BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

HEBAT SUNGGUH PERSEMBAHAN BELIAU...

Tuesday, March 29, 2011

Hebat sangat hebat! Bukan dengan melakukan persembahan artistik di atas pentas sahaja dikira hebat bahkan hebat dalam bidang masing-masing pon boleh dikatakan hebat! Hebat merupakan subjektif kerana setiap individu mendefinisikan hebat mengikut tahap kefahaman mereka. Selagi bukan digelar terjemahan yang saintifik, ikut sahajalah rasa hati dalam mendefinisikan sesuatu :D.

Memang tidak dapat dinafikan kehidupan sebagai seorang mahasiswa lazimnya dipenuhi dengan kehadiran ke dalam kelas bagi subjek masing-masing. Dalam sibuk menghadiri kelas kita bukan sahaja diajar tetapi kita juga belajar bagaimana mengajar, bila kita belajar kita digelar pelajar (cuma di universiti pelajar digelar mahasiswa), pendek kata memang kita sebenarnya belajar sepanjang masa tak kira waktu formal atau bukan. Kita sering diberi tugasan seperti mengadakan 'presentation' kepada sahabat di dalam kelas mengikut subjek masing2 tetapi percaya atau tidak tidak ramai memiliki ilmu untuk mempersembahkan 'slide'. Bagi yang gifted, tugasan ini diselesaikan dengan mudah. Tetapi rata-rata kita memerlukan latihan seperti bercakap kepada orang ramai dengan sesempurna mungkin, hasil kerja menerusi persembahan slide yang tidak membosankan, kemahiran menerangkan input kepada audience dan sebagainya.
Datuk Prof. Ir. Dr. Zaini Ujang, VC UTM


Penulis berasa begitu kagum dengan Datuk NC UTM yang baru-baru ini memberikan short lecture pada majlis pelancaran UTM sebagai kampus lestari yang dirasmikan oleh Menteri Inovasi (maaf tidak dapat mengingati nama kementerian tersebut secara detail). Beliau begitu bersahaja ketika menyampaikan slide beliau kepada audience (hebat-hebat audience datuk NC). Kelihatan beliau begitu memahami skop penerangan yang beliau sampaikan. Buat pertama kali penulis berasa sungguh tidak mengantuk mendengar short lecture pada majlis2 seperti ini. Gaya yang tidak begitu berat (in term of his slides) senang diterima kami yang not so into his field! Beliau bijak dalam menyusun kata-kata supaya mudah difahami dan yang paling penting baru dapat tahu bahawa beliau tidak seserius dan pandai membuat lawak. Lawak tersebut turut mengundang stail gelak penulis sedikit berbeza daripada sebelumnya, sopanlah senang cerita...

Ketika kita di universiti, ilmu2 soft skill seperti inilah yang harus kita pelajari, mudah apabila kita berurusan dengan orang di kehidupan realiti. Ini juga dapat membezakan pelajar yang berkualiti dan sebagainya. Banyak yang perlu kita pelajari bagi memastikan diri kita menjadi pelajar yang bijak menyampai sehingga sasaran pendengar faham akan apa yang kita cuba sampaikan. Google sahaja segala tips pasti kita jumpa. Prinsipnya mudah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih! Penulis berazam untuk menjadi penyampai yang bijak dalam menyusun ayat dan tahu akan level audience supaya apa yang cuba disampaikan mudah difahami!

p/s : tadi, pada hari ini tidak sempat mempersembahkan slide kepada sahabat2 :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...