BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

HARUS TAHU DAN SELIDIK KEPENTINGAN, KEPERLUAN!

Thursday, March 31, 2011

Saat penulis terburu-buru masuk ke dalam tandas bagi melepaskan hajat kecil, penulis tidak sempat memeriksa keadaan tandas tersebut sama ada masih berfungsi paipnya atau ada airkah ntuk menyucikan bahagian tertentu nanti. Kerana memang kebiasaannya itulah perkara pertama yang akan diperiksa. Selesai menyudahkan hajat kecil, dada berdegup kencang dan peluh jantan mula membasahi dahi. Tekan punya tekan (pili, air keluar itu sedikit moden cara pembukaannya) air tidak juga keluar. Kepala ligat memikirkan cara bagaimana hendak ke tandas sebelah.

Beberapa ketika baru diri sedar bahawa paip yang disambungkan itu masih belum dibuka. Lega semahunya kerana itulah kesudahan yang baik, nasib baik! Memang kehidupan selalu mengajar kita, insan yang kononnya mempunyai akal fikiran. Kejadian yang tidak diduga seperti ini benar membuat diri berfikir. Keputusan yang dibuat tanpa berfikir akan memberi kesan baik atau buruk terhadap tindakan yang diambil.

Sebagai manusia, memang resam kita sentiasa berharap kesudahan yang baik. Perlu kita tahu kepentingan dan keperluan sesuatu tindakan yang bakal dibuat. Jika sebarang permasalahan timbul sekurang-kurangnya kita ada perancangan tambahan bagi menyelesaikan masalah yang berbaki. Kerja atau tindakan yang disulami dengan ilmu berkaitan kepentingan dan keperluan perkara tersebut dapat membantu kita dalam pelbagai aspek. Yang mana sudah pasti aspek dan elemen2 tambahan yang lain dapat membantu kita menjadi insan yang berdaya saing dan menghasilkan sesutu yang bermanfaat kepada semua.

Elemen yang dinyatakan di atas dapat memastikan kita sentiasa berada pada jalan yang lurus. It will keep us on track always. Ya, memang tanggungjawab kita membudayakan amalan berfikir sebelum bertindak kerana ianya nanti akan berbalik kepada kita, manfaat pastinya!

p/s : Sentisa merancang untuk melakukan yang terbaik, tetapi masih tidak berkesempatan melaksanakan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...