BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

TRIP KE KOTA SINGA, KOTA KERIANGAN

Sunday, February 28, 2010

TRIP KE SINGAPORE BERSAMA BUDAK KELAS BESERTA GANG KO-Q TEATER
Salam satu Malaysia. Wah3x.. lama jugak yer azrin tak update blog kesayangan nih seems ada kerja yang banyak sangat nak wat. Peperiksaan @test 2 yang dah start masa mgu pertama balik selepas cuti hari raya cina aritu n kerja protocol untuk dinner fakulti 6hb march ni kat dewan jamuan hep nanti! apa2pun,  sebelum bermula penceritaan MABA nak promote gak supaya pergi ke dinner yang di organize oleh kami nanti.. tempahan leh wat kat sape2 jek budak PESAT.. haha, bayaran nyer tak banyak sangat pun rm15 tapi takkanlah kita nak kenakan rm10 jer memanjang perlukankan paradigm jugak kan, tol tak?? Haha.. well, azrin arini nak berkongsi pengalaman sehari semalam menjejak ke Negara orang iaitu Singapura kota keriangan! Hehe, iklan pulak.
            Trip semalam start dengan pendaftaran peserta dan naik bas mengikut group2 yang ditentukan aritu. Alamak! Aku seorang jek lelaki hmm, agak malulah sbb aku takde gang aritu n aku decide nk duduk ngan Aisha Mohamad. Kihkih.. best gak sebab aisha ni banyak gak ceritanya so aku tak bosan r nak mengharungi trip ni. So, dalam bas tuh ade sdkt taklimat tentang program kami kat sane.. ingat agi Ayah Haji ade remind pasangan supaya jaga tgkh laku kami kat sana, aku n aisha apalagi ketawa kecil sbb perasan yang Ayah Haji dah salah sgka ngan kami sbb kami jek yang duduk lelaki perempuan sebelah menyebelah.. tgk yang lain cam tak ketawa so diaorg tak perasan haha! Smpi jek kat terminal imigresen kami diarahkan untuk membawa turun semua barang untuk pemeriksaan n jugak diarahkan untuk beratur mengikut nama berdasarkan nama yang tertera kat dalam passport berkmpln tu hehe cam budak tadika pulak takpelah sbb nak memudahkan urusan dgn pihak imigresen.. Then, masa ni plak Izzah sempat lagi nak wat lawak ngan berbncg ngan gang dier nak wat gaya ape mase nak serahkan passport tuh hehe geli hati aku walaupun tyme tuh risau turn aku. Yelah firstime go through this scenarios.
            Smpi jek kat Singapore aku perasan something yaitu operator aku dah tukar dari Maxis ke Starhub n some others. Hoho, lagipun sebelum ni aku dah dapat tiga msgs dari hotlink yang mengatakan kat aku bahawa aku perlu roaming untuk wat kol n send msgs wah aku mmg taw kos untuk seminit call ialah rm1.5 n texting plak rm1 so aku decide takkan wat call tuh haha. Then aku pun suroh si aisha try call aku. Aisha telepon so aku pun angkat cewah cam best plak. Aku check baki yang tggl, ooppsss! Knp aisha call aku plak yg kena?? Duit aku dr rm5.8 turun mendadak ke nilai rm1.9 haha aku takkan agkt kol dah n amek inisiatif untuk tkr sim dari hotlink ke upax haha sbb aisha kata dia(celcom) charge sedikit aja. Haha takkanlah aku nak off fon sbb nak tgkp gambarkan J. So, kitaorg smpi ke tempat pertama, di Kampung Melayu. Wah apelagi jakunlah kitaorg nih g tgkap gmbar stiap inci n tmpt kami tgkp gmbar hehe puas. Then, kami semua berehat ke satu tempat cam pondoklah nak makan nasi lemak yang Ayah Haji kasi hehe laparlah kawan. Sedapnyer ingt smbil makan takleh tgkp gambar?? Kami bolehkan jugak! So sudah setengah jam kami duduk kat situ kami pun naik bas bergrk ke destinasi seterusnya wah wah cam banyak tempat jek nak pergi hehe.
            Then kami pergi ke suatu tmpt yang kalo kat Malaysia kita panggil istana budaya n kalo kat singapura diaorg ade satu tmpat camtu gak iaitu esplanade hmm, leh tahan gak tempat tuk infrastruktur dan corak bangunan seperti durian cukup mengkagumkan! Wah, lagi banyaklah tempat yang menarik sekitar kawasan tu.. well, betullah kata org yang kawasan singapura tu kwsn yang bebas dari pembuangan sampah bersih dan cantiklah even kat taman tempat org beriadah memang jaga betul org ramai kat kawasan sebegitu haha itu yang best tentang kota singapura. Macam2 pose lah yang aku amek sbb itu jelahkan masanya nak smpi ke Singapura nak tgu next visit lame lagi lah pulak. Haha memnag pengalaman yang menyeronokkan! Kitaorg ke next destinasi dengan jalan kaki jer sbb tmpt tu tak jauh dari esplanade.. ala, tmpt yang Singa kuar air mulut tu yang sgt famous haha. Well, dapat gak aku tgkp gmbr kat kwsn situ hah anti nak jdikan profile pitcha kat fb spy org laen jealous n nak g sana gak. Nak jugak haha. Selepas itu kami semua diarahkan kembali kebas masing-masing kerana hendak pergi ke destinasi seterusnya iaitu China Town. Hmm, dengar dari explaination yg diberikan oleh ayah haji tempat itu diberikan nama yang sedemikian oleh kerana tempat itu yg masih mengekalkan ciri2 penempatan masyarakat Cina. Well, smpi2 jek kami terus masuk ke tokong budha yg berada disitu. Wah bukan main besar lagi patung budha yg berada disitu. Haha, leka jugalah kami tgk kat situ. Lepas satu jam kami beransur ke bas. Korg nak taw masa kami sibuk tgk patung budha diaorg yg lain sibuk beli souvenir utk kengkawan dan keluarga apalagi trn kembalilah kami dari bas ke tempat yg menjual souvenir tersebut. Selepas beberapa minit disitu kami diarahkan oleh Ayah Haji utk kembali ke bas kerana kami warga lelaki nak ke Masjid Sultan nak smbhyg jumaat! Kami akur dan aku hanya sempat membeli key chain utk shbt di utm haha! Tp nti rsnya tak semua kwn aku dpt maklumlah aku terbeli sdkt!

            Kemudian, kami dtgr oleh Ayah Haji kerana tak patuh dgn masa yg telah dttpkan. Kerana Ayah HAji takut kami yang lelaki tak smpt nk smbhyg jumaat. Hmm, Alhamdulillah sampai juga kami dan sempat smbhyg jumaat. Apa yg dpt aku perhatikan sbb agama islam bukan agama rasmi masjid yg dbina tidak begtu besar dan boleh dkatakan tak muat jemaah nak smbhyg. Sedih aku tgk sbb kat Malaysia tak pernah ku lihat stuasi sebegini. Smpi aku trpndg seorg jemaah terpks smbhyg duduk walaupun dia tidak perlu smbhyg sedemikian. Ya Allah, terima kasih dan aku bersyukur kpd-Mu kerana kau mentakdirkan aku lahir di Malaysia. Allahuakbar!! Sejurus selesai kami smbhyg kami diarahkan berkumpul kembali di perkarangan masjid sultan tersebut sebelum menaiki bas. Apalagi dah berjalan dgn perempuan ni kita pun shoping time lah haha. Dan lah aku membeli baju round neck utk family iaitu 3 helai 10 dollar haha. Laparlah dan kami pun ke satu gerai utk menjamu selera hmm, aku makan nasi ayam  n milo ice rm5.2 dollar. Aku akui dia, msyrkt disana dah biasa dgn hrga yg sedemikian berbanding kami bayangkan dekat rm10 kami belanjakan, dijamin kalo kat utm lebih daripada nasi ayam boleh kami makan L. Hmm, lepas tu gara2 makanan yang kami order lmbt smpi so kami pun lambatlah makan haha then puaslah Ayah Haji cari dan bila jumpa terus mengarahkan kami untuk ke bas segera. Kesian Ayah Haji sbb terpksa cari kami yelah kami pun salah tak telefon dan menceritakan keadaan yg sebenarnya.
            Selepas itu, kami beransur ke Sentosa Island yg ala2 Genting Highlands kalo tak silap. Memang cantik tempat dier tak dinafikan! Rekaan yang begitu unik dan aku terpegun menyaksikan keindahan strukturnya. Wah, kami pun masuk ke tempat tersebut dan kami menaiki bas di sana. Kami dikenakan $2 sbg yuran nak masuk tempat tu. Wah, bila tiba di sana kami dilepaskan oleh ayah haji untuk bermain dikwsn tersebut dari pukul 3.45pm hgga 6.30pm dan kembali berkumpul dtmpt dmana kami dilepaskan. Apalagi round2 lah kami di kwsn tersenut. Kami merayau2 ke tempat itu sehingga termasuk ke Resort World dan casino, dan kami pun berpatah balik. Dengan menaiki MRT yang disediakan kami terkeluar dari Kawasan Sentosa Island. Huh?! Terkeluar?? Hmm, kami terpaksa membeli kembali tket untuk masuk tapi kali ni kami dikenakan $3. Wah3x, tapi sebelum masuk kembali kami sempat jugak tgkp gambar dikawsn situ huhu! Tepat jam6.30pm kami pun berkumpul kembali dan kami bergerak ke kwsn yg diarahkan oleh Ayah HAji untuk menunaikan solat maghrib dan isyak tak lupa jugak solat asar. Korg nak tahu kat situ surau satu habuk pun takde itulah nasib kami di sana just smbhyg di koridor bersejadhkan peta lokasi Sentosa Island sahaja! Sgt menyedihkan.. L. Kami pun setelah selesai smbhyg berkumpul ditempat yang sama untuk ke lokasi berikutnya untuk menonton Song Of The Sea, $10. Wah, memang best r pertunjukan itu. Terpegun dan terpaku kami sejenak ini kerana dia hanya memancarkan air sbg layar putih dan memantulkan cahaya untuk mewujudkan kesan dan visual yg indah dan yg pasti berteknologi terkini! Selepas itu kami pun beransur pulang dan aku sempat lagi membeli maggi hotcup perisa ayam kerana lapar yang tersangat dan tak lupa jugak air mango peel fresh! Haha memang sgt mengenyangkan.. berbaloi-baloi hehe. Setelah kami menaiki bas nak balik Malaysia kami perasan yang masih ade 4 org tak ada yang pasti 2org pemegang passport yg masih tidak ade di atas bas haha cuak gler. Kalo takde diaorg memang tak lepas lah nak masuk. Tp Alhamdulillah diaorg sume dpt dtemui haha nmpk kecuakan di mata diaorg haha..

            Ape rumusan yang aku boleh buat,bangunan mereka memang pelik dan menarik serta sgt cantik seriously! Hehe, tapikan stu jer aku nak cakap kalo kita duduk sana kita seperti burung yang hdup di dalam sangkar emas seperti yang diberitahukan oleh Aisha Mohamad kepada aku. Memang betul apa yang dikatakan,” hujan emas di Negara org, hujan batu di Negara sendiri” dan lebih baik Negara sendiri. Itu sahaja yg dapat MABA berkongsi kat sini harap dapat bertemu lagi dalam penulisan2 yang seterusnya. Teruskan membaca blog MABA kerana MABA sentiasa menjanjikan kelainan. Akhir kalam, assalamual’alaikum w.b.t!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...