BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

RINI DAN OBRI PELAJAR YANG TERSINGKIR KONSERT 3 AF7

Sunday, March 29, 2009


Sunday, March 22, 2009

Seperti yang diramal, memang Nas Adila yang bakal terkeluar sudah pun tersingkir dari program sensasi Akademi Fantasia 7 semalam. Mengikut sejarah pembabitan artis didalam program realiti tiada seorang pun yang memenangi pertandingan nyanyian berkenaan. Seperti contoh musim pertama OIAM menyaksikan Dayang NurFaizah tidak dapat bertahan di dalam program tersebut dan Faizal Tahir hanya mampu menyandang naib juara OIAM musim pertama.

Pada musim yang kedua menyaksikan percaturan Siti Sarah, Anak ND LALA dan Alyah. Sekali lagi menyaksikan tersungkurnya Alyah dan Sarah Raisuddin. Tetapi anak ND LALA juga menyandang tempat kedua. Minggu lepas menyaksikan OIAM sekali lagi menyingkirkan penyanyi muda yang berbakat Pija. Ironinya, apabila program realiti ini diadakan duit undian rakyat Malaysia hanya tertumpu kepada bakat baru.

Perubahan yang dibuat oleh pihak penerbitan AF7 kali ini beserta produksi ASTRO benar2 mengujakan penonton apabila banyak perubahan drastik yang dilakukan seperti tarian menuju puncak diawalkan ke persembahan pertama dan para pelajar diberikan 2 lgu benar2 menguji kebolehan para pelajar. Siapa tahu transformasi yang dilakukan oleh krew produksi pada kali ini turut menyentuh format pertandingan nyanyian ini apabila turut memanjangkan AF7 ke 12 atau 13 minggu. Apa2 mungkin terjadi marilah bersama2 merasai transformasinya.....

GAMBAR PELAJAR AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7

Thursday, March 19, 2009



































KOMEN KE ATAS AKADEMI FANTASIA 7..

Musim kali ini AF7 tampil lebih segar berbanding musim2 yang terdahulu, iaitu mengenai syarat pemilihan calon pelajarnya. Nas Adila merupakan transformasi terbaru musim kali ini apabila artis yang tidak terikat dengan mana2 label dibenarkan utk bersama2 beradu dgn pelajar2 lain dalam usaha utk bergelar juara AF7! Apabila undian di buka memang tidak menghairankan Adila mendapat undian yang tercorot sepanjang minggu lepas. Masyarakat Malaysia seolah-olah tidak menggemari program realiti seperti AF7 yang sentiasa menampilkan bakat yang belum diketengah turut disertai oleh penyanyi yang pernah merakamkan 2 buah album sebelum ini. Dijangkakan Adila merupakan antara calon yang terawal meninggalkan pentas AF7. Kredit juga harus diberikan kepada Akim dan Hafiz yang begitu bijak menyampaikan persembahan masing2 pada malam konsert yang lalu!!! Syabas... Kritikan juri tetap nampaknya tidak begitu membina.

Bagi saya yang meminati industri hiburan tanah air, apabila Dato' Khatijah mengomen persembahan Akim bahawa Akim telah silap memilih lagu begitu pelik bunyinya. Beliau haruslah mengomen persembahan Akim keseluruhannya kerana Akim bagi diri saya telah menyampaikan lagu itu dengan berkesan sekali. Harap maaf kak Khaty! Untuk makluman semua barangkali semua warga Malaysia bersetuju dengan saya apabila kami mersakan diri kami tertipu dgn Diari AF yang disiarkan miggu lalu, kerana kami telah melihat semua pelajar telah menjalani latihan tarian selama seminggu tetapi pada pengakhiran malam konsert yang pertama tiada tarian Menuju Puncak yang ditarikan. Bagi saya, ini merupakan sejarah pertama AF musim kali ini apabila buat sekian kalinya tiada tarian tradisi AF itu. Pihak pengurusan ASTRO dan penerbit AF musim kali ini haruslah peka dgn keadaan yang sebegini!!! Sekian terima kasih.....





TAHNIAH!!!

Saturday, March 14, 2009

To all my friends, congratulations kerana dapat result yang gempak SPM2008 pada 12hb MAC 2008 yang lalu. Jutaan tahniah diucapkan kepada rakan2 yang memperoleh straight A and straight A1. Mereka ialah Chung Q-En 11A1, Norfadrin Asnawi, Margesh and Zahid 9A1. Teruskan kecemerlangan saudara saudari semua. Kepada yang tidak memperoleh results yang begitu membanggakan, jangan putus asa dan teruskan lagi usaha kerana SPM bukanlah penghujungnya tetapi baru permulaan. Saya?? Alhamdulillah berkat kesabaran dan penat lelah selama 2 tahun akhirnya membuahkan hasil saya dapat 8A dan 1B. secara detailnya, saya memperoleh gred A1 dalam mata pelajaran BM, BI, MATHEMATHICS, ADDITIONAL MATHEMATICS, SEJARAH, PENDIDIKAN ISLAM and CHEMISTRY. Manakala A2 dalam subjek biologi dan B3 dalam PHYSICS. MRSM MUADZAM SHAH telah memperoleh gps 2.37 lebih baik dari tahun lepas. Batch ALPHA SEIRA TERUS MENGUNGGULI KECEMERLANGAN DAN MEMACU KEJAYAAN. Tahniah semua. Jumpa lagi dalam masa yang terdekat ini. STRIVE FOR ALL A'S!! GO, FIGHT, WIN (3x) ALL A'S.....

KAPAL TANPA NAKHODA??

Friday, March 06, 2009

Imam Abu Hanifah pernah ditanya oleh sekumpulan manusia mengenai bukti kewujudan Tuhan Yang Maha Pecipta. Beliau menjawab, " Aku sedang berfikir mengenai sebuah kapal di laut yang sarat dengan muatan dan barang dagangan tetapi yang peliknya kapal ini tidak ada nakhoda dan anak-anak kapal. Ia belayar ke sana ke mari dengan sendirinya." Mereka yang mendengar perkataan Imam Abu Hanifah ini terus berkata, " Ini adalah satu kisah gila yang tidak masuk akal." Imam Abu Hanifah menjawab, " Kamu menganggap orang yang mengatakan kapal dapat belayar dengan sendirinya adalah satu kisah gila. Bagaimana pula dengan golongan yang mengatakan bahawa alam ini yang begitu halus dan tersusun kejadiannya terjadi dengan sendirinya tanpa Pencipta dan Pengurus?" Golongan yang menemui Imam Abu Hanifah itu tergamam dan akhirnya memeluk Islam. -Rujukan: Minda Muslim Super http://kelab-iqra.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...