BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

MIND YOUR WORDS..!

Sunday, August 29, 2010

Assalamualaikum dan semoga sihat hendaknya. Minggu ini saya ada masa yang agak terluang memandangkan Test 1 untuk kesemua subjek telah pun selesai sebelum kami semua cuti berhari raya. Sebelum kita melalut tak tentu pasal ingin saya bawa anda semua berfikir bahawa puasa bukan sahaja mengawal nafsu makan dan minum tetapi kesemuanya kerana Islam itu sendiri adalah cara hidup yang unggul. Banyak sebenarnya permasalahan yang timbul dek kerana percakapan dan sebab itu juga post saya pada kali ini adalah “Mind Your Words!” pendek kata kita bertanggungjawab dengan apa yang kita perkatakan.

Saya sebenarnya ada pengalaman berhadapan dengan orang yang langsung tidak beradab ketika bercakap bahkan langsung tidak mempedulikan apa yang berlaku kepada orang yang menjadi mangsa ‘percakapannya’. Saya tidak boleh menyalahkan dirinya seratus peratus kerana apa yang dapat saya perhatikan dia seakan berbangga dengan setiap patah pertuturannya. Timbul isunya sekarang kenapa dia berbangga? Satu teori yang mudah iaitu dia disanjung dan dipuji atas dedekansi moralnya itu. Yalah, tak ramai yang ada kebolehan ‘berkata-kata’ sepertinya.

Betulkan saya jika saya silap, kita tidak digalakkan untuk bercakap perkara yang sia-sia malah lebih baik kita berdiam diri daripada mendapat dosa atas ucapan sia-sia kita. Begitulah lumrah kehidupan Melayu yang mana salah selalu disalah ertikan sebagai betul dan sebaliknya. Ketika berhadapan dengan manusia seperti ini adakalanya diamnya kita merupakan satu penyelesaian yang terbaik! Orang seperti ini semakin menjadi-jadi jika kita melayan setiap apa yang dia katakan. Diam dapat menghentikan mereka dari terus berkata-kata. Jika itu tidak berkesan apa kata jangan ambil pusing setiap perkataan yang keluar daripada bibirnya kerana risau-risau perbalahan turut sama mengundang datang.

Moga-moga apa yang dikongsikan di atas dapat kita praktikkan dalam kehidupan seharian. Kepada yang makan cili kemudian terasa pedas apa kata anda muhasabah diri, cuba merasakan anda berda di tempat insan yang selalu anda kenakan itu kemudian cari the best solution to ensure you can get rid of that bad attitude. InsyaAllah, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Seperti biasa jika ada apa-apa yang hendak dikongsikan bersama apa kata ringan-ringan kan tangan anda dan layangkan emel anda ke azringenius@yahoo.com. Semoga bertemu lagi dalam post-post yang akan datang. Assalamualaikum..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...