BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

LAGAK ANAK SEDARA AMZAR DAN AZIB

Friday, July 24, 2009











MENTOR3.. AKHIRNYA!!

Monday, July 13, 2009










Malam penentuan MENTOR 3 semalam akhirnya selesai selepas beberapa isu hangat melanda program terbabit.. Seperti yang dijangka, TV3 tidak pernah mengecewakan penonton setianya pada malam kemuncak MENTOR3 semalam. TV3, walaupun tidak mengadakan konsert MENTOR3 di tempat yang berprestij seperti stadium Bukit Jalil sebagai contoh tetapi tahap konsert semalam wajar diberikan pujian setinggi langit!

Malam kemuncak MENTOR3 semalam seperti biase dihoskan oleh pengacara berpotensi besar, Ally Iskandar.. Persembahan pembukaan yang mantap semalam nampaknye tidak berape menyengat! Rasenya sume org sedia maklum tentang kegagalan mikrofon Thye untuk berfungsi.. Teguran yang ingin saye suarakan ialah pihak produksi MENTOR3 haruslah memainkan peranan dan haruslah mempunyai perancangan yang baik bagi menangani masalah seperti ynag menimpa Thye.. Namun, dapat lihat kesungguhan protege2 yang laen bagi 'coverline' masalah yang dihadapi Thye. Pujian kepada rakan bekas2 protege!

Percaturan pihak produksi dgn menampilkan Black sebagai protege pertame yang membuat persembahan diikuti Fira dan Chaq langsung tidak dapat menyekat kemaraan Black bagi mengungguli juara musim ke-3 MENTOR.. Persembahan pertama Black ialah persembahan solo. Black menyampaikan lagu medley Jeritan batinku, Jangan Kau Mimpi dan Nakal.. Masya-Allah persembahan ini begitu memukau Black sampaikan.. Penghayatan yang ikhlas merupakan bonus terhadap Black disamping keunikannya. Persembahan pertama Fira ialah lagu barunya yang bertajuk Bukan Niatku, ciptaan Sharon Paul. Lagu yang sangat hebat dan sesuai dgn kelantangan vokalnya.. Chaq turut mengambil pendekatan serupe dgn Black apabila persembahan solo beliau turut menyampaikan lagu secara medley. Antara lagu tersebut ialahRevolusi dan Tapi Bukan Aku. Persembahan Chaq ini aku takrifkan biase2 sahaje masih tidak bertaraf konsert finale.. Ehm, nak komen pasal Nas Ahmad. Dier ni nampak macam tidak begitu bersedia di malam finale tersebut. Bukan malam itu sahaja tetapi kebanyakkan konsert MENTOR3. Nas Ahamd pun satu, dia sebagai pihak media yang berpengaruh sepatutnya tidak membacakan komen2 yang negatif pasal finalis yang dilayangkan di laman web www.tv3.com.my/mentor3

Pusingan kedua menampilkan para finalis bersaing bagi mempersembahkan persembahan yang mantap. Black sekali lagi memulakan pusingan kali ini. Namun percaturan Mas Idayu dgn menjemput Mus MAY dan Shamrin merupakan percaturan yang berani. Kelibat dua lagenda rock terkenal tanah air ini langsung tidak menenggelamkan aura Black. Vokal yang dipertaruhkan dgn penuh bersahaja mampu melopongkan mulut penonton yang menyaksikan persembahannya di MBSA Shah Alam. Saingan sengit Fira wajar diberi pujian. Fira berduet dgn One Nation Emcee menerusi lagu Dont Stop The Music dan Right Round turut menyuntik elemen baru dgn mengubah sedikit lyricsnya kepada bahasa malaysia. Chaq pada pusingan kali ini turut menyampaikan lagu terbaru ciptaan mentornya, Ajai. Lagu baru tersebut diberikan tajuk Penjelasan Satu Persatu. pada pandangan saya, kebanyakkan lagu yang dipertaruhkan Ajai kpd protegenye semua lagu yang play save sahaja. Langsung tidak menguji kehebatan vokalnya.. So, tidak banyak yang dapat dikomen dgn persembahan Chaq..

Pusingan ketiga kali ini terus meletakkan Black di tahap yang selesa. Vokalnya yang mantap dan unik terus mempesonakan menerusi persembahannya yang terakhir dgn lagu baru ciptaan pengarah muzik Mas Idayu, Yuzai yang bertajuk Aku Rindu Sayang Kamu. Pemfokusan Black terhadap satu genre sahaja mendapat pujian daripada juri. Rate2 juri yang mengadili konsert finale semalam terkesima dgn kelantangan vokal Black yang susah untuk dicari di dalam industri seni suara Malaysia. Fira meneruskan kecemerlangan vokalnya menerusi persembahan solo, terakhir. Menggunakan strategi yang sama dgn finalis yang lain iaitu persembahan medley lagu2 seperti Atas Nama Cinta, Semerah Padi dan Joget Berhibur. Rata2 juri tidak bersetuju dgn pendapat mentornya pada awalnya iaitu Fira menyanyikan lagu yang berbeza genre bagi menguji vokalnya. Para juri berpendapat pemfokusan terhadap sesuatu genre itu perlu bagi Fira melayari onak duri industri seni tanah air. Ape2pun A+ terhadap persembahan dan gaya silat yang memukau. Chaq menghabisi persembahannya dgn membawakan lagu berduet bersame Stacy, adiknye menerusi lagu yang dibawakan secara medley iaitu Aku Cinta Aku Rindu, Jai Ho, dan Boom Boom Pow! Kemantapan tariannya sukar dipertikaikan.. Tetapi masih ade weakness dlm suaranya. Muke shj dah tak maen dalam industri ini.. Pada pusingan terakhir para finalis mengetahui jumlah markah yang disumbangkan oleh juri awam yang terdiri drpd pelajar jurusan seni IPTA dan IPTS serta penerbit rancangan hiburan tv3. Black memperolehi 14 markah, Fira 13 markah dan Chaq 19 markah! Eh, biar betol Chaq dapat 19 markah...? Pihak produksi haruslah wisely choose juri awam kerana pada hemat saye juri awam rate2nye rabun dan semua boleh dikatakan peminat fanatik Stacy!!

Ape2pun juara mutlak tetap milik Black dgn 75markah diikuti Chaq 52.6 dan Fira 35.8mata.. Sedih saye bg pihak Fira. Rasenye dgn persaingan yang diberikannya, she deserve the 2nd place. Tetapi rezki dan nasib bukan dipihaknya malam tadi. Overall, persembahan yang bagus dan mantop dari ketiga-tiga finalis.. TV3 meneruskan tradisi dgn menghasilkan bakat baru yang berkualiti tidak seperti tv swasta yang laen lebih spesifik tv berbayar yang menyuap penonton dgn publisiti yang sarat tetapi kualitinye kurang. Syabas tv3 dan produksi MENTOR3. Tunjuk ajar ku sifu...!!

ANUGERAH PLANET MUZIK 2009 18HB JULAI 2009

Saturday, July 11, 2009










FAIZAL TAHIR, SITI NURHALIZA DAN STACY ANTARA ARTIS MALAYSIA YANG BAKAL MENGGEGARKAN APM2009



SHOUT AWARDS 17HB JULY 2009


MICHAEL JACKSON IN MEMORY...




PUNAH CINTA

menyelami, menyeberangi dalamnya
perasaan
mekar mewangi bertandang dinafikan
punah luluh hasrat suci
kembali menyakitkan parut
lama tidak mahu tidak dilupakan

cinta yang dulu kubangga
kini umpama benci akan kata-kata
indah berbau nista
suria pagi langsung kupandang kelam
bertemankan nur di kala
matahari berganti bulan
siang tibanya malam

punah cinta begitu kelat kutelan
langsung kupandang sepi
sesepi dingin malam embun
bertaut di sisi-sisi daun, enggan menerimanya

kusedar diri kerdil ini tidak perlu
berasa luluh hati
tuhan sentiasa menghulur cinta-Nya
yang hakiki
cinta-Nya tidak berbau nista
dambaan lalu kini kurasa
berakhirnya.... punah cinta

nukilan:-muhammad azrin @ maba

PEMBERONTAKAN SINIS

terpukau menyaksikan keindahannya
mentari diliputi sang langsir awan
tidak mampu menandingi keayuan
ciptaan-Nya
biarlah sejuta kata nista dihambur
disimbah keayuannya tidak terkalahkan

tenangnya rasa hati tatkala dia
melemparkan sewangi seharum
senyuman yang kekal abadi
limpahan neon di rata kota
mencipta satu pemberontakan sinis
yang sukar digambarkan

apresiasi terlukiskan di sana sini
menggerakkan perlakuan ronta yang
sedih meluluh perasaan hati
amukan ditengahkota diceruk kampung
menggusar perasaan sedih kembali
bertandang menyinggah di lubuk hati

senyumannya dulu berbanding
amukannya kini dua situasi berbeza
yang kini hancur remuk menanti diri
dimatikan
janji Ilahi tidak pernah tidak dikotakan
kini dinodai..

nukilan:-muhammad azrin @ maba

KETAKUTAN SUARA KEKUATAN

Masih kedengaran ketakutan suara itu
memecah hening pagi yang diselimuti
kedinginan pagi yang asyik
suara itu menjemput suatu roh semangat
berkobar yang jarang mengunjung sanubari ini

ketakutan yang dijeritkan suatu ketakutan
yang jarang benar kudengar
ya, ketakutan suara kekuatan
kekuatan yang kudamba bagi
memperjuangkan nasibnya...

mengapa ketakutan yang diekspresikan sebelum ini
kudengar lemah? selemah langkahku
bagi menghampirinya
ketakutan suara kekuatan tidak lagi
ku perdengarkan ke ruang sepi hati

tetapi bekalan yang dibekalkan tadi
langsung tidak kubuang
sebagai perakam yang terus meniup
semangat membara supaya ketakutan
tadi terus aku dengarkan

ketakutan yang dikurnia-Nya tidak
langsung kusangka senjata abadi
pendorong satu semangat kepada
hambanya yang lain

ketakutan suara kekuatan
ketakutan yang kunanti
sebagai penggerak kecekalan hati

nukilan:- muhammad azrin @ maba

PENASIHAT AKADEMIK, 1SSE

Tuesday, July 07, 2009

Em, kalo korang perasanlah kat bawah2 ruangan gambar kat blog aku ni yang name dier En Ismail Kamis... Perasan belom?? Hah, dia kan dulu ajar aku subjek Calculus mase 4cast dulu(Ekspres MARA-UTM)! Skrag ni dah jadi penasihat akademik ku.. Kihkih.. saje je strory kat you all! Em, korg nak taw tak kan kitaorg skang dah start kuliahkan? Tapi dari semalam hgga kini satu lecterur pun tak masuk kelas.. Tension tol! Tak tau lah nape depa sume ni.. Kitaorg sume da excited nak blaja nih.. Never mind nti jwb ngan Allah kat Padang mahsyar nti.. (emo plak, haha)

Hari ini punyer story, hah tadi aku baru selesai wat cimb clicks nak mudahkan urusan bile dok kat universiti nie, tak payah nak keluar duit bayar bil contohnyer.. Hari ni aku tak taw r demam da elok tapi mcm selera makan tu x ade! Sesape nak suggest ape2 tak?? Aku tgh tgu orang nak bluetooth video clips ni cewahh da ade hp canggih kan!! Hehe..

KEK ANEH!!!

Saturday, July 04, 2009






















AWAS AKSI MENJOLOK MATA, 18 SX





SAPE SUROH DIRTY MINDED... HEHE....!!!

UNEXPECTED MOMMENTS



Ehm, baru 4 hari MHS da demam. Ni firsttime demam tahun ni.. Hari ini pagi2 da ada program Larian Mahasiswa dari KTR ke padang sukan. Hish, penat gak tapi nak melawan penyakit demam ni ku gagahkan jua.. Tapi semangat tu skjp je. Nak tahu x asal?? Biaselah lepas larian ni mestilah ada program sukan, so aku ni x take part r. Elok2 da daftar dalam acara sukan rahsia boleh pulak krew2 MHS suruh daftar skali ag.. Ape pekdahnyer!! Nasib baek ade gang 4cast nak lepak yazre dan pdot. Boleh r merewang sane-sini. kihkihkihkih... Ha, stu lagi aku nak kongsi story.. Korang taw x yang senior kite kat MZMS dulu?? Em, diaorang pun buat degree kat cni. So, jumpa r mereka.. Kalo ikut pengalaman mase kat MZMS mase kita sume jd junior dorang. Hish, geram gak aku... Naseb baek ade yang bertegor sape dulu, aku dasar nye memang nak tgor kang clap orang plak.. Wei, korang sume doakan aku kat cni. Taknak demam dah. Ni pun skrg mase aku tls blog ni, mulut pun ade rase kelat2 ckit. Em, isnin ni nak stat kuliah dah.. 8hb ni... Nti r aku citer.. Assalamualaikum wbt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...