BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

ANAK SAUDARA PEREMPUAN PERTAMA..

Tuesday, September 21, 2010


ANAK SAUDARA PEREMPUAN YANG PERTAMA YANG MANA TIGA YANG TERAWAL ADALAH LELAKI @ HERO KESEMUANYA.. BARU LAHIR 20HB9 2010 JAM 6.43PAGI..
MOGA BESAR NANTI JADI ANAK YANG SOLEHAH DAN TAAT KEPADA IBU DAN BAPA :)
NAMA?? TAK TAHU LAGI :)

KEJAYAAN INTI KEPAYAHAN :)

Monday, September 20, 2010

Tanyakan mana-mana individu intelektual dan tidak kurang masyarakat awam yang lain pasti bersetuju dengan idea yang saya gagaskan di atas. Seperti kaitan wanita merupakan tulang belakang kejayaan seseorang lelaki, kepayahan juga merupakan syarat perlu seseorang mencapai kejayaan yang kekal. Melihat kesenangan rakan-rakan melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS dan bantuan pinjaman serta biasiswa (kewangan) kadang-kadang saya tertanya adakah kejayaan yang bakal kita kecapi kelak setaraf dengan kejayaan orang-orang terdahulu? Terdetik dibenak fikiran saya tatkala tercetusnya idea ini melalui bacaan SOLUSI isu 23 pada kolum tulisan Prof. Dr. Sidek Baba yang menceritakan betapa banyak halangan dan kedukaan yang ditempuh demi sebuah kejayaan yang digapai kini.



Bukan sahaja masalah kewangan yang menjadi masalah pokok tetapi mental dan rohani beliau turut diusik seolah-olah ingin membantut usaha kearah kejayaan kelak. Tetapi usaha yang dipadu tidak pernah sesekali dilebur tetapi menjadi penguat dalam mengorak langkah seterusnya. Normal jika kita ada masalah tetapi tidak normal jika kita tidak mengetahui cara-cara bagaimana masalah itu ingin kita selesaikan. Kepayahan itu merupakan pembakar kepada kejayaan yang ingin kita lakarkan. Kita mesti pernah mendengar dialog ini, “aku tak nak anak aku susah seperti mana aku susah sekarang”. Lihatlah bagaimana kedukaan dan kesusahan yang pernah kita alami dahulu mendidik kita untuk tidak mendekatinya lagi.


Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang terlindung disebaliknya. Usah kita pertikaikan apa yang telah Allah takdirkan kepada kita. Kita sebagai hamba hanya mampu pasrah dan redha dengan setiap perutusan-Nya kerana Dia mengetahui segalanya. Mungkin baik pada sangkaan kita (kita hanya menilai sesuatu melalui mata dan hati) tetapi besar hikmahnya disisi Allah s.w.t.



Biarlah kita bersedih dan berduka dahulu seperti pepatah “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian” tetapi kelak hanya ketawa gembira menemani kita selama-lamanya. Ingatlah janji Allah hanya kita yang bakal mengubah nasib diri kita tiada masuk campur Allah akan hal itu. Ayuhlah kawan-kawan jangan kepayahan ini menjadi penyekat kejayaan kita kelak. Tetapi jadikan ia ramuan akan resipi kejayaan kita kelak. insyaAllah semoga kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang. Sebarang cadangan dan kritikan boleh layangkan ke email saya yang telah saya paparkan pada ruangan atas. Assalamu’alaikum w.b.t

STAY FOCUSED!

Dalam usaha kita melayari kehidupan sebagai pelajar universiti tidak dinafikan kejayaan merupakan focus utama kita sepanjang berada di IPTA/IPTS. Tetapi sedarkah kita bahawa landasan kita kearah kejayaan semakin memesong daripada tujuan sebenar kita?sebenarnya, kejayaan yang dicari dan dinanti-nati kita selama ini langsung tidak disulami usaha yang berterusan.



Bercerita daripada pengalaman, saya melihat ramai rakan-rakan saya kerap leka dengan permainan dunia masa kini. Tatkala pensyarah melemparkan cebisan ilmu di hadapan ada segelintir rakan-rakan yang sibuk ‘berutus’ surat dengan sahabat mereka yang lain (tidak berada di dalam kuliah) dan yang paling hebat ringtone telefon tidak dimatikan. Luar biasa hebat rakan-rakan kita yang berada di universiti ini. Sesekali mata turut mengerling tanda menegur ketidaksopanan yang berlaku tetapi bukan dibalas dengan senyuman tersimpu malu malah hilaian tawa sebagai peganti.


Bukan sekadar berutus surat malah ada yang lebih canggih menggunakan ‘perkhidmatan’ wi-fi yang disediakan pihak universiti sekali sekala menjengah laman sesawang sosial seperti facebook , twitter dan sebagainya. Bukan apa, mengantuk mendengar kuliah pensyarah dan pelbagai alasan lain diberikan bagi menghalalkan apa sahaja yang dilakukan. Ingat ya, matlamat tidak pernah menghalalkan cara.


Kesalahan yang dinyatakan di atas bukan untuk menghina atau memperli sebahagian sahabat saya tetapi tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mendamba pengajaran daripada kesilapan yang telah kita lakukan. Itulah memang sukar untuk memperoleh fokus ketika kita melakukan sesuatu. Nak nak lagi dalam bidang ilmu ini. Jika kita mengantuk ketika mendengar kuliah yang diberikan oleh pensyarah pastikan kita mencari jalan penyelesaian bagi memastikan tumpuan kita tidak terganggu. Umum mengetahui, tidak banyak soalan yang ditanya dalam peperiksaan terdapat dalam buku yang boleh kita ulangkaji tetapi kuliah pensyarah itu yang banyak disoal dalam peperiksaan itu nanti. Ulangkaji terhadap kuliah yang diberikan oleh pensyarah itu bukan boleh dirujuk melalui buku yang kita beli tetapi nota yang kita tulis melalui pemahaman kita. Pemahaman yang kita zahirkan dalam nota itu berpunca daripada tumpuan kita 100% di dalam kelas.


Menarik bukan jalinan yang terdapat dalam konteks pemahaman dan tumpuan yang diberikan kita di dalam kelas? Belajar di universiti ini perlu bijak. Bijak dalam mengurus masa. Bijakkah kita kalau mengulangkaji buku setebal mungkin demi meraih kefahaman dalam jangka masa sejam dua kuliah? Di sinilah dapat kita saksikan peranan tumpuan itu tadi.


Kesimpulannya, belajarlah mencintai tumpuan yang bakal mengubah kehidupan kita kelak. Ingatlah STAY FOCUSED! Dalam melakukan apa sahaja pekerjaan yang bakal atau sedang kita lakukan. Pasti hidayah dan taufik-Nya berbekas dalam hati kita. Fahamilah bahawa hidup kita di dunia ini merupakan perantaraan kita melangkah kealam yang abadi, akhirat. Beribadatlah seyakin dan sekhusyuk mungkin moga kita sentiasa berada dalam pelukan rahmat-Nya. Semoga kita berjumpa lagi dalam keluaran yang akan datang.

UBAH PERSEPSI ORANG TERHADAP DIRI KITA...!

  
Salam kepada pengikut setia blog MABA. Sudah agak lama saya tidak update content blog saya ini. Maklumlah banyak kerja yang perlu saya lakukan dan banyak perayaan yang kita tempuh kebelakangan ini seperti Hari Kemerdekaan , Aidilfitri dan Hari Malaysia. Saya ni kalau bercuti ‘tangan’ turut bercuti, sibuk menolong keluarga membantu apa yang patut. Baiklah, pada keluaran kali ini saya suka membincangkan berkaitan mengubah persepsi orang terhadap diri kita. Pada masa kini, orang menilai diri kita bukan melalui apa kebaikan yang kita buat tetapi kesalahan apa yang telah kita buat.



Menurut hemat saya, we have to reduce as much as possible our mistakes then people will judge us positively. Mahu atau tidak itulah pendekatan kita mengatasi masalah ini. Kita pasti perasan apabila berlaku sesuatu kesilapan yang kita lakukan pasti juga kesalahan yang pernah kita lakukan suatu ketika dahulu yang akan dijadikan sandaran.


Menjadi apa yang dikehendakkan orang terhadap diri kita memang susah tetapi untuk kebaikan apa salahnya. Kita pasti sudah biasa mendengar peribahasa Inggeris ini, “don’t judge a book by its cover”. Tetapi pepatah ini mungkin tidak berapa sesuai diaplikasikan pada masa ini. Penampilan merupakan perkara yang pertama orang lain nilai pada diri kita. Oleh itu tampillah menarik untuk menarik perhatian orang melihat diri kita.



Tidak susah sebenarnya untuk kita mengubah persepsi orang terhadap kita kerana kita adalah apa yang kita lakukan. Baiklah, setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan bersama anda. Jika terdapat kritikan membina jangan lupa kirimkan email ke alamat email yang telah saya sertakan di atas. Semoga kita berjumpa dalam keluaran saya yang akan datang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...