BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

BELAJAR KENA FAHAM...

Monday, March 28, 2011

Ketika tangan menaip satu demi satu huruf entry kali ini, penulis sudah selesai menjawab test 2 Modern Algebra. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar tetapi seperti biasa terkilan datang bertandang bukan apa, cuma sedikit kesilapan pada beberapa soalan. Al maklumlah sebagai pelajar tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Berkait dengan tajuk entry kali ini, rata2 saya rasa bersetuju dengan ayat tersebut. Memang, sebagai seorang mahasiswa apatah lagi pelajar kefahaman akan sesuatu subjek amat perlu bukan sahaja penting ketika menjawab soalan yang hanya soalan tetapi dapat diaplikasikan dalam kehidupan yang sebenar.

Sungguh saya akui rata-rata kita belajar hanya untuk mendapat A, peroleh CPA yang cemerlang dan berjaya menggenggam segulung ijazah. Oleh demikian, dapatlah kita dengar keluhan masyarakat, "Ada apa pada sehelai ijazah?!" ada yang lebih ekstrem, "It just a piece of sheet!". Tanggapan ini dapat kita saksikan dan dengar sendiri kerana sebab2 yang sudah saya nyatakan di atas. Cuba kita selami dengan bersungguh-sungguh segala ilmu yang kita timba pasti tiada keluhan seperti itu yang bakal kita dengarkan. Bila belajar semata-mata kerana A, mulalah apabila mendapat soalan yang sukar sedikit menggaru kepala mencari jawapan, terkial-kial menjawab soalan andai kata kefahaman itu yang kita genggam pasti soalan sesukar mana pun InsyaALLAH dapat kita selesaikan. Inilah nilai tambah yang jarang kita dapat saksikan menerusi pelajar ataupun mahasiswa di universiti di Malaysia. Mungkin sebab itulah sampai kini, tiada yang berjaya memperoleh Nobel Prize sebagai wakil bagi masyarakat Malaysia

Bila belajar kerana A keikhlasan dalam menuntut ilmu boleh dikatakan tiada justeru melahirkan ramai graduan kelak yang penting akan diri sendiri sahaja. Langsung tidak mahu menyumbang kepada masyarakat. Barangkali golongan ini tidak dapat menyumbangkan apa-apa lantaran prinsipnya ketika menuntut ilmu tadi. Memang sukar bertanyakan kepada pensyrah atau guru akan ketidakfahaman yang melanda kita kerana mereka tidak dapat menerangkan kembali mengikut level kita oleh itu bertanyalah kepada teman-teman yang faham insyaALLAH kita lebih mudah faham kerana kawan satu level dengan kita dan penerangan mereka lebih jelas. Jangan menjadi bodoh sombong atau berasa rendah martabat tatkala mengajukan soalan. 


Ya, bukan untuk kesenangan orang lain jika kita memahami sesuatu perkara bahkan boleh memanfaatkan orang lain, moga2 ganjaran pahala di sisi-Nya. Ayuh lakukan perubahan, memang Allah tidak akan merubah nasib seseorang melainkan diri kita sendiri yang mahu berubah. Tulis banyak pun tiada gunanya kerana pokok pangkal perubahan itu bermula dengan kita sendiri. Ayuh melakukan transformasi dalam cara kita berfikir :D

p/s : Malam ini ada perjumpaan berkumpulan pelajaran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...