BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

ASAM GARAM KEHIDUPANKU

Sunday, February 21, 2010

ASAM GARAM KEHIDUPANKU
            
Hari ini suka azrin nak bawa tajuk yang semua rasenya pernah lalui iaitu sedih. Skop sedih begitu luas untuk ditafsirkan. Bagi saya raat-rata ada tafsiran dan makna yang tersendiri berhubung tajuk kita. Bagi azrin, sedih azrin banyak azrin berkongsi dengan family. Sedih derita kami bila ayah yang kami kasihi, Ahmad bin Parlan meninggal tatkala umur saya ketika itu baru 7 tahun bayangkan darjah satu. Tak tahu erti kehilangan, yang saya tahu saya tak boleh jumpa dah insan yang sering ambil dan hantar saya ke sekolah bersama kakak di Sekolah kebangsaan Tanjung Perang. Sedikit melucukan kerana seperti budak kecil yang lain adik saya yang baru sahaja 4 tahun masih tak tahu dia dah bergelar anak yatim. Budak kecil biasalah. Hmm, hidup kami setelah itu hanya bergantung kepada bonda yang tercinta yang bergelar ayah dan ibu kami kini. Teguhnya ibu melayan karenah kami 6 beradik dek kasih dan amanah yang disandang pemberian arwah ayah. Tetapi kehidupan kami adik beradik tak sesusah orang yang lain.
            Ini kerana ayah bijak menyimpan tatkala hidupnya. Ibu berpesan seperti mana ibu yang lain belajar bersungguh-sungguh kerana masa depan kita kelak cerah dengan harta ilmu yang kita kumpulkan. Alhamdulillah, kakak kedua aku berjaya ke menara gading dengan result spm yang agak cemerlang itulah untung anak yatim Allah pasti membantu! Bukan setakat diploma yang kakak aku pegang malah ijazah berkat rezeki menorah ibu pagi dan petang. Alhamdulillah kejayaan kakak mencetus semangat membara aku untuk menjejakkan kaki ke menara gading serupa dengannya.
            Kejayaan mula kucipta dengan result upsr yang ku anggap mengkagumkan 3A 2B. Em, sedih bila aku fikirkan kerana rakan yang lain masih cemerlang lebih pada aku kenapa aku sedikit sahaja. Ahh.. biarlah ini bukan penamatnya. Masuk aku ke tingkatan 1 dengan kegelisahan kerana aku sukar menyesuaikan keadaan baru, sekolah menengah. Aku pendekkan sahaja cerita ini. Aku berjaya peroleh result yang cemerlang sekali lagi dengan 7A 1B pmr. Balik aku berlari nak tunjuk result aku, biasalah ibu mana yang tidak menangis apabila anaknya berjaya cemerlang sekali lagi. Kali ini sedih ibu membawa maksud jerih perih dia membela aku akhirnya berbayar dengan penghormatan sebegini rupa. Tertawa puas aku melihat ibu aku yang senang hati dengan keputusan aku. Tatkala baru balik dari sekolah meneruskan sesi baru persekolahan baru tingkatan 4 di SMKPP aku dikejutkan dengan datangnya surat tawaran MRSM yang pernah aku pohon dahulu.
            Wah aku berjaya. Anak penoreh getah berjaya masuk ke salah satu sekolah berasrama penuh yang tidak kurang prestijnya.sedih bercampur bimbang kerana muadzam shah tempat yang bakal aku kunjung kelak begitu tidak pernah aku dengar. Desakan ahli keluarga dan keinginan aku yang ingin membuktikan sesuatu aku gagahkan juga ke tempat yang asing itu walaupun aku tahu aku ke sana keseorangan! Biarlah yang nak berjaya nanti aku bukan orang lain. Baru minggu orientasi dengan keadaan aku masuk ke hospital di sana kerana penyakit darah tinggi yang aku baru tahu semasa medical check up nak masuk mrsm tu, aku menelefon ibu mengatakan aku tak tahan duduk dan hidup dalam situasi yang baru ini dan aku suruh keluarga aku ambil aku semula. Dengan rayuan ibu, aku putuskan yang aku cepat mengalah dan begitu tak sabar dengan dugaan yang kecil ini. Em, stay sahajalah disini ada banyak faedahnya juga.
            Dengan berkat kesungguhan aku, dua tahun bermacam pengalaman yang aku timba. Aku dapat 8A 1B dalam spm sekali lagi mengundang air mata ibu. Wah, kejayaan yang berterusan nampaknya. Sebenarnya bila aku dah selesai dan tamat menduduki spm aku diundang dengan tawaran melanjutkan pelajaran express selama setengah bulan di utm, skudai. Wah tawaran emas ni yang datang sekali sahaja. Ini kerana aku peroleh result yang cemerlang ketika trial MARA tempoh hari. 7A 3B berbaloi sebenarnya dengan kepandaian yang Allah beri dan anugerahkan. Terima kasih ya Allah. Walaupun tak berjaya peroleh straight A’s seperti apa yang kami laungkan ketika di maktab, aku sudah berjaya menempatkan diri ke salah satu universiti tempatan yang tidak kurang mantapnya. Huh, lega semua ujian wajib Malaysia mampu aku tawan sebaiknya Alhamdulillah. Cabaran dan air mata sekali lagi aku cipta kepada diri sendiri apabila peperiksaan akhir program ekspress aku lulus dengan cemerlang, gpa 3.83. semangat dan motivasi aku bertambah dengan kejayaan yang aku sangka berterusan ini, Alhamdulillah ya Allah.
            Mendengar result yang sebegitu aku rasa seperti tak sabar nak teruskan kursus degree aku iaitu Sarjana Muda Sains Matematik di universiti sama. Wah, matematik merupakan subjek yang aku tidak begitu mahir ketika di menengah bawah dan menengah atas. Subjek yang aku selalu failed. Tapi tak sangka azam aku ketika nak masuk form 5 akhirnya aku berjaya. Tetapi betullah kata orang kalo kita banyak buat latihan dan kita suka subjek itu kita akan makin pandai dan semakin pandai. Aku berjaya dengan formula tadi dan boleh dikatakan ketika spm tempoh hari subjek matematik moden dan matematik tambahan yang aku tak perlu risau sangat kerana ape konfiden itu ade dalam diri aku?? Gara-gara latihan yang telah banyak dan kefahaman yang aku genggam itulah yang mendorong kejayaan dalam hidup aku. Aku berjaya lagi untuk sem 1 tahun satu dengan gpa 3.93. Alhamdulillah, akan aku teruskan kejayaan yang sama kini, sem 2 tahun 1! Doakan bersama..
            Wahai kawan-kawan apa kata formula aku di atas tadi korang semua cube insyAllah akan membuahkan hasil amin. Ok, tunggu untuk keluaran post aku lain kali yang pasti tips kejayaan aku sekarang akan menjadi perkara pokok dalam keluaran-keluaran yang mendatang. Marialh kita berdoa semoga ibu kita redha dengan setiap perbuatan kita dan kerana redha Allah terletak pada redha ibu kita. Kalau ibu tidak redha?? MasyaAllah.. renungkanlah kerana sesungguhnya hidup kita hanya sementara. Suka untuk aku kongsikan bahawa untuk kali ini tema aku adalah “mencetus fenomena, bukan mengikut fenomena”. Kenapa yer aku ber”tema” sedemikian??? insyaAllah nati korang akan tahu.. jumpa lagi, assalamualaikum J

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...