BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

KEMERIAHAN RAMADAN :)

Tuesday, August 24, 2010

Assalamualaikum lama sungguh rasanya azrin tak update isi @ content pada blog azrin ni. Bukan malas nak tulis tapi tak ada masa nak update sebab kehidupan sebagai seorang mahasiswa bukan sahaja tanggungjawab terhadap diri tetapi turut kepada sahabat, pensyarah, persatuan, fakulti, university dan selainnya. Umum mengetahui skop tanggungjawab terhadap individu dan perkara yang saya sebutkan tadi merupakan skop yang sangat berbeza daripada satu sama yang lain. Baiklah, kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. Sebenarnya, banyak perkara yang azrin nak tulis kat celoteh azrin kali ini tetapi nampaknya hilang begitu sahaja tersembunyi dibenak fikiran. Saya pernah terbaca di dalam satu artikel di sebuah majalah. Sebenarnya, ilmu itu adalah apa yang kita lupa. Saya biarkan supaya para pembaca blog sekalian dapat memikirkannya sebaik-baiknya.

Sedar tak sedar Ramadan 1431H menjengah sekali lagi. Bersyukurlah kerana kita masih berkesempatan berada dalam bulan yang penuh barakah ini. Seperti apa yang kita sedia maklum takrifan puasa itu bukan seperti mana yang kita definisikan semasa kita masih kecil iaitu hanya menahan lapar dan dahaga tetapi lebih daripada itu. Menjaga tingkah laku, memperbanyakkan ibadah sunat kepada Allah, bertadarus dan seterusnya merupakan ibadah yang Allah sangat mengharapkan hambanya mengambil kesempatan kerana ibadah di bulan puasa ini ganjaran diberikan berlipat kali ganda.
Sudah dua tahun saya meraikan Ramadan di bumi ilmu UTM ini. Suasana Ramadan disini memang tidak dapat dinafikan sangat berbeza dengan suasana Ramadan di MRSM dahulu. Bezanya ketika di peringkat sekolah menengah makan berbuka sudah disediakan oleh pihak sekolah dan kami hanya keluar ke bazaar untuk menambah menu juadah berbuka kami tetapi di UTM juadah apa yang dibeli kami itulah merupakan juadah berbuka kami. Jika mewah makanan yang kami beli maka mewahlah kami ketika menjamu juadah ketika berbuka nanti. Nafsu di bulan Ramadan ini usah dilayan sangat silap-silap membazir sahabat syaitan pula kita.

Utamakan kesederhanaan dibulan Ramadan ini. Allah sukakan hambanya yang bersederhana dalam setiap keadaan kelak kita disayangi oleh Allah dan para rasul-Nya. Semoga Ramadan kita pada kali ini lebih baik daripada Ramadan-ramadan yang sebelumnya. Jagalah pemakanan kita pastikan seimbang kerana kita sudah berpuasa di sebelah harinya maka wajar perut kita dilayan dengan makanan yang berkhasiat. Sebelum menunaikan solat terawih pastikan kita ala kadar sahaja ketika menjamu juadah berbuka kerana kita tak mahu bermalasan ketika beribadah kepada-Nya. Percaturannya senang sahaja, jika kita berpuasa dengan sebenarnya maka pahala puasa itu InsyaAllah pasti ke tabung pahala kita. Jangan penat berpuasa sahaja tapi tiada ganjaran dan pahala di sisi-Nya. Moga-moga ibadah puasa kita sepanjang Ramadan 1431H ini diterima oleh-Nya. Semoga kita bersua lagi dalam keluaran saya yang akan datang. Jika ada sebarang permasalahan yang timbul dan anda ingin kongsikannya bersama saya jangan lupa emelkan ke azringenius@yahoo.com mana tahu campur tangan saya melalui buah fikiran yang dilontarkan dapat meringankan beban maslah anda.. Salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...