteri jam 12 terbitan ria 89.7 fm (radio singapura), di http://www.kisahmj12.blogspot.com/

PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT

Sunday, April 26, 2009




PULAGKANLAH ADIK SHARLINIE


KEAJAIBAN ALLAH






























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...