BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

MENTOR3.. AKHIRNYA!!

Monday, July 13, 2009










Malam penentuan MENTOR 3 semalam akhirnya selesai selepas beberapa isu hangat melanda program terbabit.. Seperti yang dijangka, TV3 tidak pernah mengecewakan penonton setianya pada malam kemuncak MENTOR3 semalam. TV3, walaupun tidak mengadakan konsert MENTOR3 di tempat yang berprestij seperti stadium Bukit Jalil sebagai contoh tetapi tahap konsert semalam wajar diberikan pujian setinggi langit!

Malam kemuncak MENTOR3 semalam seperti biase dihoskan oleh pengacara berpotensi besar, Ally Iskandar.. Persembahan pembukaan yang mantap semalam nampaknye tidak berape menyengat! Rasenya sume org sedia maklum tentang kegagalan mikrofon Thye untuk berfungsi.. Teguran yang ingin saye suarakan ialah pihak produksi MENTOR3 haruslah memainkan peranan dan haruslah mempunyai perancangan yang baik bagi menangani masalah seperti ynag menimpa Thye.. Namun, dapat lihat kesungguhan protege2 yang laen bagi 'coverline' masalah yang dihadapi Thye. Pujian kepada rakan bekas2 protege!

Percaturan pihak produksi dgn menampilkan Black sebagai protege pertame yang membuat persembahan diikuti Fira dan Chaq langsung tidak dapat menyekat kemaraan Black bagi mengungguli juara musim ke-3 MENTOR.. Persembahan pertama Black ialah persembahan solo. Black menyampaikan lagu medley Jeritan batinku, Jangan Kau Mimpi dan Nakal.. Masya-Allah persembahan ini begitu memukau Black sampaikan.. Penghayatan yang ikhlas merupakan bonus terhadap Black disamping keunikannya. Persembahan pertama Fira ialah lagu barunya yang bertajuk Bukan Niatku, ciptaan Sharon Paul. Lagu yang sangat hebat dan sesuai dgn kelantangan vokalnya.. Chaq turut mengambil pendekatan serupe dgn Black apabila persembahan solo beliau turut menyampaikan lagu secara medley. Antara lagu tersebut ialahRevolusi dan Tapi Bukan Aku. Persembahan Chaq ini aku takrifkan biase2 sahaje masih tidak bertaraf konsert finale.. Ehm, nak komen pasal Nas Ahmad. Dier ni nampak macam tidak begitu bersedia di malam finale tersebut. Bukan malam itu sahaja tetapi kebanyakkan konsert MENTOR3. Nas Ahamd pun satu, dia sebagai pihak media yang berpengaruh sepatutnya tidak membacakan komen2 yang negatif pasal finalis yang dilayangkan di laman web www.tv3.com.my/mentor3

Pusingan kedua menampilkan para finalis bersaing bagi mempersembahkan persembahan yang mantap. Black sekali lagi memulakan pusingan kali ini. Namun percaturan Mas Idayu dgn menjemput Mus MAY dan Shamrin merupakan percaturan yang berani. Kelibat dua lagenda rock terkenal tanah air ini langsung tidak menenggelamkan aura Black. Vokal yang dipertaruhkan dgn penuh bersahaja mampu melopongkan mulut penonton yang menyaksikan persembahannya di MBSA Shah Alam. Saingan sengit Fira wajar diberi pujian. Fira berduet dgn One Nation Emcee menerusi lagu Dont Stop The Music dan Right Round turut menyuntik elemen baru dgn mengubah sedikit lyricsnya kepada bahasa malaysia. Chaq pada pusingan kali ini turut menyampaikan lagu terbaru ciptaan mentornya, Ajai. Lagu baru tersebut diberikan tajuk Penjelasan Satu Persatu. pada pandangan saya, kebanyakkan lagu yang dipertaruhkan Ajai kpd protegenye semua lagu yang play save sahaja. Langsung tidak menguji kehebatan vokalnya.. So, tidak banyak yang dapat dikomen dgn persembahan Chaq..

Pusingan ketiga kali ini terus meletakkan Black di tahap yang selesa. Vokalnya yang mantap dan unik terus mempesonakan menerusi persembahannya yang terakhir dgn lagu baru ciptaan pengarah muzik Mas Idayu, Yuzai yang bertajuk Aku Rindu Sayang Kamu. Pemfokusan Black terhadap satu genre sahaja mendapat pujian daripada juri. Rate2 juri yang mengadili konsert finale semalam terkesima dgn kelantangan vokal Black yang susah untuk dicari di dalam industri seni suara Malaysia. Fira meneruskan kecemerlangan vokalnya menerusi persembahan solo, terakhir. Menggunakan strategi yang sama dgn finalis yang lain iaitu persembahan medley lagu2 seperti Atas Nama Cinta, Semerah Padi dan Joget Berhibur. Rata2 juri tidak bersetuju dgn pendapat mentornya pada awalnya iaitu Fira menyanyikan lagu yang berbeza genre bagi menguji vokalnya. Para juri berpendapat pemfokusan terhadap sesuatu genre itu perlu bagi Fira melayari onak duri industri seni tanah air. Ape2pun A+ terhadap persembahan dan gaya silat yang memukau. Chaq menghabisi persembahannya dgn membawakan lagu berduet bersame Stacy, adiknye menerusi lagu yang dibawakan secara medley iaitu Aku Cinta Aku Rindu, Jai Ho, dan Boom Boom Pow! Kemantapan tariannya sukar dipertikaikan.. Tetapi masih ade weakness dlm suaranya. Muke shj dah tak maen dalam industri ini.. Pada pusingan terakhir para finalis mengetahui jumlah markah yang disumbangkan oleh juri awam yang terdiri drpd pelajar jurusan seni IPTA dan IPTS serta penerbit rancangan hiburan tv3. Black memperolehi 14 markah, Fira 13 markah dan Chaq 19 markah! Eh, biar betol Chaq dapat 19 markah...? Pihak produksi haruslah wisely choose juri awam kerana pada hemat saye juri awam rate2nye rabun dan semua boleh dikatakan peminat fanatik Stacy!!

Ape2pun juara mutlak tetap milik Black dgn 75markah diikuti Chaq 52.6 dan Fira 35.8mata.. Sedih saye bg pihak Fira. Rasenye dgn persaingan yang diberikannya, she deserve the 2nd place. Tetapi rezki dan nasib bukan dipihaknya malam tadi. Overall, persembahan yang bagus dan mantop dari ketiga-tiga finalis.. TV3 meneruskan tradisi dgn menghasilkan bakat baru yang berkualiti tidak seperti tv swasta yang laen lebih spesifik tv berbayar yang menyuap penonton dgn publisiti yang sarat tetapi kualitinye kurang. Syabas tv3 dan produksi MENTOR3. Tunjuk ajar ku sifu...!!

1 comments:

Fee dAs said...

yeah!!!!!!!!sokong FIRA!!!!!!!!!!!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...