BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Indahnya Raya

Tuesday, September 29, 2009

Indahnya Raya..

Barangkali menjelang aidilfitri sibuk seluruh isi rumah menyediakan juadah yang terbaik khusus untuk sambutan aidilfitri. Gelak tawa ketika mengadakan gotong royong sempena sambutan bermakna itu mungkin mengurangkan sedikit penat lelah sepanjang hari terakhir berpuasa itu. Raya tahun ini berbanding tahun sebelumnya memang tidak dapat dinafikan polanya sudah berubah. Jika dahulu orang sibuk menunggu hari raya yang mulia untuk mengunjungi sanak saudara serta sahabat handai tetapi lain senarionya kini. Mereka berlumba0-lumba untuk menonton tayangan hebat dengan menonton rancang istimewa raya. Zaman kini televisyen berbayar seperti astro merupakan pilihan. Memang tidak dinafikan peralihan zaman itu turut menghakis nilai murni yang dituntut agama. Oleh itu peranan kita untuk menghidupkan kembali roh syawal yang dahulunya begitu semarak dengan tradisi kunjung mengunjung serta bermaaf-maafan. Mungkin pelbagai rancang yang menarik disajikan ditelevisyen boleh diojadikan alternative atau opsyen kedua jikalau tidak boleh meneruskan tradisi di atas.

Berbalik dengan isu lagu raya yang sibuk diperkatakan di rancangan televisyen mahupun radio yang mencari punca kenapa lagu raya kini tidak ‘sekuat’ lagu raya dahulu. Menurut pandangan saya, hal ini demikian kerana lagu raya masa kini lebih menjurus kea rah menciplak lagu terdahulu. Hal ini saya salahkan kepada syarikat rakaman, penyanyi dan dan penulis lirik terutamanya. Sebagai contoh lirik ‘hari raya hari mulia’, ‘ mensuci hening dosa’ sudah tidak releven untuk diguna malah boleh menyebabkan pendengar meluat! Saya tidak menyalahkan lagu-lagu yang didendangkan oleh Ahmad Jais, Noorkumalasari, Dayangku Intan dan selainnya, kerana mereka boleh dikatakan yang pertama menggunakan istilah itu.. Lagu masa kini sudah tiada variasi lagi. Hal ini begitu berbeza dengan lagu-lagu raya oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Lagu-lagu beliau tidak keterlaluan saya cakap mempunyai roh tersendiri dan mood raya sama dengan lagu-lagu raya evergreen terdahulu. Dato’ boleh dikatakan berani lari daripada bentuk dan lirik lagu raya terdahulu. Diharap diluar sana tidak marah dengan artikel ini kerana ini merupakan hakikat yang pahit untuk ditelan. Diharap penyanyi yang menginginkan lagu raya mereka terus menjadi ikutan dan siulan tatkala raya menjelang haruslah berani mencuba perkara baru kerana pasti ada yang menghargainya.. J

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...