BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

PERKAITANNYA TERSIRAT...

Tuesday, April 05, 2011

Tatkala penulis menyelesaikan beberapa masalah berkaitan Real Analisis dan Modern Algebra yang ada berkaitan dengan menentusahkan sesuatu teorem penulis berminat untuk berkongsi entry kali ini dengan pengikut setia blog penulis (adake?). Sebenarnya dalam kehidupan kita di alam ilmu di universiti ini memang semakin banyak yang kita pelajari semakin kerdil kita rasa (itu pun kalau perasanlah). Ini kerana berbanding suatu masa dahulu pembelajaran kita diukur melalui kuantiti ialah sebanyak beberapa subjek kekadang sehingga 10 kesemuanya dalam satu tahun berbanding kini yang mana pembelajaran kita lebih mengkhusus sebagai contoh jika seseorang mengambil matematik sepanjang tempoh tiga tahun keberadaannya di universiti subjek terasnya adalah matematik.

Sungguh, kembali kepada apa yang ingin penulis berkongsikan bersama-sama pada kali ini ialah berkaitan dengan 2 subjek yang telah dinyatakan di atas. Mungkin tiada yang dapat mengagak apa yang cuba penulis kaitkan. Sebenarnya apabila berada dalam jurusan Matematik ini, bidang ini memang tidak boleh lari daripada aktiviti rutinnya iaitu menentusahkan (proving). Tidak melampau sekiranya boleh dikatakan kemahiran menentusahkan sesuatu teorem ini adalah sebahagian kepakaran yang mesti ada dalam seseorang ahli matematik.

Secara tersirat daripada apa yang dipelajari sepanjang mengambil dan belajar Matematik ialah setiap apa yang ditentusahkan itu haruslah ada sebab yang rasional berdasarkan hukum-hukum matematik yang tertakluk. Pengajarannya mudah tetapi jika seseorang dapat berfikir di luar kotak fikiran, ini jelas dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Kita harus memandang kembali dan berfikir sejenak benarkah segala apa yang kita lakukan selama ini bersebab. Jika ya jawapan anda, anda harus bijak menanyakan kembali diri anda adakah berdasarkan sebab yang relevan atau mengikut hati dan emosi apatah lagi pemikiran yang dipimpin oleh hawa nafsu.

Insan yang bijak dalam hidupnya bukan sahaja boleh mengaplikasikan segala ilmu yang ada terhadap permasalahan yang lebih serius tetapi haruslah bijak terlebih dahulu untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Ilmu Allah itu Maha Luas dan apa yang penulis bincangkan di atas hanyalah berkaitan dengan pengkhususan ilmu penulis. Diharap sangat segala apa yang dipelajari tidak kisahlah dalam apa jua bidang dapat ditemukan aplikasinya ke dalam kehidupan seharian barulah ilmu tersebut dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan penjiwaan ilmu tersebut istiqamah dan yang paling penting ilmu tersebut seronok dipelajari.

Memang diakui kebanyakkan rakan penulis tidak begitu meminati bidang Matematik ini kerana atas alasan utama sukar mendapat pekerjaan dan susah! Inilah kesannya kerana perkaitannya yang tersirat dalam bidang Matematik kerana sifat aplikasi itu begitu subjektif mengikut penilaian masing-masing. Dalam kehidupan serba mencabar kini tiada apa yang dapat diperoleh tanpa usaha yang padu. Moga kita sentiasa menjadi insan yang terarah kepada ilmu dan sentiasa berusahamencari tahu akan sesuatu yang diluar kefahaman kita dan ingatlah sesungguhnya orang yang malu bertanya pasti tersesat jalan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...