BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

KEDAMAIAN & KETENANGAN ITU YANG KITA CARI...

Thursday, March 31, 2011

Semalam penulis berkesempatan meluangkan masa selepas hampir 2 bulan tidak menonton wayang gambar di U-Mall MBO. Hari Rabu penulis mempunyai masa kerana pada sebelah petang kebiasaannya tidak mempunyai kuliah melainkan kelas kokurikulum dan Alhamdulillah kelas tersebut berjaya penulis sudahkan 2 sem berturutan lepas :D. Nashkah hollywood yang tealh ditonton semalam bertajuk World Invasion : Battle of Los Angeles


Seperti biasa kita boleh agak cara persembahan filem terbitan pihak Barat iaitu sarat dengan pelbagai teknik CGI dan aksi. Memang penonton akan puas hati dengan filem-filem mereka berbanding filem terbitan tempatan. Apakan daya, teknologi kita masih belum setanding teknologi filem mereka di sana. sedikit review kepada filem ini :D, kisah akan sekumpulan Alien yang berusaha untuk menakluk bumi kerana kepentingan air. Senang cerita ingin mencuri air di bumi. Segala angkatan beruniform AS dikerah untuk berjuang mematahkan misi musuh. Ironi kebanyakkan filem seperti ini adalah kuasa Alien dikalahkan oleh manusia. Cukup dengan review filem ini, selebihnya harap dapat sendiri-sendiri menonton di pawagam atau menerusi CD. Filem ini mengangkat tema persahabatan, kepimpinan dan yang paling utama adalah keamanan.


Begitu manusia di bumi huru-hara apabila tiba kedatangan alien dalam usaha menakluk bumi. Pada ketika waktu dan saat itu, isu air dicuri bukan lagi isu yang dihiraukan tetapi isu keamanan dan ketenangan yang diutamakan. Bagi penulis, filem-filem barat yang sarat dengan mesej keamanan tidak langsung mencerminkan perbuatan dan tindakan mereka terhadap masyarakat dunia masa kini. Mereka yang sibuk meuar-uarkan mesej keamanan tampak begitu hipokrit dengan cara mereka menghadapi dan menyelesaikan masalah kerana kebanyakkan solusi mereka berteraskan keganasan.

Jika mahu memperkatakan mengenai isu Barat semestinya panjang di dalam entry ini. Malangnya dengan ilmu yang sedikit cuma tidak dapat untuk dikongsikan secara detail menerusi fakta yang tepat. Jika entry tersebut dikeluarkan mungkin hanya melibatkan permainan emosi cuma dan mungkin juga melihat dari satu sudut pandang sahaja. Keamanan dan ketenangan sememangnya saling berkait rapat. Di malaysia perasaan begini mungkin senang diselami tetapi bayangkan bagaimana perasaan sahabat kita yang kurang bernasib baik seperti di Palestin? Sudah tentu inilah apa yang mereka idamkan semenjak kebebasan mereka diragut secara paksa oleh pihak Zionis Israel. 

Ketenangan cukup indah sepanjang kita menjadi hamba-Nya bahkanhamba-Nya yang berbuat amal soleh serta diberi ganjaran pahala dijanjikan ketenangan dan kedamaian yang abadi di Syurga kelak (moga-moga kita ditempatkan dalam golongan sebegitu). Memang wajar segala kempen berkaitan dua isu ini diperhebat kerana sebagai khalifah dan hamba-Nya di bumi ini, itu adalah dua perkara asas yang setiap satu daripada kita patut rasai. Jika keganasan dan peperangan yang disuarakan fikirkan kembali kerana kita tidak ada hak ke atas satu yang lain kerana manusia itu hanya milik Allah. Situasi yang terjadi pada hari ini di mana ketenangan dan kedamaian disangkar adalah seperti senario lebih sudu daripada kuah.

Ayuh menadah tangan syukur kepadanya kerana dua 'item' ini dipinjamkan kepada kita dalam usaha untuk menjadi hamba-Nya yang taat dan khalifah-Nya yang setia berpegang teguh kepada amanah yang sudah ditetapkan. Berdoalah walaupun tanpa dua nikmat ini kepada sahabat kita yang berada dalam situasi peperangan terus dibekalkan dengan pengharapan kepada Allah dan jangan sesekali mereka mengeluh dan 'surrender' dengan situasi tersebut kerana apa yang kita hadapi sama ada sukar atau senang merupakan ujian daripada Allah dalam usaha menguji hamba-Nya. Semoga ketenangan dan kedamaian terus bersemadi di dunia ini sehingga tiupan hamba Allah yang terakhir

p/s : tidak dapat berjihad dengan fizikal, moga jihad menerusi tulisan diredhai-Nya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...