BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

AMPUNKAN AZRIN MAK...!!

Thursday, February 04, 2010

AMPUNKAN AZRIN MAK...!!!!
30hb Januari 2010
Masih ingat lagi waktu tu pergi keluar jalan2 dengan kawan2 ke Bandar Skudai @ jj. Aku dan Qushairi pergi ke giant u mall. Masih ingat agi masa tu kami pergi phone city nak tgk model baru fon. Sebab aku tahu aku takkan tertarik dengn model2 tu sume... tak tahu apa yang terjadi tatkala mata ini terlihat hp model baru kuaran Samsung iaitu Samsung Corby. Lawalah fon tu... kena sgt dengan gaya skrg trendy kami anak org mudatouch screen dan sgt berbeza dgn hp sebelum ni.. huhu. Rasa sgt nak beli on tu.. tapi tatkala itu jugak teringt muka insan yang aku kasihi, bonda senah.. alaa, mak mesti tak kasi sebab aku taw mak pasti rasakan itu adalah membazir tapi fon tu sgt cantik.. hehe
Balik drpd Bandar aku terus ke bilik Qushairi bertanyakan berkenaan model berkenaan huhu dia pun suka jugak font u dia kata cam nak beli arini wuahaha dahsat gler si Q ni... aku rase time tu kena tpon mak nak minta kebenaran mak terlebih dulu.. berkat tu mesti mau ade.. aku pun try fon mak dari jam 3.50pm ke 4.30pm tapi tak dapat sebab time tu mak tgh cakap ngan kak lina haha.. penat aku tgu.. akhirnya dapat jugak ckp ngan mak.. aku trus direct tnya pasal fon yg aku suke tu.. apa yang aku fikirkan time masa aku nmpk font u mmg benar terjdi mak tak bagi sbb mak berpndpt ini bukan masanya aku sibuk nak tukar fon sebab aku masih belajar mak suruh aku pki telefon supernova 7210 sebab tu pun masih elok agi.. aku try pujuk mak nampknya aku kegagalan mak tetap dgn pendiriaannya “ jgnlah beli abang..” aku akhirkan perbualan dgn mak penyh kekecewaan sbb aku tak dpt apa yang aku nak.
Aku masih igt aku bagtaw kat mak yang kejayaan aku time pmr 7A 1B, spm 8A 1B. Result ekspress mara 3.83, dan results sem 1 sarjana muda sains mathematics 3.93 masih belum diberi ganjaran.. aku ckp kat mak orng lain dapat results bagus terus diberi habuan.. mak kata jgn ikut org sebab mak cakap kita tak semampu mereka mak hanya menoreh getah aku hnya mengiakan shj.. mak cakap biarlah diaorg sebab yang nak berjaya sebnrnya aku dan motivasi dan smgt drpd mak itulah hadiah yang berharga.. “mak saya nak fon tu...” hati kecilku bersuara. Lepas tu aku pergi mandi sebab malam tu ade persembahan teater kat ktf.. lepas tu mak telefon mak ckp azrin beli jelah fon tu. Haish pelik aku dgr.. aku tnya mak jgn r marah dan kecil hati dgn apa yang aku tnyakn sebelum ni sbb kalo tak leh aku tak belilah.. mak kata azrin beli jelah mak ikhlas aku pelik sebab nada mak terus tersekat-sekat sperti menahan sebak. Aku cakap mak saya mtk ampun maaf kalo permintaan saya sgt mengguris hati mak.. ampunkan saya mak.. mak kata betul ape yang aku ckap tadi mak tak mampu nak beli apa yang aku nak.. mak nak beli rumah pun tak taw dpt ke tak.. serentak dgn itu air mata aku bercucuran laju.. mak ampunkan azrin.. betul apa yang mak ckp tapi maklah segalanya..
Kasih syg yang mak bagi masa kecil susu yang aku hisap sehingga aku pandai merangkak, minum pakai yang mak sediakan dari aku lahir hgga skrg.. perhatian yg mak tumpukan tatkala arwah ayah meninggal dunia sejak aku umur 7 tahun... begitu aku sgt tegar wujudkan permasalahan kepada mak.. air mata aku semakin deras mengalir sepantas memori aku menyorot kembali betapa besarnya pengorbanan mu ibu.. mak ampunkan saya... tak berniat pun pertanyaan td mengundang rasa bersalah yang tak patut mak tanggung.. mak turut menangis mengikut sedu sedan aku yang tiada berpenghujung. Mak cakap itu hakikat yang harus aku terima mak tak boleh nak hadiahkan handphone seperti lain ibu hadiahkan kepada anak mereka.. ya Allah betapa sgt aku menyusahkan Ibuku!! Seram mengingat bala di dunia dan di akhirat kelak.. mak ampunkan saya.. mak kata belilah azrin hang dah besar hang dah pandai uruskan perbelanjaan sendiri.. aku tak mahu kerana itu bukan sebenarnya kehendak tetapi nafsu aku yang sgt membabi buta! Mak cakap tak payah lah nak minta kat akak2 kalo nak telefon baru sbb mereka pun ada hal yang nak diuruskan kalo depa taw hang dah beli font u hang kenalah tahan sikit dgn marah dan teguran mereka. Aku ambil keputusan tak nak beli lagi aku nak belikan mak tudung dan baju kurung dan belanja mak kfc, mc d ngan pizza. Mak tak penah agi rase pizza ngan mcd. Nanti azrin bawa mak ye, tapi tolong mak ampunkan azrin anak mak yang tak berguna ni.. Wahai anak di luar sana.. sesungguhnya kasih ibu bukan hanya pemberian hadiah tatkala mendapat results yang elok sesungguhnya kasih ibu sampai ke syurga. Jgn jadi seperti Azrin kerana menyusahkan hati Ibu. Ingatlah pepatah ini hati ibu yang berkata tidak apa-apa pabila kita melafazkan perkataan yang menyakitkn hati sebenarnya ada apa-apa di hati kecilnya... mak ampunkan azrin anak yang tak berhenti menyusahkan mak sejak dalam kandungan suka menendang sehingga engkau tak dapat berehat dgn selesa sehinggalah dari kecil hgga dewasa makan hati degn perngai degil ni.. azrin taknak beli fon tu biarlah azrin korbankan dulu perasaan itu sbb tak salah azrin korbankanya barbanding mak yang telah mengorbankan segalanya.. kejayaan ku ini hanya untukmu ibu kau yang aku sayang. Mak ampunkan azrin ye.. ampunkan azrin taw...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...