BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

NAK BERJAYA KENA ADA COMMITMENT...!

Monday, March 28, 2011


Bekerja dalam kumpulan seseorang kena ingat skop tugas masing-masing walaupun seakan kerja kumpulan itu tidak kelihatan untuk disiapkan dalam suatu tempoh masa yang ditetapkan tapi kita mesti ingat tanggungjawab kita. Satu budaya berkumpulan yang harus ada pada diri setiap ahli kumpulan adalah saling ingat mengingati.


Kekadang diri ini pelik bertambah hairan kerana diri ini jikalau ada kerja kumpulan (berbanding kerja individu) susah mahu lupa mungkin kerana kapasiti kerja kumpulan ini berskala besar. Tetapi manusia memang acapkali lupa akan tugas sendiri manakan bisa lupa kerja sendiri boleh mengingatkan orang lain akan kerja yang lain?



Suka mendengar pendapat sahabat di mana kita harus suka kawan kumpulan kita (yang mana telah ditetapkan oleh pensyarah) sepanjang semester tersebut. Memang tidak boleh suka dalam tempoh yang sedikit tetapi berusahalah kerana kumpulan itu hanya dalam tempoh semester tersebut sahaja. Ya untuk berjaya memerlukan komitmen. Kalau setiap kerja disertakan komitmen pasti membuahkan hasil yang mengkagumkan. Bayangkan kuasa 'komitmen' bila bergabung dengan setiap ahli sesebuah kumpulan, hebat bukan?

Memang kesengalan melanda diri bila komitmen itu hanya di pihak kita sahaja bukan ahli kumpulan yang lain. Ya, itulah lumrah hidup tiada apa yang sempurna. Memang tugas kita sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran dan mengajak kepada kebaikan :D. Kepada yang ditegur akan kesilapan diri, usah jatuh dan berdendam kerana bila orang yang menegur merupakan kawan dan sahabat mereka bukan mahu melihat kita jatuh bahkan mahu melihat kita berjaya kerana jika kelak berjaya tiada manfaat satu pun kepada sang penegur melaikan pahala. Ingat bila tiada yang menegur itu tandanya orang sudah tidak mahu menegur kita. Bila tiada yang menegur kita mudah tersasar.

Sahabat memang benar bila di universiti ketinggian dalam CPA atau akademik bukan ukuran sebenar. Ya, kita mahu terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan tetapi ingat tanggungjawab utama kita sebagai mahasiswa ialah menimba ilmu. Memang ilmu resminya menimba mana mungkin mengambil kerana hirearki nya yang tinggi. Ilmu itu luas, komitmen yang tinggi diperlukan dalam usaha kita menimba pelbagai ilmu.

Tiada niat entry kali ini dilayangkan untuk mengusik sudut hati sahabat lain kerana ingatlah bila ada yang menegur, diri kita sudah pasti dihargai. Pastikan ambil yang jernih, buang yang keruh. 

p/s : assignment ENGLISH and Critical Thinking masih belum siap :(. Hopefully kerja akan siap, think positif!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...