BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

ERTI 52 TAHUN MERDEKA...

Thursday, September 03, 2009


SAJAK KARYA MABA.. LUMPUH SEDIH..


52 tahun menggapai kebebasan mutlak,

Ya 52 tahun lampau negara ini

Mula mengenal erti bebasnya seekor burung merpati putih

merangkak, bertatih, berjalan, berlari

mengejar kemajuan yang nyata sedikit mundur

terduduk tatkala usaha menemukan kegagalan

pipi menjamah keringat dan air mata pedih..


52 tahun negara sepi dari bunyi bising senjata asing

ya 52 tahun dahulu baru telinga

bebas dari ancaman bunyi yang memaksa perginya nyawa

perjuangan silam disangka tidak dikhianati

tidak... tidak... tidak... bangsa tertawan

mudah terleka, terjelepok mendamba

telunjuk asing sekali lagi

sedihnya pilunya

kobar semangat wira dahulu diganti

dengan kekalahan minda menepis jajahan akal

jajahan yang kulihat seperti
barah nerekah, membesar, menyakitkan


ayuh wira sepakati srikandi

agar barah yang tiada penghujung ini

dapat dibuang lenyap menyusuri erti

kebebasan yang dilaungkan

52 tahun silam merupakan 52 tahun jerih

perih tok janggut, dato' bahaman dan

selainnya mempertahankan kedaulatan pertiwi..


ya... 52 tahun lampau, dahulu, silam..


Assalamualaikum w.b.t..

Salam perpaduan, wira menyusun kata bermadah hujah dalam memperkasakan pendapat berkaitan kemerdekaan yang sudah mencecah 52 tahun lamanya..

Merdeka ke-52 tahun merupakan suatu hayat yang jika dibandingkan dengan manusia sudah mencapai usia tua yang digelar jubli emas. Jika perumpamaan ini dilaksanakan, jelas pengisian rakyat malaysia terhadap erti 52 tahun merdeka sudah semakin dilupakan.. Umpama tua yang perlu dibelai dan dikasih serta dimanja, begitu juga pengisian dalam sambutan kemerdekaan perlu diadaptasi supaya bersesuaian dengan perubahan semasa


Jemu apabila acap kali kemerdekaan dikaitkan dengan membebaskan tanah air dari kemelut jajahan Barat. Apa kata merdeka ke-52 tahun 1 Malaysia : rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan disingkap dan digarap menggunakan pendekatan yang berbeza.


Ramai yang berkata, Merdeka ialah bebas..

Bebas bagi golongan muda seringkali diorientasikan dengan hawa nafsu atau lebih dikenali budaya Hedonisme.. Senang cerita berpaksikan barat. Ingin mengambil contoh yang mungkin sedikit lari tajuk pokok tetapi pendedahannya tetap sama! Rakyat jepun masa kini menurut akhbar tempatan begitu menggilai rambut dengan warna semula jadi seperti warna hitam. Wah, sini menonjolkan bahawa hal sebaliknya berlaku di Malaysia. Inilah yang dikatakan erti bebas jika diterjemahkan oleh hati muda yang masih mencari identiti dan jati diri bakal menemui bencana kelak binasa. Bebas bagi jiwa ank muda masa kini haruslah dibimbing dengan betul.. Bimbingan menurut tafsiran sya diperolehi dgn cara membaca umumnya. Guru dicari tatkala kandungan yang dibaca gagal difahami. Ajaran yang difahami kemudian diterjemahkan dengan gerak kerja anggota. Kemudian 'bebas' pada peringkat ini barulah dilatari erti kebebasan yang sebenar. Bebas juga merujuk sikapn sesuatu bangsa dalam tamadun Merdeka yang sentiasa belajar dan berusaha memahaminya..


Bangsa yang nerdeka pada pendapat saya perlu begitu bijak dan berhemat dalam menguruskan masa. Waktu berkualiti merupakan masa dimana pekerja meningkatkan produktiviti dan pemimpin memikirkan cara memperhebatkan bangsa! Melalui platform terbabit usaha yang berterusan ini jangan tidak percaya bakal memantapkan sebuah negara yang aman merdeka. Masa turut diganmbar bermakna dalam beberapa peribahasa seperti "masa ibarat emas" dan "masa ibarat pedang".


Samapai disini sahaja kalam saya menyusun bahasa, menukilkan erti 52 tahun merdeka berdasrkan ideologi saya dan masyarakat umumnya. Jelaslah, merdeka sudah-sudahlah memperkatakan sejarah lampau tetapi tiada salahnya dalam mengenang sejarah itu.. Cuma, mungkin pembaharuan yang telah saya ketengahkan diharap dapat difikirkan bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...