BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 22, 2009

Seperti yang diramal, memang Nas Adila yang bakal terkeluar sudah pun tersingkir dari program sensasi Akademi Fantasia 7 semalam. Mengikut sejarah pembabitan artis didalam program realiti tiada seorang pun yang memenangi pertandingan nyanyian berkenaan. Seperti contoh musim pertama OIAM menyaksikan Dayang NurFaizah tidak dapat bertahan di dalam program tersebut dan Faizal Tahir hanya mampu menyandang naib juara OIAM musim pertama.

Pada musim yang kedua menyaksikan percaturan Siti Sarah, Anak ND LALA dan Alyah. Sekali lagi menyaksikan tersungkurnya Alyah dan Sarah Raisuddin. Tetapi anak ND LALA juga menyandang tempat kedua. Minggu lepas menyaksikan OIAM sekali lagi menyingkirkan penyanyi muda yang berbakat Pija. Ironinya, apabila program realiti ini diadakan duit undian rakyat Malaysia hanya tertumpu kepada bakat baru.

Perubahan yang dibuat oleh pihak penerbitan AF7 kali ini beserta produksi ASTRO benar2 mengujakan penonton apabila banyak perubahan drastik yang dilakukan seperti tarian menuju puncak diawalkan ke persembahan pertama dan para pelajar diberikan 2 lgu benar2 menguji kebolehan para pelajar. Siapa tahu transformasi yang dilakukan oleh krew produksi pada kali ini turut menyentuh format pertandingan nyanyian ini apabila turut memanjangkan AF7 ke 12 atau 13 minggu. Apa2 mungkin terjadi marilah bersama2 merasai transformasinya.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...