BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

KOMEN KE ATAS AKADEMI FANTASIA 7..

Thursday, March 19, 2009

Musim kali ini AF7 tampil lebih segar berbanding musim2 yang terdahulu, iaitu mengenai syarat pemilihan calon pelajarnya. Nas Adila merupakan transformasi terbaru musim kali ini apabila artis yang tidak terikat dengan mana2 label dibenarkan utk bersama2 beradu dgn pelajar2 lain dalam usaha utk bergelar juara AF7! Apabila undian di buka memang tidak menghairankan Adila mendapat undian yang tercorot sepanjang minggu lepas. Masyarakat Malaysia seolah-olah tidak menggemari program realiti seperti AF7 yang sentiasa menampilkan bakat yang belum diketengah turut disertai oleh penyanyi yang pernah merakamkan 2 buah album sebelum ini. Dijangkakan Adila merupakan antara calon yang terawal meninggalkan pentas AF7. Kredit juga harus diberikan kepada Akim dan Hafiz yang begitu bijak menyampaikan persembahan masing2 pada malam konsert yang lalu!!! Syabas... Kritikan juri tetap nampaknya tidak begitu membina.

Bagi saya yang meminati industri hiburan tanah air, apabila Dato' Khatijah mengomen persembahan Akim bahawa Akim telah silap memilih lagu begitu pelik bunyinya. Beliau haruslah mengomen persembahan Akim keseluruhannya kerana Akim bagi diri saya telah menyampaikan lagu itu dengan berkesan sekali. Harap maaf kak Khaty! Untuk makluman semua barangkali semua warga Malaysia bersetuju dengan saya apabila kami mersakan diri kami tertipu dgn Diari AF yang disiarkan miggu lalu, kerana kami telah melihat semua pelajar telah menjalani latihan tarian selama seminggu tetapi pada pengakhiran malam konsert yang pertama tiada tarian Menuju Puncak yang ditarikan. Bagi saya, ini merupakan sejarah pertama AF musim kali ini apabila buat sekian kalinya tiada tarian tradisi AF itu. Pihak pengurusan ASTRO dan penerbit AF musim kali ini haruslah peka dgn keadaan yang sebegini!!! Sekian terima kasih.....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...