BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

BERKAWAN KERANA KEPENTINGAN??

Tuesday, April 13, 2010


BERKAWAN KERANA KEPENTINGAN??
            Assalamualaikum semoga semua yang sudi membaca blog saya ketika ini berada dalam keadaan sihat hendaknya. Bagaimana post2 saya sebelum ini? Kalau ada kekurangan bolehlah kita berkongsi kelemahan saya dengan email saya di azringenius@yahoo.com ataupun boleh hantar komen di facebook saya “Azrin Ahmad”. Apa yang bermain di kotak fikiran anda ketika mula2 membaca tajuk post saya pada kali ini? Mungkin ada yang terkena pada batang hidung sendiri tak kurang juga pernah mengalami situasi ini. Itulah, zaman teknologi kini yang senang membudayakan akhlak yang teruk pada pendapat saya.
            Anda pasti bersetuju dengan saya seratu peratus bahawa persahabatan yang ditunjangi kerana Allah pasti indah. Hal ini kerana bersahabat kerana Allah yang lebih diutamakan. Berkawan kerana kepentingan ini saya perhatikan terjadi kepada dua golongan iaitu tidak sedar perbuatannya dan sengaja diperlakukan sahabatnya sedemikian. Dalam konteks mahasiswa, perbuatan ini sering berlaku apabila ingin menyudahkan tugasan2 tergendala. Biasalah alasan seperti tidak cukup masa sudah lali di dengar dan boleh dikatakan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jadi, sahabat yang “dipercayai” digunakan atas kepentingan peribadi. Bersahabat kerana tidak faham akan sesuatu masalah juga kadang2 kalau silap gayanya pasti terjerumus ke arah kepentingan diri sendiri. Sebagai contoh apabila kita tidak faham akan sesuatu sahabat kita yang lain dijadikan rujukan. Selepas sudah mendapat keterangan yang kita perlukan kita buat2 tak endah sahaja dengan sahabat itu. Hish, ini yang saya paling tak suka.

Bak kata pepatah lama, “berkawan biar seribu, berkasih biar satu” eh, ehh bukan yang inilah oh ya “rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari”. Perlakuan sebegini boleh menimbulkan banyak salah faham di antara kita dengan sahabat yang lain. Sahabat yang rasa dirinya dipergunakan akan membenci sahabatnya. Jelas, itu bagi saya tidak salah dan wajar bagi pihak yang teraniaya kerana zaman kini sepatutnya tiada lagi kejadian2 seperti ini. Kita sudah menggelarkan diri kita seseorang yang bertamadun tetapi dibenak fikiran kita masih bersarang unsure negatif yang langsung tidak membantu memajukan diri bahkan terarah ke binasa!
Oleh itu, saya berseru sahabat2 yang saya kasihi di luar sana supaya ambil iktibar daripada apa yang saya perkatakan pada post kali ini. Bukannya apa, seboleh-bolehnya kita sentiasa menjernihkan keadaan sekeliling kita supaya hidup kita sentiasa ceria dan selamat dibawah naungan-Nya. Akhir kalam, kita di dunia ini sementara dan kita harus gunakan masa yang ada sebaik mungkin supaya tidak kita tergolong dalam golongan yang rugi. Salam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...