BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

KITA BERUBAH??

Monday, April 12, 2010

KITA BERUBAH??




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alahai geramnya sebab saya tak dapat nak tunaikan janji untuk menulis di blog kesayangan saya ni setiap hari. Maklumlah sibuk nak study last minute. Itulah yang orang marahkan sebab kita ni, mahasiswa lebih sukakan “cabaran” yang sebegitu. Kalau saya tak silap semua orang pernah laluinyakan? Suka memetik kata2 yang pernah diucapkan oleh seseorang bahawa mahasiswa masa kini tidak berdaya saing seperti mahasiswa dahulu. Hal inilah yang menguatkan lagi hujah tersebut iaitu bagaimana kita bersedia mental dan fizikal menghadapi peperiksaan yang bakal merubah kehidupan kita kelak. Kalau study last minute yang selalu kita amalkan, bagaimana kita hendak menjadi seseorang yang terbilang, cemerlang dunia akhirat dan gemilang di sudut dunia? Saya yakin dan saya percaya anda juga begitu, study last minute bukan sahaja tidak berkesan bahkan ilmu yang kita peroleh waktu itu hanya waktu itu sahaja.


Hal ini langsung tidak membolehkan konsep pembelajaran sepanjang hayat diterapkan. Sebenarnya, tidak semua orang boleh mengadaptasi pembelajaran yang sedemikian. Seperti apa yang pernah diperkatakan sahabat saya ialah cara study awak dan saya berlainan. Sebagai contoh, si A telah belajar sepanjang malam tetapi si B hanya menumpukan perhatian di dalam kelas. Akhirnya, si B lulus dengan cemerlang. Manusia itu berbeza setiap satunya, maka kejadian yang telah saya umpamakan di atas merupakan contoh jelas perbezaan manusia.


Bagaimana konsep pembelajaran anda? Saya pernah terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa ilmu yang sebenarnya adalah apa yang kita lupa. Wahai kawan semua, renunglah berapa banyak ilmu yang telah kita hilang? Saya juga pernah menyaksikan bagaimana mungkin sesuatu ilmu itu senang lupa sebenarnya. Saya suka menggunakan pendekatan saya yang tersendiri bagi mengupas isu ini. Seratus peratus saya setuju bahawa kita senang lupa sesuatu ilmu itu apabila ilmu yang kita peroleh tidak disulami elemen keberkatan. Umum mengetahui, ilmu yang kita ada majoritinya diajarkan oleh seseorang. Dalam konsep kelas, jika guru sedang mengajar adakah kita “mengajar” juga dibelakangnya? Jika itu yang seseorang guru alami maka banyak tafsiran yang boleh dirangka antaranya pembelajarannya tidak berkesan, anak murid sudah tiada minat, dan sebagainya. Jadi, disitulah berkat itu sudah hilang. Satu lagi, apabila kita menuntut ilmu dengan rakan2 jangan sesekali mengutuknya pula. Kerana kita sudah bernasib baik kerana kawan sudi menghulurkan bantuan. Kita semua sedia maklum bahawa apabila kita bertanyakan sahabat soalan yang kita tidak faham dan kawan menerangkannya, kita senang faham berbanding kita bertanya guru itu sendiri. Kita kena ingat bahawa tahap kita dan guru kita berbeza dan sebab itu apabila sahabat yang terangkannya kita mudah faham. Antara perkataan atau ayat yang mungkin menyinggung kawan yang ingin membantu kita ialah, “tulisan kau buruk, aku susah nak faham!”, “hish, kenapa kerja yang kau buat tak tersusun?” dan seterusnya. Dan seperti di atas, disitulah keberkatannya telah hilang.



Kita sebagai makhluk Allah memang tidak pernah lari dari melakukan khilaf jadi tugas kita adalah sentiasa bermuhasabah diri semoga kehidupan kita lagi baik daripada semalam. Moga apa yang dikongsikan diatas dapat dimanfaatkan bersama. Sehingga jumpa lagi dalam keluaran akan datang. Kalau ada yang terasa akan post saya kali ini, saya mohon maaf kerana saya hanya membantu orang lain menjalani jalan menuntut ilmu dengan senang kerana segala apa yang saya tulis di blog saya semuanya berkisarkan perkara sebenar. Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...