BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

DETIK INDAH.. KENALAN BARU..

Friday, April 09, 2010

Assalamualaikum dan salam perpaduan. Lama sungguh rasanya azrin tak update blog kesayangan nih. Malumlah, tugas sebagai pelajar memang menghalang azrin. Walaupun lama tak update blog Azrin tetap menjanjikan ‘hidangan’ gaya penulisan terkini seperti promo kat atas haha. Amacam, cantik tak pengubahsuaian yang telah saya lakukan? Itupun dipelajari dari rakan blog yang lain. Seperti yang dinyatakan sebentar tadi, selain daripada sibuk mengulangkaji pelajaran memandangkan minggu peperiksaan dah tiba saya juga sibuk mengejar dateline bagi assignment dan tutorial yang perlu dihantarkan kepada pensyarah. Kalau satu dua bolehh lagi saya tolerate tapi dah sampai lima enam mahu pening kepala dibuatnya! Itulah saya langsung tak salah kan pensyarah kerana memberikan tugasan yang maha banyak ni tetapi sebaliknya saya suka menyalahkan diri sendiri. Mana tak nya, tugasan diberikan minggu lepas tetapi gara-gara mengambil mudah terhadap sesuatu perkara, esok nak hantar malam esoknya lah saya bertungku lumus nak siapkan. Itulah, pelajar Melayu lang sung tak pernah nak ambil pengajaran terhadap yang lepas-lepas. Tetapi, Alhamdulillah kerana setiap assignment melainkan tutorial dibuat secara berkumpulan dapatlah juga saya hantar tepat pada masanya. Alhamdulillah, syukur terhadap Allah yang sentiasa Maha Membantu hambanya.



Sedikit lari dari tajuk pokok, minggu lepas hari ahad 4hb5 sempat saya meluangkan masa walaupun keesokan harinya adalah exam DE dengan menonton ABPBH 2009. Wah kalau nak tahu saya memang sukakan segala bentuk hiburan yang dihidangkan di kaca televisyen. Bukan apa seronok melihat gelagat individu di televisyen. Persembahan yang ditonjolkan boleh dikatakan sangat bermutu. Tak perlu saya bandingkan industri hiburan kita dengan industri hiburan di negara lain kerana pendapat saya industri hiburan kita sudah ada prestijnya yang tersendiri. Suka menonton malam tu kerana artis kegemaran saya dan saya tahu anda semua sedar saya adalah peminatnya yang setia iaitu Siti Nurhaliza telah memenangi anugerah tertinggi malam itu yang menjadi impian setiap artis di Malaysia. Siti Nurhaliza telah diumumkan sebagai Bintang Paling Popular 2009. Suka menonton gelagat nya pada malam itu kerana itulah tahun akhir penglibatan beliau di ABPBH. Tahniah, bintang kegenmaran ku Siti Nurhaliza! Namun pada malam berkenaan ada satu babak yang boleh dikatakan begitu tidak sopan untuk artis Malaysia melakukannya. Semua orang sedia maklum akan busana ‘indah’ yang dikenakan oleh Wati Elite yang pada amatan saya agak keterlaluan. Memilih memakai baju mengikut warna kulit walaupun dilitupi corak bunga warna biru amatlah seksi. Walaupun ramai yang mengatakan seksi itu adalah subjektif tolong terangkan dengan lengkap apa makna subjektif terhadap diri anda sendiri. Kain singkat atas peha amat membuatkan saya sebagai penonton rasa tidak selesa. Untuk kelihatan seksi janganlah bertindak sedemikian kerana ianya secara tidak langsung menjatuhkan imej Islam sebagai agama yang mulia. Harap terimalah teguran ini lapang dada harap apa yang saya tegur tidak lah disaman bagi pihak anda (macam dia baca.. ). Teguran yang dibuat melainkan tidak sebagai unsure nasihat. Alhamdulillah kalau teguran itu dapat dimanfaatkan bersama.



Berbalik kepada isu asal iaitu minggu peperiksaan. Setakat ape yang saya tulis sekarang, saya telah selesai menduduki 3 kertas iaitu DE, English for Academic Communication dan Hubungan Etnik dan masih berbaki 3 kertas lagi iaitu Statistik, LA dan CalculusII yang masing2 diadakan pada 12, 14 dan 15hb4. Alhamdulillah, setakat yang saya lalui semua peperiksaan dapat saya jawab selancarnya. Mungkin doa ibu saya, kawan2 dan para pensyarah. Saya mengharapkan 3 kertas yang telah saya lalui dapat saya peroleh kejayaan semaksima mungkin setimpal dengan usaha yang telah saya usahakan. Moga2 ianya turut member saya satu semangat yang baru bagi meneruskan pepriksaan yang berbaki 3 cuma.


Maklumlah, selagi kita bergelar manusia kita tak lepas dari menerima ujian daripada-Nya kerana Dia sangat rindu akan rintihan kita meminta-minta kepada-Nya. Maka, ditakdirkan dalam minggu peperiksaan ini saya telah mengalami sakit gigi yang sudah lama tidak saya lalui yang mana kali terakhir gigi saya sakit keran graham bongsu kanan dan kiri baru hendak keluar. Kali ini, Allah telah menguji saya dengan keadaan kedua-dua gigi yang baru tumbuh itu mengalami jangkitan bacteria dan menyebabkannya berlubang. Harap anda semua mengerti bagaimana saya melalui kesakitan tersebut. Pada hari rabu 7hb4 saya telah pergi ke Pusat Kesihatan Mahasiswa bagi tujuan untuk mengadakan pemeriksaan. Pada hari itu, doctor telah bertindak membersihkan @ cuci terlebih dahulu gigi saya daripada plak keran ingin memastikan tampalan yang dibuat nati kekal dalam tempoh yang lama. Selesai menjalani proses pencucian saya telah diarahkan kembali semula ke klinik berkenaan bagi melakukan proses tampalan yang pertama. Keesokan harinya gigi graham saya disebelah kanan telah ditampal walaupun proses itu agak menyakitkan tapi saya berpuas hati untuk menjalani kehidupan saya tanpa ada rasa sakit tersebut. Hari jumaat pula saya telah membuat tampalan bagi gigi graham saya sebelah kiri. Sebelum itu saya telah berjumpa doctor lain untuk mngambil ubat Young Hypertansion saya. Memandangkan cuti sudah dekat saya telah meminta doctor tersebut membekalkan saya ubat berkenaan selamaa 4 bulan. Alhamdulillah tekanan darah saya ketika membuat pemeriksaan adalah 150/80 walaupun masih tidak berada pada tahap yang normal saya masih bersyukur kerana penyakit yang Allahh bekalkan itu lebih mendekatkan saya kepada-Nya. Alhamdulillah, nikmat gigi telah Allah berikan kembali. Gara2 saya fobia akan sakit gigi yang saya alami saya telah bertindak memberus gigi setelah sebarang makanan yang masuk kedalam mulut, Masya Allah, Dia yang Maha Mengetahui setiap satu apa yang Dia ciptakan.


Sebanarnya apa yang membuatkan hati sya terdetik untuk menulis pada saat dan ketika ini adalah kerana saya telah membaca satu ruangan “MURABBI” dalam majalah kegemaran saya ketika ini iaitu Majalah Solusi. Jika saudara dan saudari ingin menatap dan mengetahui sedikit info berkenaan majlah inii anda boleh melayari laman ini www.facebook.com dan taip “majalah solusi” segala info ada pada ruangan itu memandangkan saya tidak tahu akan alamat web bagi najalah ini. Pada ruangan ini, telah diceritakan berkenaan Imam Ibn Qayyim al-Jawzi. Saya tertarik pada frasa iaitu beliau telah berusaha menulis setiap hari sebanyak 4 helai muka surat. Begitu saya tersentuh betapa bersungguhnya insan Allah ini mengabadikan diri kepada-Nya menerusi karya penulisan. Saya berazam semoga semangat beliau dapat saya contohi dan teladani agar saya tergolong dalam kalangan hamba Allah yang dahagakan ilmu pengetahuan.



Akhir kalam, saya menyeru semua insan yang membaca post terbaru saya ini semoga mendoakan kesihatan saya supaya dapat saya beribadat dan melakukan aktiviti seharian saya dengan sempurna. Saya juga berharap, anda akan mendoakan kebahgiaan serta kejayaan saya duniia akhirat. Saya juga berdoa agar doa anda dikabulkan dan saya pasti berdoa pada anda semua seperti mana anda mendoakan saya. Nantikan post2 saya yang akan datang yang pasti saya menjanjikan gaya penulisan terkini. Semoga apa yang ditulis oleh saya pada kali ini anda dapat manfaatkan dalam kehidupan anda semua amin. Assalamualaikum..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...