BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

MENYENANGKAN ORANG LAIN..

Saturday, April 10, 2010


MENYENANGKAN ORANG LAIN..
Assalamualaikum dan salam SATU MALAYSIA. Seperti yang dimaklumkan dalam keluaran semalam saya akan mendisiplinkan diri supaya sentiasa menulis di blog ini dan untuk sebabnya saya harap anda semua boleh rujuk post saya sebelum ini. Sebelum saya ke topik yang ingin saya bincangkan saya suka memetik kata2 yang telah dilontarkan oleh pensyarah saya ketika saya menghadiri kelas beliau. Pensyarah saya adalah seorang pensyarah Fizik di Jabatan Fizik Fakulti Sains, UTM Skudai. Beliau sentiasa mengingati kami supaya sentiasa menulis untuk memperoleh ilham. Ini adalah kerana beliau berpendapat apabila seseorang itu mula menulis senang bagi Allah s.w.t mewujudkan ilham bagi kita menghadapi setiap satu perkara. Itulah serba sedikit pesanan yang ingin saya kongsikan. Tidak dilupakan, nama pensyarah berkenaan ialah Dr. Zuhairi Ibrahim.
            Baiklah, pada kali ini suka saya menceritakan satu topik iaitu sebuah topik yang berkait rapat dengan kehidupan seharian kita iaitu “menyenangkan orang lain”. Kehidupan kita sebagai mahasiswa mahupun manusia memang tak dapat dipisahkan untuk sentiasa berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain. Antara yang dapat saya saksikan adalah apabila kita berurusan dengan kawan2, pensyarah, pihak pentadbir dan sebagainya. Oleh itu, sentiasa adab yang kita telah pelajari secara formal mahupun tidak telah kita aplikasikan sama ada kita sedar mahupun tidak. Menyenangkan orang lain merupakan satu tajuk yang begitu besar untuk saya kupaskan. Tetapi memandangkan saya seorang mahasiwa, jadi apa yang bakal saya perkatakan adalah berkisar konteks mahasiwa itu sendiri.
            Dalam menghadapi arus modenisasi kini, saya lihat ramai orang telah lupa bahawa mereka tidak keseorangan dalam melayari kehidupan di dunia. Mereka suka membuat sesuatu kerja yang barangkali “memuaskan” hati mereka sendiri. Dalam bahasa kasar tidak mementingkan kepentingan orang lain bahkan kepentingannya sendiri yang dia kisahkan. Ingatlah wahai kawan, kita hidup di dunia ini hanya sementara dan kehidupan kita yang sementara ini haruslah dipenuhi dengan “bekalan” yang baik untuk dihadapkan kepada-Nya. Kita hidup ini penting untuk menyenangkan orang lain mengikut masa2 yang perlu, janjikan tidak memudaratkan diri kita dan orang lain.

            Menyenangkan orang lain itu saya takrifkan tidak membebankan seseorang dengan apa yang kita kerjakan. Adalah menjadi tuntutan kepada kita untuk sentiasa menjadikan orang di sekeliling kita sentiasa “aman” dan damai dengan segala tindak tanduk kita. Kita boleh menyenangkan orang lain dengan sentiasa berusaha tidak menyakitkan hati mereka. Sebagai contoh sentiasa menjaga percakapan dengan orang sekeliling. “terlajak perahu masih boleh diundur, terlajak kata binasa”, “kerana mulut badan binasa” adalah beberapa peribahasa yang diungkapkan bagi menunjukkan betapa percakapan itu harus dituturkan sebaik mungkin. Moga2 Allah memberkati kita.

Allah berfirman yang bermaksud: “Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (Surah Qaf, ayat 18)
Sabda Rasulullah s.a.w. yg artinya: "Berbahagialah orang yang menahan kelebihan lidahnya dan membelanjakan kelebihan hartanya." 


            Seterusnya, menyenangkan mereka dengan tidak sesekali menyusahkan mereka. Menyusahkan mereka saya kupas dari segi tidak membebankan mereka dari sudut kewangan. Mungkin tatkala kita meminjam duit dari seorang kawan dan kawan kita memberikannya. Ya, memang apabila kita mengajukan soalan bahawa adakah dia berasa susah dengan pertolongan yang dihulurkan saya yakin dan percaya mereka akan mengatakan tidak. Tapi sebenarnya dalam hati mereka “berbunga” sebenarnya. Lebih molek kiranya kita cuba sedaya upaya mencari penyelesaiannya sendiri. Kita tidak mengetahui masalah orang lain kerana kita hanya manusia biasa.

            
Banyak faedahnya apabila kita sentiasa berusaha menyenangkan orang lain. Rasulullah SAW sendiri menggalakkan kita menyebarkan kebahagiaan ini.
“ Engkau tersenyum di hadapan saudaramu adalah sedekah” Hadith riwayat Bukhari.
Begitulah, betapa indahnya Islam. Bagaimana senangnya kita hendak menyenangkan hidup orang lain. Kerana kita adalah manusia yang dikurniakan Allah akal yang hebat. Jadi kita gunakan kehebatan akal yang dikurniakan-Nya untuk memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ingatlah teman2, sesungguhnya segala tindak tanduk kita di dunia ini adalah menjadi tanggungjawab yang diletakkan di pundak kita semoga kita tergolong dalam golongan yang dirahmati serta dikasihi Allah. Bila lihat kepada apa yang saya kupaskan di atas, cuba kita nilai dan muhasabah diri adakah kita sudah berusaha menyenangkan orang lain? Jawapan ada pada diri anda terserah anda menilainya.

            Akhir kalam, moga kita berjumpa lagi dalam post2 yang seterusnya. Teruslah bersama saya kerana saya sentiasa menjanjikan gaya penulisan blog yang terkini. InsyaAllah dan assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...