BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

TRIP KE KOTA SINGA, KOTA KERIANGAN

Sunday, February 28, 2010

TRIP KE SINGAPORE BERSAMA BUDAK KELAS BESERTA GANG KO-Q TEATER
Salam satu Malaysia. Wah3x.. lama jugak yer azrin tak update blog kesayangan nih seems ada kerja yang banyak sangat nak wat. Peperiksaan @test 2 yang dah start masa mgu pertama balik selepas cuti hari raya cina aritu n kerja protocol untuk dinner fakulti 6hb march ni kat dewan jamuan hep nanti! apa2pun,  sebelum bermula penceritaan MABA nak promote gak supaya pergi ke dinner yang di organize oleh kami nanti.. tempahan leh wat kat sape2 jek budak PESAT.. haha, bayaran nyer tak banyak sangat pun rm15 tapi takkanlah kita nak kenakan rm10 jer memanjang perlukankan paradigm jugak kan, tol tak?? Haha.. well, azrin arini nak berkongsi pengalaman sehari semalam menjejak ke Negara orang iaitu Singapura kota keriangan! Hehe, iklan pulak.
            Trip semalam start dengan pendaftaran peserta dan naik bas mengikut group2 yang ditentukan aritu. Alamak! Aku seorang jek lelaki hmm, agak malulah sbb aku takde gang aritu n aku decide nk duduk ngan Aisha Mohamad. Kihkih.. best gak sebab aisha ni banyak gak ceritanya so aku tak bosan r nak mengharungi trip ni. So, dalam bas tuh ade sdkt taklimat tentang program kami kat sane.. ingat agi Ayah Haji ade remind pasangan supaya jaga tgkh laku kami kat sana, aku n aisha apalagi ketawa kecil sbb perasan yang Ayah Haji dah salah sgka ngan kami sbb kami jek yang duduk lelaki perempuan sebelah menyebelah.. tgk yang lain cam tak ketawa so diaorg tak perasan haha! Smpi jek kat terminal imigresen kami diarahkan untuk membawa turun semua barang untuk pemeriksaan n jugak diarahkan untuk beratur mengikut nama berdasarkan nama yang tertera kat dalam passport berkmpln tu hehe cam budak tadika pulak takpelah sbb nak memudahkan urusan dgn pihak imigresen.. Then, masa ni plak Izzah sempat lagi nak wat lawak ngan berbncg ngan gang dier nak wat gaya ape mase nak serahkan passport tuh hehe geli hati aku walaupun tyme tuh risau turn aku. Yelah firstime go through this scenarios.
            Smpi jek kat Singapore aku perasan something yaitu operator aku dah tukar dari Maxis ke Starhub n some others. Hoho, lagipun sebelum ni aku dah dapat tiga msgs dari hotlink yang mengatakan kat aku bahawa aku perlu roaming untuk wat kol n send msgs wah aku mmg taw kos untuk seminit call ialah rm1.5 n texting plak rm1 so aku decide takkan wat call tuh haha. Then aku pun suroh si aisha try call aku. Aisha telepon so aku pun angkat cewah cam best plak. Aku check baki yang tggl, ooppsss! Knp aisha call aku plak yg kena?? Duit aku dr rm5.8 turun mendadak ke nilai rm1.9 haha aku takkan agkt kol dah n amek inisiatif untuk tkr sim dari hotlink ke upax haha sbb aisha kata dia(celcom) charge sedikit aja. Haha takkanlah aku nak off fon sbb nak tgkp gambarkan J. So, kitaorg smpi ke tempat pertama, di Kampung Melayu. Wah apelagi jakunlah kitaorg nih g tgkap gmbar stiap inci n tmpt kami tgkp gmbar hehe puas. Then, kami semua berehat ke satu tempat cam pondoklah nak makan nasi lemak yang Ayah Haji kasi hehe laparlah kawan. Sedapnyer ingt smbil makan takleh tgkp gambar?? Kami bolehkan jugak! So sudah setengah jam kami duduk kat situ kami pun naik bas bergrk ke destinasi seterusnya wah wah cam banyak tempat jek nak pergi hehe.
            Then kami pergi ke suatu tmpt yang kalo kat Malaysia kita panggil istana budaya n kalo kat singapura diaorg ade satu tmpat camtu gak iaitu esplanade hmm, leh tahan gak tempat tuk infrastruktur dan corak bangunan seperti durian cukup mengkagumkan! Wah, lagi banyaklah tempat yang menarik sekitar kawasan tu.. well, betullah kata org yang kawasan singapura tu kwsn yang bebas dari pembuangan sampah bersih dan cantiklah even kat taman tempat org beriadah memang jaga betul org ramai kat kawasan sebegitu haha itu yang best tentang kota singapura. Macam2 pose lah yang aku amek sbb itu jelahkan masanya nak smpi ke Singapura nak tgu next visit lame lagi lah pulak. Haha memnag pengalaman yang menyeronokkan! Kitaorg ke next destinasi dengan jalan kaki jer sbb tmpt tu tak jauh dari esplanade.. ala, tmpt yang Singa kuar air mulut tu yang sgt famous haha. Well, dapat gak aku tgkp gmbr kat kwsn situ hah anti nak jdikan profile pitcha kat fb spy org laen jealous n nak g sana gak. Nak jugak haha. Selepas itu kami semua diarahkan kembali kebas masing-masing kerana hendak pergi ke destinasi seterusnya iaitu China Town. Hmm, dengar dari explaination yg diberikan oleh ayah haji tempat itu diberikan nama yang sedemikian oleh kerana tempat itu yg masih mengekalkan ciri2 penempatan masyarakat Cina. Well, smpi2 jek kami terus masuk ke tokong budha yg berada disitu. Wah bukan main besar lagi patung budha yg berada disitu. Haha, leka jugalah kami tgk kat situ. Lepas satu jam kami beransur ke bas. Korg nak taw masa kami sibuk tgk patung budha diaorg yg lain sibuk beli souvenir utk kengkawan dan keluarga apalagi trn kembalilah kami dari bas ke tempat yg menjual souvenir tersebut. Selepas beberapa minit disitu kami diarahkan oleh Ayah Haji utk kembali ke bas kerana kami warga lelaki nak ke Masjid Sultan nak smbhyg jumaat! Kami akur dan aku hanya sempat membeli key chain utk shbt di utm haha! Tp nti rsnya tak semua kwn aku dpt maklumlah aku terbeli sdkt!

            Kemudian, kami dtgr oleh Ayah Haji kerana tak patuh dgn masa yg telah dttpkan. Kerana Ayah HAji takut kami yang lelaki tak smpt nk smbhyg jumaat. Hmm, Alhamdulillah sampai juga kami dan sempat smbhyg jumaat. Apa yg dpt aku perhatikan sbb agama islam bukan agama rasmi masjid yg dbina tidak begtu besar dan boleh dkatakan tak muat jemaah nak smbhyg. Sedih aku tgk sbb kat Malaysia tak pernah ku lihat stuasi sebegini. Smpi aku trpndg seorg jemaah terpks smbhyg duduk walaupun dia tidak perlu smbhyg sedemikian. Ya Allah, terima kasih dan aku bersyukur kpd-Mu kerana kau mentakdirkan aku lahir di Malaysia. Allahuakbar!! Sejurus selesai kami smbhyg kami diarahkan berkumpul kembali di perkarangan masjid sultan tersebut sebelum menaiki bas. Apalagi dah berjalan dgn perempuan ni kita pun shoping time lah haha. Dan lah aku membeli baju round neck utk family iaitu 3 helai 10 dollar haha. Laparlah dan kami pun ke satu gerai utk menjamu selera hmm, aku makan nasi ayam  n milo ice rm5.2 dollar. Aku akui dia, msyrkt disana dah biasa dgn hrga yg sedemikian berbanding kami bayangkan dekat rm10 kami belanjakan, dijamin kalo kat utm lebih daripada nasi ayam boleh kami makan L. Hmm, lepas tu gara2 makanan yang kami order lmbt smpi so kami pun lambatlah makan haha then puaslah Ayah Haji cari dan bila jumpa terus mengarahkan kami untuk ke bas segera. Kesian Ayah Haji sbb terpksa cari kami yelah kami pun salah tak telefon dan menceritakan keadaan yg sebenarnya.
            Selepas itu, kami beransur ke Sentosa Island yg ala2 Genting Highlands kalo tak silap. Memang cantik tempat dier tak dinafikan! Rekaan yang begitu unik dan aku terpegun menyaksikan keindahan strukturnya. Wah, kami pun masuk ke tempat tersebut dan kami menaiki bas di sana. Kami dikenakan $2 sbg yuran nak masuk tempat tu. Wah, bila tiba di sana kami dilepaskan oleh ayah haji untuk bermain dikwsn tersebut dari pukul 3.45pm hgga 6.30pm dan kembali berkumpul dtmpt dmana kami dilepaskan. Apalagi round2 lah kami di kwsn tersenut. Kami merayau2 ke tempat itu sehingga termasuk ke Resort World dan casino, dan kami pun berpatah balik. Dengan menaiki MRT yang disediakan kami terkeluar dari Kawasan Sentosa Island. Huh?! Terkeluar?? Hmm, kami terpaksa membeli kembali tket untuk masuk tapi kali ni kami dikenakan $3. Wah3x, tapi sebelum masuk kembali kami sempat jugak tgkp gambar dikawsn situ huhu! Tepat jam6.30pm kami pun berkumpul kembali dan kami bergerak ke kwsn yg diarahkan oleh Ayah HAji untuk menunaikan solat maghrib dan isyak tak lupa jugak solat asar. Korg nak tahu kat situ surau satu habuk pun takde itulah nasib kami di sana just smbhyg di koridor bersejadhkan peta lokasi Sentosa Island sahaja! Sgt menyedihkan.. L. Kami pun setelah selesai smbhyg berkumpul ditempat yang sama untuk ke lokasi berikutnya untuk menonton Song Of The Sea, $10. Wah, memang best r pertunjukan itu. Terpegun dan terpaku kami sejenak ini kerana dia hanya memancarkan air sbg layar putih dan memantulkan cahaya untuk mewujudkan kesan dan visual yg indah dan yg pasti berteknologi terkini! Selepas itu kami pun beransur pulang dan aku sempat lagi membeli maggi hotcup perisa ayam kerana lapar yang tersangat dan tak lupa jugak air mango peel fresh! Haha memang sgt mengenyangkan.. berbaloi-baloi hehe. Setelah kami menaiki bas nak balik Malaysia kami perasan yang masih ade 4 org tak ada yang pasti 2org pemegang passport yg masih tidak ade di atas bas haha cuak gler. Kalo takde diaorg memang tak lepas lah nak masuk. Tp Alhamdulillah diaorg sume dpt dtemui haha nmpk kecuakan di mata diaorg haha..

            Ape rumusan yang aku boleh buat,bangunan mereka memang pelik dan menarik serta sgt cantik seriously! Hehe, tapikan stu jer aku nak cakap kalo kita duduk sana kita seperti burung yang hdup di dalam sangkar emas seperti yang diberitahukan oleh Aisha Mohamad kepada aku. Memang betul apa yang dikatakan,” hujan emas di Negara org, hujan batu di Negara sendiri” dan lebih baik Negara sendiri. Itu sahaja yg dapat MABA berkongsi kat sini harap dapat bertemu lagi dalam penulisan2 yang seterusnya. Teruskan membaca blog MABA kerana MABA sentiasa menjanjikan kelainan. Akhir kalam, assalamual’alaikum w.b.t!

ASAM GARAM KEHIDUPANKU

Sunday, February 21, 2010

ASAM GARAM KEHIDUPANKU
            
Hari ini suka azrin nak bawa tajuk yang semua rasenya pernah lalui iaitu sedih. Skop sedih begitu luas untuk ditafsirkan. Bagi saya raat-rata ada tafsiran dan makna yang tersendiri berhubung tajuk kita. Bagi azrin, sedih azrin banyak azrin berkongsi dengan family. Sedih derita kami bila ayah yang kami kasihi, Ahmad bin Parlan meninggal tatkala umur saya ketika itu baru 7 tahun bayangkan darjah satu. Tak tahu erti kehilangan, yang saya tahu saya tak boleh jumpa dah insan yang sering ambil dan hantar saya ke sekolah bersama kakak di Sekolah kebangsaan Tanjung Perang. Sedikit melucukan kerana seperti budak kecil yang lain adik saya yang baru sahaja 4 tahun masih tak tahu dia dah bergelar anak yatim. Budak kecil biasalah. Hmm, hidup kami setelah itu hanya bergantung kepada bonda yang tercinta yang bergelar ayah dan ibu kami kini. Teguhnya ibu melayan karenah kami 6 beradik dek kasih dan amanah yang disandang pemberian arwah ayah. Tetapi kehidupan kami adik beradik tak sesusah orang yang lain.
            Ini kerana ayah bijak menyimpan tatkala hidupnya. Ibu berpesan seperti mana ibu yang lain belajar bersungguh-sungguh kerana masa depan kita kelak cerah dengan harta ilmu yang kita kumpulkan. Alhamdulillah, kakak kedua aku berjaya ke menara gading dengan result spm yang agak cemerlang itulah untung anak yatim Allah pasti membantu! Bukan setakat diploma yang kakak aku pegang malah ijazah berkat rezeki menorah ibu pagi dan petang. Alhamdulillah kejayaan kakak mencetus semangat membara aku untuk menjejakkan kaki ke menara gading serupa dengannya.
            Kejayaan mula kucipta dengan result upsr yang ku anggap mengkagumkan 3A 2B. Em, sedih bila aku fikirkan kerana rakan yang lain masih cemerlang lebih pada aku kenapa aku sedikit sahaja. Ahh.. biarlah ini bukan penamatnya. Masuk aku ke tingkatan 1 dengan kegelisahan kerana aku sukar menyesuaikan keadaan baru, sekolah menengah. Aku pendekkan sahaja cerita ini. Aku berjaya peroleh result yang cemerlang sekali lagi dengan 7A 1B pmr. Balik aku berlari nak tunjuk result aku, biasalah ibu mana yang tidak menangis apabila anaknya berjaya cemerlang sekali lagi. Kali ini sedih ibu membawa maksud jerih perih dia membela aku akhirnya berbayar dengan penghormatan sebegini rupa. Tertawa puas aku melihat ibu aku yang senang hati dengan keputusan aku. Tatkala baru balik dari sekolah meneruskan sesi baru persekolahan baru tingkatan 4 di SMKPP aku dikejutkan dengan datangnya surat tawaran MRSM yang pernah aku pohon dahulu.
            Wah aku berjaya. Anak penoreh getah berjaya masuk ke salah satu sekolah berasrama penuh yang tidak kurang prestijnya.sedih bercampur bimbang kerana muadzam shah tempat yang bakal aku kunjung kelak begitu tidak pernah aku dengar. Desakan ahli keluarga dan keinginan aku yang ingin membuktikan sesuatu aku gagahkan juga ke tempat yang asing itu walaupun aku tahu aku ke sana keseorangan! Biarlah yang nak berjaya nanti aku bukan orang lain. Baru minggu orientasi dengan keadaan aku masuk ke hospital di sana kerana penyakit darah tinggi yang aku baru tahu semasa medical check up nak masuk mrsm tu, aku menelefon ibu mengatakan aku tak tahan duduk dan hidup dalam situasi yang baru ini dan aku suruh keluarga aku ambil aku semula. Dengan rayuan ibu, aku putuskan yang aku cepat mengalah dan begitu tak sabar dengan dugaan yang kecil ini. Em, stay sahajalah disini ada banyak faedahnya juga.
            Dengan berkat kesungguhan aku, dua tahun bermacam pengalaman yang aku timba. Aku dapat 8A 1B dalam spm sekali lagi mengundang air mata ibu. Wah, kejayaan yang berterusan nampaknya. Sebenarnya bila aku dah selesai dan tamat menduduki spm aku diundang dengan tawaran melanjutkan pelajaran express selama setengah bulan di utm, skudai. Wah tawaran emas ni yang datang sekali sahaja. Ini kerana aku peroleh result yang cemerlang ketika trial MARA tempoh hari. 7A 3B berbaloi sebenarnya dengan kepandaian yang Allah beri dan anugerahkan. Terima kasih ya Allah. Walaupun tak berjaya peroleh straight A’s seperti apa yang kami laungkan ketika di maktab, aku sudah berjaya menempatkan diri ke salah satu universiti tempatan yang tidak kurang mantapnya. Huh, lega semua ujian wajib Malaysia mampu aku tawan sebaiknya Alhamdulillah. Cabaran dan air mata sekali lagi aku cipta kepada diri sendiri apabila peperiksaan akhir program ekspress aku lulus dengan cemerlang, gpa 3.83. semangat dan motivasi aku bertambah dengan kejayaan yang aku sangka berterusan ini, Alhamdulillah ya Allah.
            Mendengar result yang sebegitu aku rasa seperti tak sabar nak teruskan kursus degree aku iaitu Sarjana Muda Sains Matematik di universiti sama. Wah, matematik merupakan subjek yang aku tidak begitu mahir ketika di menengah bawah dan menengah atas. Subjek yang aku selalu failed. Tapi tak sangka azam aku ketika nak masuk form 5 akhirnya aku berjaya. Tetapi betullah kata orang kalo kita banyak buat latihan dan kita suka subjek itu kita akan makin pandai dan semakin pandai. Aku berjaya dengan formula tadi dan boleh dikatakan ketika spm tempoh hari subjek matematik moden dan matematik tambahan yang aku tak perlu risau sangat kerana ape konfiden itu ade dalam diri aku?? Gara-gara latihan yang telah banyak dan kefahaman yang aku genggam itulah yang mendorong kejayaan dalam hidup aku. Aku berjaya lagi untuk sem 1 tahun satu dengan gpa 3.93. Alhamdulillah, akan aku teruskan kejayaan yang sama kini, sem 2 tahun 1! Doakan bersama..
            Wahai kawan-kawan apa kata formula aku di atas tadi korang semua cube insyAllah akan membuahkan hasil amin. Ok, tunggu untuk keluaran post aku lain kali yang pasti tips kejayaan aku sekarang akan menjadi perkara pokok dalam keluaran-keluaran yang mendatang. Marialh kita berdoa semoga ibu kita redha dengan setiap perbuatan kita dan kerana redha Allah terletak pada redha ibu kita. Kalau ibu tidak redha?? MasyaAllah.. renungkanlah kerana sesungguhnya hidup kita hanya sementara. Suka untuk aku kongsikan bahawa untuk kali ini tema aku adalah “mencetus fenomena, bukan mengikut fenomena”. Kenapa yer aku ber”tema” sedemikian??? insyaAllah nati korang akan tahu.. jumpa lagi, assalamualaikum J

KEM PESAT di Teluk Gorek

Sunday, February 14, 2010

KEM PESAT di Teluk Gorek “SPARKS FFOR YOUTH”
            Pada 6hb februari yang lalu kami ahli PESAT sesi 2010 telah mengadakan satu program kepimpinan dan gathering bersama PESAT 2009 di Teluk Gorek.. pada perjumpaan terakhir hari jumaat aritu pengarah program ni ada gak bg briefing untuk prog dia esk.. wah along cakap kan kami kena bertolak dari bilik ke tempat tgu bas dkt dgn FAB tepat jam 7.00pg tapi biasalah biler kita deal ngan pelajar melayu ni 7.30pg pun tak nmpk batang hidung lagi haha.. aku jer yang semangat walaupun dah tahu kita nih tak pernah nak punctual.. suka dgn smgt VC UTM, Prof Dato’ Dr Ir Zaini Ujang dia ckp kalo majlis stat waktu yang dah dirgkakan msti jalankan waktu tu gak.. haha tapi setakat ni kitaorg takleh nak aplikasikan huhu. Aku sehari sebelum nak pegi dah siap dah packing semngat gler.. nak taw tak penuh weh beg balik kg aku cam nak balik umah semggu jek huhu. Tak pelah aku gagahkan jugak apa yang aku bwk ni huhu malu nyer apelah nati mereka ckap ble nampk beg besar aku nih mana nak letak muka hooi.. huhu. Well, ape yang aku jgkakn sgt meleset! Ini krn ramai gak yang bwk beg cam aku lagi besar pun ade jugak.. haha, ade member yeh, ade member.. haha’
            Kalo tak silap r bas kitaorg gerak dalam jam 9pg kot huhu delayed lame gler.. haha. Naek bas utm ah.. bukan yang slalu kitaorg naek nk pi kuliah tapi yang lama.. wah, the bus puzzled me! Tu r org kta don’t judge a book by its cover best woo bas yang kami naek ni air cond not bad lah haha. Leh kata aku tak sejuklah dok kat dalam bas tuh.. em, apalagi bler dapat bas tu aku usaha amek front seat sbb aku taw kalo aku dok kat belakang apsti beg muntah yang aku bwk tu terisi... euuuuu tapi tulah hakikatnyer aku ni mabuk bas haha cam dak kecik jek.. first hour perjalanan kami telah berhenti kat satu perhentian makanan nak makan lah sbb pg tadi tak makan lg huhu. Apalagi makanlah...! well, i’d no choize pg tu srpn mee goreng + bihun grg = air sirap limau huhu. Nak taw hrga dier?? Terkezut aku rm7 well mak cik nih cekik darah tol mentang2lah kami ni student so dia leh wat mcm2 huhu. Kat utm lah rm3 je kot.. huhu. Well, dah abis makan kami pun bertangkap gambar haha suke sbb sume sporting candid jek tak sudah sudah haha. Kami pun naeklah bas dgn hati yang gembira sedang gang2 yang duduk kat seat belakang gembira + suke hatinyer tetiba Along menjerit mana muizz......???! haha kami, mood tyme tuh kelakar + worried pabila teringatkan keadaan nya kat sana.. apalagi along pun amek fon n try to call him.. luckily, muiz angkat haha. Tapi uncle driver tu cam marah sket sbb tadi dier suwoh kira kami tak kira haha padan muka kami. Kak syaza suroh muiz mintak tolong pekedai kat situ anta dia jejak bas kami.. amboi2 dia leh kejar bas yang satu lagi kelakar sunggoh dia plak nak tgl kan kami.. mase Muiz naik bas tuh apalagi kami smbt dgn hilaian gelak ketawa yang kaw punyer + bermandikan cahaya flash kamera masing2.. kami msg2 tidor sblm smpi ke destinasi yang nak dituju n u know wat muiz kelakar gler.. huhu!
            Dalam jam 11.30pg tu kami smpi ke Telok Gorek n korg nak taw pantai teluk gorek berkongsi dgn pantai telok penyabong wuahaha mksudnyer bersebelahan ngan telok gorek adalah telok penyabong kelakar gler sumpah cakap huhaheho. Alih2 tempat same kitaorg pergi hehe. Kmi terus bawak masuk barang2 kami ke bilik yang disediakan first impression ialah not that bad ooh my god it is btter than telok penyabong persekitaran yang sgt kondusif huhu. Then kami teruz ke dewan sbb prog pertama dah nak start. Kami telah diperkenalkan dgn team fasilitator yang merupakan ex barisan PESAT yang rata2 sume pelajar 3rd year.. haha. Kami telah diarahkan membuat kumpulan masing2 then dia telah meletakkan nilai harga bagi setiap kumpulan dan mmbwa mksd nilai ahli kumpulan adalah membawa nilai yang sama huhu. Then instruction yang seterusnya adalah dia suwoh kami form satu grup baru berdasarkan nilai2 yang diaorg tentukan berlari sakan aku nak ditempatkan daam grup yang baru nih.. haha, resolusi game ini aku dah tak ingat haha kejamkan aku?? Takpe2 rilex. Then kami telah diberikan file masing2 yang mana file tersebut mengandungi puzzle yang membawa erti kepingan puzzle yang seterusnya menentukan bahawa dialah ahli grup kami haha. Wah team aku bukan main gempak agi kami dianggotai oleh aku, kak syaza, kak tiqa, ecah, icai, najidah dan last but not least syahrul.. huhu. Kami telah diberikan masa 10 minit nak cipta nama dan cheers grup kami apalagi inilah mase perah idea.. idea2 datanglah haha. Akhirnya setelah disepakati kami menamakan grup kami sbg grup Sensei wah ala2 jepun gtu nama ni diambil hasil idea icai yang mencadangkan supaya huruf depan setiap ahli sbg dasrnya haha. Well done Icai.. huhu. Selepas dah pilih nama grup masing2 kami pun apalagi present lah wah sume mantap2 nama ada yang Gotcha, Wonder hot n smart gorgeous huhu. Selepas tu kami diarah kan ke dewan makan untuk menyantap. Sedap gler makanan yang dihidangkan tarf 5 bintang.. haha sedap gler.. huhu. Finger licking good. Kami pun lepas makan teruz ke dewan solat nak wat jamak taqdim zohor dan asar.. maklumlah dah lebih dua marhalah perjalanan kami.. hehe.
            Dah siap solat kami ke dewan semula sbb ade perasmian “SPARKS FOR YOUTH” oleh dekan fs prof dr madzlan aziz. Hehe lepas pengarah prog yang berucap, dekan plak hmm lepaz tu pembentangan kertas kerja oleh aku, kak tiqa, afiq, kak syaza. Sebab kami antara prog yang mendapat kelulusan dr pihak hep.. wah wah wah.. ape lagi aku pun bukaklah ucapan aluan aku yang penuh semgat dgn “ salam satu Malaysia” dengan nada aku yang bakal menjadi ikutan dalam prog nih wuahaha. Apelagi dah siap kami present tibalah masa dekan pun pergi dan kami telah diarahkan untuk kembali duduk dalam kumpulan masing2 huhu. Kali ini kami telah diberikan satu game yang diberikan nama basilak tadaaa.. haha maknanyer setiap grup diberikan part2 basikal dan kami diarahkan untuk mempertahankan bahagian basikal kami masing2 then pertikaikan bahagian grup yang lain suasana agak hot dgn situasi ala debat parlimen seram sei huhu. Ble time grup aku apalagi akulah wakilnyer wahaha gamat dewan dgn huraian isi aku dan nada keyakinan yang menggunung dan leh kata masa tu grup kami juara acara tuh thanx to grup sensei yang bagi idea2 yang mantap haha. Then dia gabungkan 2 grup jadi 1 grup dan next game kami hya ada 2 grup besarlah apalagi debat lagi melaui tajuk kahwin awal atau kahwin lambat??? Haha tajuk yang hangat. Tapi bler grup satu lagi mengatakan soal hukum Afiq rase itu hal yang tidak boleh dipersoalkan dalam isu yang kami bawakan. Dia ade gak memberi teguran tetapi mcm tak  dilayan dan dia jugak bertindak keluar dewan dan kalo tak silap jumpa abg faizuan ntk hentikan game ini. Faizuan ambil sikap yang berhemat dgn meminta maaf diatas kesilapan team faci nyer membawa tajuk tersebut untuk diperdebatkan dan berjanji kesilapan itu tidak akn di lakukan.. haha. Apa2lah aku tak kesah pun aslkan nawaitu tu yang betol, tak gtu?? Hmmmm...
            Petang ari tu plak kami diarahkan untuk pakai baju hitam untuk aktiviti yang seterusnya rupa2nya ade prog melibatkan pantai rupanya hehe. Maklumlah pki bju cerah kang sexy lah plak aurat gtu kang Afiq marah lagi spe nak tolong huhu afiq jgn marah aaa... haha. Em, main tarik tali dgn tidak ade sbrg warming up kami begitu yakin memulakan acara tarik tali wah grup kami menang 2 gamez tuh hebat tak hebatlah.. haha. Sengal kot badan sengal yang teramat sengal tu lah padan muka aku dan yang lain2 tak warming up rasekan haha. Then kami main gamez dulun laut. Yang mana Razni merupakan dukun yang ade di tgh laut satu info yang nk dkongsi adalah laut tu sgt cetek so razni berdiri betul2 dtgh laut haha. Ok sterusnya kami diarahkan melantik seorg pesakit yang haruz kami dukung dari darat hgga ke tempat dukun itu berada. Wah ingatkan senag jek tapi masyaAllah nak lawan arus ombak pantai tu sgt menyeksekan huhu. Aku tak larat nak angkat icai sbb luka yang dialami di jari telujuk kanan so syahrul jek yang dukung icai smbil aku menahan belakang icai konon2 nak bagi supportlah tapi haram cian syahrul huhu. Thanxlah sbb memahami cewah cewah haha. Akhitnya grup kami berhsil dpt no2 tapikan masa kat garisan penamat tu grup pompuan kitaorg telah dikacau oleh azani shgga menyebabkan air yang dijaga supaya tak tumpah akhirnya berkurangan sbb di agah oleh azani. Very bad taw huhu.. takpelah game jek tak payah nak gadoh2 huhu.selepas tu kami leh buat ape2 jek smpi jam 7ptg tapi aku pilih nak terapong di dalam air laut yang sggh masin itu wah best gak tapi masin sgt air laut nih tak leh nak capai akal masinnya haha.
            Aku pun pergilah mandi agak2 dah bosan main air laut tapi the rest still kecoh ngan permainan bola tampar pantai nyer huhu have fun yaah....! aku pun bilas badan dgn air biasa maklumlah air laut... malam tu kami jamak taqdim lagi maghrib dan isya’. Kami turut mengalunkan zikir sesudah sembahyang yang telah dipimpin oleh abg faizuan lama dag aku tggl benda cenggini last pun dekat maktab dulu lah. Malam tu kami menjamu selera dgn air sejuk yang membasahi tekak manakala ayam bbq yang pihak chalet dah buat sgt2 membuka selera ditambah dgn jeli coconut yang menjadi kegemaran ku wah sgt best suke gler.. hehe. Then kami telah melanjtkan acara kami dgn permainan true or dare nasb baik aku tak kena kalo tak nak pilih true ke dare aku sendiri pun keliru haha! Kalo kita pilih true kita kena cakap banar kepada 3 soalan yang dikemukakan oleh bebudak yang lain unless kalo pilih dare kita kena wat ape yang org lain suroh huhu.
            Keesokannya kami mulakan dgn smbhyang subuh berjemaah, then acara senamrobik yang diketuai oleh kak anne ngan aj then kami sarapan pagi.. kami adakan jugak gamez sukaneka yang rata2 game ini menjuruskan kea rah persefahaman ahli grup beserta menguatkan bonding kami lagi apabila berpersatuan kelak haha, then bile dah abis game tuh kami ke dewan semula untuk mengerahkan idea untuk prog pesat yang bakal mendatang. Mana2 prog yang berkenaan kami diarah kan untuk take note supaya prog tersebut merupakan pro yang mantap. Oleh sebab prog tu abis lmbat aku yang memang sedia tak mandi pagi tuh diarahkan untuk teruz ke bilik packing n naek bas em.. memang tak mandi ah..., haha. Then aku makan dgn gelojoh sekali krana nak kejar bas yang dah ade tapi gelojoh yang sopan lah haha.. memang satu kem yang wajar menjadi acara tahunan kelak sparks for yout gt mantap huhu sukelah. Assalamualaikum tgu coretan azrin yang seterusnya.. 

BERCUTI BERSAMA COURSEMATE...

Thursday, February 04, 2010

BERCUTI BERSAMA COURSEMATE!
Pada 31hb januari 2010 kami bebudak math seksyen 2 dan 3 lelaki sahaja telah ke air terjun Kota Tinggi. Kami sume ke sana memandangkan aku dan y masih belum pergi lagi.. hehe. Trip aritu memang di taja oleh Adam sepenuhnya. Thanks Adam.. kitaorg berangkat jam 9.30pg lebih kurang. Trip kali ini membabitkan 2 biji kenderaan. Persona dan my vi.. beselah aku naek Persona r.. kami ade 3 org pemandu pro.. iaitu Ilham, amirul n khud. Pandai woo diaorg bwk keta.. dalam perjalanan yang mengambil mase 2 jam lebih tu kami sempat lagi sarapan.. makanan yang berat r.. huhu.. aku makan asam pedas jek! Sedap gak tapi yang tak sedapnyer kuku peniaga yang kitaorg makan tak bersih, hitam! He eau... pengotor thanks Naim sbb perasan. Hish, tapi best gler kami gembira tol walaupun tak smpi lagi ke tempat yang nak dituju. Naim n Mirul fun gler tapi Y sakit perut sket so dia just termenung jauh ke luar tgkp kereta! Haha..
Bile smpi kat sane ape lagi tgkp gmbr r.. tak gtu?? Nak jugak.. haha kali ni aim aku ke air terjun nak belajar berenang.. haha tak reti agi r.. dulu aku try berenang kat muadzam shah org kata aku cam dugong hoi.. melebih r tu. Agak2 r! Haha. Kitaorg masuk air dulu.. tetiba adam n khud dtg bawak 2 pelampung single dan 2 pelampung double. Wah, cam kanak2 plak. Takpelah janji keselamatan di dahulukan.. huhu. Aku paling tak suka tgk scenario cam gini kat tmpt rekreasi cam air terjun ni. Korg nak taw sebab ape?? Yang lelaki tak pandai nak jaga adab pki boxer jek...! agak2 r tak malu ke.. kang ternampak tak sepatutnya kang sume menjerit. Halo abang ooi, kita ni org tmur.. nak pki gtu, hah g pndah ke barat! Seluar pantai pendek yang berbunga2 sudah.. Yang pompuan toksah nak ckp r sendiri mau ingt! Ade satu agi pempuan tak malu gler di gomol oleh 4 laki kalo tak silap.. weh, takde maruah?? Org gini aku kategorikan sbg org bodoh tak tentu tempat.. haha, kan dah bikin gua panas.. membebel r aku!huhu cam org tua jek..
Main gelongsor yang panjang tu sedap gak.. baru aku taw kalo org tu makin berat makin laju ye prgrkn pelampung tuh.. haha.. so laju gler r aku! Hehe. Pastu ade satu tmpt gelongsor agak2 tgi r.. wah bukan main seronok agi aku. Huhu sekali try tak jatuh r ceh hebat konon . haha dah taw aku tak jatuh so aku try naik sekali lagi. Hah, ape nak kate kali ni aku jatuh naik lemas aku air masuk hidung.. time tu kn ade Syafiq dia Nampak aku tergapai2 mtk tolong tapi dia glak je dia kata itu bukan lemas tapi fobia ke air ye ke?? Tipu dia jek! Huhu.. pastu aku tak main dah permainan tu takut benda same yang berlaku! Kali ini kami ke site satu agi.. time ni r time mandi bawah air terjun turun wah sejuk dan sgt best!! Wah kali ni aku semakin menggile ajak Ery n Y nyanyi lagu Sampai Syurga versi air terjun wah vokal kami same2 mantap.. masuk mentor nescaya sume kalah! Kami conquer.. wah gtu! Ape lagi time ni r kami amek gmbar bnyak! Best dan sgt best.. then dalam jam 3.30ptg kami bergerak untuk balik.. penat gler tp memori yang susah nak dilupakan. Lah, kali ni nak tukar baju susah r dgn keadaan bilik air yang takde pintunyer.. tapi sume laki so redah jek!! Haha..
So kami putuskan kali ni smbhyang maghrib kat masjid berdekatan memandangkan sebelum ni dah ade yang pergi so diaorg dah plan siap2 r.. huhu.. selesai smbhyg zohor kami bergerak ke Jusco Tebrau aku nak shoping.. haha kami g parking kereta dulu.. then aku call Adam dia ckp “weh, kitaorg tgu kat Pizza..” so Adam belanja.. wah sedap gak r memandangkan baru pagi tadi jek kami makan perut kosong gler.. tak beragak aku makan. Makan jelah dah org belanja.. so fungsi aku cam tong buangan r time tu sebab diaorg ckp diaorg tak larat dah so aku bedal jelah ape yang diaorg bagi haha. Then, kamni sembahyang Asar dulu. Seronok2 jugak tapi solat jgn lupe wah aku cam ustaz plak.. memandangkan Ery ade dkt aku so i just behave myself gitu plak kan?? Haha. Selepas smbhyg aku ajak Ery n Y cari sandal dan beg galas memndangkan dah smpi sinikan.. so rambang mata aku.. tapi kali ni aku berkenan dgn beg converse cantik hitam puti stylo gler.. huhu.. ori yek.. rm80 haha then g kedai kasut Clarks.. wah kali ni kena n sgt padan ngan tema kau kali ni Lee Cooper hitam putih wah handsome lah aku.. huhu.. then nasib bek aku tak lupe beli adik aku pnyer pencil case lawa gak ungu putih cadangan Ery thanx yaah Ery! Huhu..habis gak r duit aku lebih kurg rm 165 takpe janji berbaloi dan puas hati bak kata Ery.. betul2 haha. Kali ni kami on the way balik ke utm tapi sebelum balik kami ke u mall skudai dulu sebab Adam nak ajak berkaraoke wah aku onn jek.. tapi sebelum sampai kami smpt smbhyg kat petronas. Alhamdulillah! Hehe.. time tu kita org tak nyanyi ag seba ery nak tkr fon sony dier nak beli Samsung Corby weh lawa gler.. kalo korg tgk mesti korg nak satu.. so aku nasihatkan jgn tgk.. haha.. rm670 not bad.. dia tolak font u dpt rm450 haha..
Kitaorg smpi diaorg tak habis karaoke ag so apalagi turn aku, y n ery plak nyanyi. Antara lagu yang kami dendang kan Mungkin, tak mungkin kerna sayang, love story, ku pinjam satu bintang n so on.. ade 2 3 lagu aku tak ingat tapi enjoy gler. Mase otw balik hus mangat mirul wat drift kat u turn u mall.. sempat gak aku n y marah haha.. bukannyer ape rsau beb.. dgn keadaan smbhyang isyak yang tak smbhyang agi huhu terkantoi plak. Hahahaha.. mase balik tu kami kena tahan ngan pak guard di pintu masuk sebab agak lewat kami balik dalam jam 10.45mlm.. so ape lagi yang dia tnya, kad matriks r..! nasib bek aku ade.. so yang laen selamat r.. bile pak guard tnya ade yang terpaksa kelentong ade kat bonet keta.. wah, nsb bek dia prcya.. tapi kami terus tepon kereta satu lagi nak suruh bersiap sedia.. sape yang tak sayang kawan ooi.. haha. So, kami anto si Y dulu.. wah, amat best r.. rase nak pegi lagi.. n to Adam thnx yaah dah belanja mkn Pizza.. huhu thats all, later i cter ag k.. haha..

AMPUNKAN AZRIN MAK...!!

AMPUNKAN AZRIN MAK...!!!!
30hb Januari 2010
Masih ingat lagi waktu tu pergi keluar jalan2 dengan kawan2 ke Bandar Skudai @ jj. Aku dan Qushairi pergi ke giant u mall. Masih ingat agi masa tu kami pergi phone city nak tgk model baru fon. Sebab aku tahu aku takkan tertarik dengn model2 tu sume... tak tahu apa yang terjadi tatkala mata ini terlihat hp model baru kuaran Samsung iaitu Samsung Corby. Lawalah fon tu... kena sgt dengan gaya skrg trendy kami anak org mudatouch screen dan sgt berbeza dgn hp sebelum ni.. huhu. Rasa sgt nak beli on tu.. tapi tatkala itu jugak teringt muka insan yang aku kasihi, bonda senah.. alaa, mak mesti tak kasi sebab aku taw mak pasti rasakan itu adalah membazir tapi fon tu sgt cantik.. hehe
Balik drpd Bandar aku terus ke bilik Qushairi bertanyakan berkenaan model berkenaan huhu dia pun suka jugak font u dia kata cam nak beli arini wuahaha dahsat gler si Q ni... aku rase time tu kena tpon mak nak minta kebenaran mak terlebih dulu.. berkat tu mesti mau ade.. aku pun try fon mak dari jam 3.50pm ke 4.30pm tapi tak dapat sebab time tu mak tgh cakap ngan kak lina haha.. penat aku tgu.. akhirnya dapat jugak ckp ngan mak.. aku trus direct tnya pasal fon yg aku suke tu.. apa yang aku fikirkan time masa aku nmpk font u mmg benar terjdi mak tak bagi sbb mak berpndpt ini bukan masanya aku sibuk nak tukar fon sebab aku masih belajar mak suruh aku pki telefon supernova 7210 sebab tu pun masih elok agi.. aku try pujuk mak nampknya aku kegagalan mak tetap dgn pendiriaannya “ jgnlah beli abang..” aku akhirkan perbualan dgn mak penyh kekecewaan sbb aku tak dpt apa yang aku nak.
Aku masih igt aku bagtaw kat mak yang kejayaan aku time pmr 7A 1B, spm 8A 1B. Result ekspress mara 3.83, dan results sem 1 sarjana muda sains mathematics 3.93 masih belum diberi ganjaran.. aku ckp kat mak orng lain dapat results bagus terus diberi habuan.. mak kata jgn ikut org sebab mak cakap kita tak semampu mereka mak hanya menoreh getah aku hnya mengiakan shj.. mak cakap biarlah diaorg sebab yang nak berjaya sebnrnya aku dan motivasi dan smgt drpd mak itulah hadiah yang berharga.. “mak saya nak fon tu...” hati kecilku bersuara. Lepas tu aku pergi mandi sebab malam tu ade persembahan teater kat ktf.. lepas tu mak telefon mak ckp azrin beli jelah fon tu. Haish pelik aku dgr.. aku tnya mak jgn r marah dan kecil hati dgn apa yang aku tnyakn sebelum ni sbb kalo tak leh aku tak belilah.. mak kata azrin beli jelah mak ikhlas aku pelik sebab nada mak terus tersekat-sekat sperti menahan sebak. Aku cakap mak saya mtk ampun maaf kalo permintaan saya sgt mengguris hati mak.. ampunkan saya mak.. mak kata betul ape yang aku ckap tadi mak tak mampu nak beli apa yang aku nak.. mak nak beli rumah pun tak taw dpt ke tak.. serentak dgn itu air mata aku bercucuran laju.. mak ampunkan azrin.. betul apa yang mak ckp tapi maklah segalanya..
Kasih syg yang mak bagi masa kecil susu yang aku hisap sehingga aku pandai merangkak, minum pakai yang mak sediakan dari aku lahir hgga skrg.. perhatian yg mak tumpukan tatkala arwah ayah meninggal dunia sejak aku umur 7 tahun... begitu aku sgt tegar wujudkan permasalahan kepada mak.. air mata aku semakin deras mengalir sepantas memori aku menyorot kembali betapa besarnya pengorbanan mu ibu.. mak ampunkan saya... tak berniat pun pertanyaan td mengundang rasa bersalah yang tak patut mak tanggung.. mak turut menangis mengikut sedu sedan aku yang tiada berpenghujung. Mak cakap itu hakikat yang harus aku terima mak tak boleh nak hadiahkan handphone seperti lain ibu hadiahkan kepada anak mereka.. ya Allah betapa sgt aku menyusahkan Ibuku!! Seram mengingat bala di dunia dan di akhirat kelak.. mak ampunkan saya.. mak kata belilah azrin hang dah besar hang dah pandai uruskan perbelanjaan sendiri.. aku tak mahu kerana itu bukan sebenarnya kehendak tetapi nafsu aku yang sgt membabi buta! Mak cakap tak payah lah nak minta kat akak2 kalo nak telefon baru sbb mereka pun ada hal yang nak diuruskan kalo depa taw hang dah beli font u hang kenalah tahan sikit dgn marah dan teguran mereka. Aku ambil keputusan tak nak beli lagi aku nak belikan mak tudung dan baju kurung dan belanja mak kfc, mc d ngan pizza. Mak tak penah agi rase pizza ngan mcd. Nanti azrin bawa mak ye, tapi tolong mak ampunkan azrin anak mak yang tak berguna ni.. Wahai anak di luar sana.. sesungguhnya kasih ibu bukan hanya pemberian hadiah tatkala mendapat results yang elok sesungguhnya kasih ibu sampai ke syurga. Jgn jadi seperti Azrin kerana menyusahkan hati Ibu. Ingatlah pepatah ini hati ibu yang berkata tidak apa-apa pabila kita melafazkan perkataan yang menyakitkn hati sebenarnya ada apa-apa di hati kecilnya... mak ampunkan azrin anak yang tak berhenti menyusahkan mak sejak dalam kandungan suka menendang sehingga engkau tak dapat berehat dgn selesa sehinggalah dari kecil hgga dewasa makan hati degn perngai degil ni.. azrin taknak beli fon tu biarlah azrin korbankan dulu perasaan itu sbb tak salah azrin korbankanya barbanding mak yang telah mengorbankan segalanya.. kejayaan ku ini hanya untukmu ibu kau yang aku sayang. Mak ampunkan azrin ye.. ampunkan azrin taw...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...