BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

LIRIK KISAH HATI ALYAH

Tuesday, April 26, 2011

Hatiku... Hatimu...
Menjalin satu cinta, ku rasa hadirmu... Meyempurnakan aku...
Tapi... Cinta bukan milik kita, semua harus berakhir...
Cinta kau dan aku takkan mungkin bersatu, untuk saat ini, di dunia ini...
Mungkin kita bersama nanti di atas sana biar ku setia, menjaga cinta mu selamanya... ooo oooh..

TIDAK DAPAT MENGUPDATE DENGAN POST TERBARU...

Sunday, April 10, 2011

Sepanjang semester kali ini memang susah mahu melihat dan merasai weekends. kebayakkan weekendas yang datang bertandang aku layan seperti weekdays boleh dikatakan menjelang tahun akhir makin hilang saat manis seperti tahun-tahun yang sudah. Ialah kalau mahu berjaya memang kena banyak berkorban! Dikesempatan ini, penulis ingin sangat memohon maaf kepada pembaca blog ini (kalau ada) kerana untuk minggu-minggu yang akan datang penulis tidak boleh post entry2 untuk tatapan bersama sekerap bulan lalu.

JAWAPAN TERHADAP ISU NORANIZA IDRIS MENGHADIRI "MISS PAHANG"

Friday, April 08, 2011

Tatkala ini mesti ramai sudah menonton video miss pahang yang sudah kecoh di lelaman YOUTUBE dan pada sesape yang belum menontonnya lagi anda boleh ke ohbulan.com!

SETIAP APA YANG DIKATANYA MEMBERI SEMANGAT...

Thursday, April 07, 2011

Memang kehidupan tidak sentiasa memastikan kita lena dan asyik dengan godaannya kerana setiap satu yang kita lalui pasti dicorak dengan permainan ujian. Oleh sebab itu, usah pelik tatkala diri ditimpa ujian dan ingat ujian tidaklah sentiasa membawa erti yang negatif kerana dalam postif itu tersirat juga dugaannya. Hmm, sungguh perjalanan semester kali ini yang menjanjikan 14 minggu bahkan seperti semester2 lepas sentiasa tidak kita sedar betapa masa itu cepat meninggalkan kita. Dalam 14 minggu ini kita sentiasa diuji dengan soalan2 kuiz, ujian, tugasan dan tidak lama lagi peperiksaan akhir.

PERKAITANNYA TERSIRAT...

Tuesday, April 05, 2011

Tatkala penulis menyelesaikan beberapa masalah berkaitan Real Analisis dan Modern Algebra yang ada berkaitan dengan menentusahkan sesuatu teorem penulis berminat untuk berkongsi entry kali ini dengan pengikut setia blog penulis (adake?). Sebenarnya dalam kehidupan kita di alam ilmu di universiti ini memang semakin banyak yang kita pelajari semakin kerdil kita rasa (itu pun kalau perasanlah). Ini kerana berbanding suatu masa dahulu pembelajaran kita diukur melalui kuantiti ialah sebanyak beberapa subjek kekadang sehingga 10 kesemuanya dalam satu tahun berbanding kini yang mana pembelajaran kita lebih mengkhusus sebagai contoh jika seseorang mengambil matematik sepanjang tempoh tiga tahun keberadaannya di universiti subjek terasnya adalah matematik.

Siti Nurhaliza ABPBH 2010 persembahan penutup

Monday, April 04, 2011



I Love each and every part about her... (her talent of course)
u guys just mention her name sure i'll love to hear :D
so please say "I LOVE SITI!!!"
credit to Atos!!!

TENANG BILA MASALAH DIRUJUK KEPADANYA...

Sunday, April 03, 2011

Assalamualaikum dan salam satu malaysia kepada semua yang sudi membaca blog ini. Dah seharian tak menulis, bukan apa penulis baru sahaja diserang penyakit gastrik yang barangkali sudah lapan bulan menyepi. Ialah sakit2 juga, tetapi hidup ini tidak boleh mengeluh berpanjangan kerana sudah dijanjikan oleh Dia di atas bahawa setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Kita sebagai hamba harus sentiasa bersyukur dalam setiap satu perkara yang telah ditakdirkan kepada kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...