BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

KAPAL TANPA NAKHODA??

Friday, March 06, 2009

Imam Abu Hanifah pernah ditanya oleh sekumpulan manusia mengenai bukti kewujudan Tuhan Yang Maha Pecipta. Beliau menjawab, " Aku sedang berfikir mengenai sebuah kapal di laut yang sarat dengan muatan dan barang dagangan tetapi yang peliknya kapal ini tidak ada nakhoda dan anak-anak kapal. Ia belayar ke sana ke mari dengan sendirinya." Mereka yang mendengar perkataan Imam Abu Hanifah ini terus berkata, " Ini adalah satu kisah gila yang tidak masuk akal." Imam Abu Hanifah menjawab, " Kamu menganggap orang yang mengatakan kapal dapat belayar dengan sendirinya adalah satu kisah gila. Bagaimana pula dengan golongan yang mengatakan bahawa alam ini yang begitu halus dan tersusun kejadiannya terjadi dengan sendirinya tanpa Pencipta dan Pengurus?" Golongan yang menemui Imam Abu Hanifah itu tergamam dan akhirnya memeluk Islam. -Rujukan: Minda Muslim Super http://kelab-iqra.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...