BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SETIAP APA YANG DIKATANYA MEMBERI SEMANGAT...

Thursday, April 07, 2011

Memang kehidupan tidak sentiasa memastikan kita lena dan asyik dengan godaannya kerana setiap satu yang kita lalui pasti dicorak dengan permainan ujian. Oleh sebab itu, usah pelik tatkala diri ditimpa ujian dan ingat ujian tidaklah sentiasa membawa erti yang negatif kerana dalam postif itu tersirat juga dugaannya. Hmm, sungguh perjalanan semester kali ini yang menjanjikan 14 minggu bahkan seperti semester2 lepas sentiasa tidak kita sedar betapa masa itu cepat meninggalkan kita. Dalam 14 minggu ini kita sentiasa diuji dengan soalan2 kuiz, ujian, tugasan dan tidak lama lagi peperiksaan akhir.

Setiap subjek yang kita pelajari pasti ada insan bergelar pensyarah yang ditugaskan untuk mengajar kita. Alhamdulillah bukan seperti tahun2 lepas, pensyarah2 kali ini merupakan antara pensyarah2 terbaik yang pernah mengajar kami. Dan aku tertarik dengan cara pengajaran salah seorang pensyarah aku iaitu Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin yang mana kami semua memanggilnya dengan panggilan Dr. Niza. Sungguh, pendekatan yang digunakan ketika mengajar kami mesra sekali. 

Beliau seperti rakan2 yang memberi ilmu kepada rakan2 yang lain. Beliau begitu bersahaja ketika berkongsi pendapat beliau menerusi hasil kerja kami di dalam kelas sehingga penulis ketawa seperti tidak ingat dunia. Bukan setakat didalam kelas kami dapat berinteraksi tetapi kami juga boleh menghubungi beliau di FB. Wah, memang beliau laksana sahabat. Sempoi sungguh, setiap post beliau yang mana kami balas pasti disapanya seperti kawan lain menyapa (menerusi komenlah). Tatkala penulis menghadiri kuliah beliau, penulis pasti bersemangat kerana setiap apa yang disampaikan olehnya sangat berguna untuk diri penulis dan rakan-rakan yang akan memasuki Tahun 3 semester depan yang mana semua pelajar tahun akhir dikehendaki membuat satu Undergraduate Research Report or Projek Sarjana Muda (PSM) almaklumlah beliau mengajar kami dalam subjek (Research Methodology & Information Retrieval).

Masih ingat pesan beliau yang masih berada dalam fikiran yang mana beliau menasihatkan kami supaya tidak bertangguh dalam menyiapkan tugasan PSM kami kelak kerana itu adalah tugasan wajib sekiranya kami ingin graduasi. Tetapi beliau turut menasihatkan supaya memilih tajuk PSM yang mana (sekiranya kami berminat) boleh kami gunakan untuk Master dan PhD kelak. Memang lain pensyarah lain pendekatannya. Beliau sentiasa juga meminta kami berfikir suapaya berusaha untuk memperoleh CPA dan CGPA yang cemerlang kerana tuntutan pekerjaan pada masa ini menginginkan kualiti sebegini (walaupun tidak kesemuanya).

Setiap kali beliau memaparkan hasil kerja pelajar seliaannya dalam peringkat Master dan PhD, penulis tidak tahu bagaimana orang lain tetapi penulis berasakan sangat berinspirasi dengan apa yang ditunjukkan. Terdetik di hati penulis mahu melakukan perkara yang sama kelak (menuntut di peringkat Master dan PhD) jika ada kesempatan dan rezeki. Dan pujian harus penulis layangkan kepada beliau kerana beliau merupakan insan yang sentiasa memberi inspirasi dan mendorong diri penulis supaya menggapai kejayaan yang hanya memerlukan usaha yang menggunug (bukan sebelum ini tidak semngat tetapi cuma kali ini lebih semangat!)

Ialah, setiap yang bermula pasti ada akhirnya begitulah jua kisah kami semua yang mana hubungan pensyarah dan pelajar yang tidak akan putus. Jika pelakon dianugerahkan anugerah bagi menghargai bakat lakonan mereka, pensyarah apa kurangnya. Anugerah yang terindah dalam hidup seorang pensyarah yang mana saya yakin dan percaya adalah dengan melihat kejayaan anak didiknya dan bagaimana ilmu yang telah dipelajari dapat dimanfaatkan kepada masyarakat, bangsa dan agama. Akhir kata, kami semua sayang Dr. Niza dan terima kasih dalam usaha mendidik kami supaya menjadi pelapis masyarakat yang dapat menyumbang sesuatu kepada negara dan ucapan sayang kami ini ditujukan khas buat semua tenaga pelajar di luar sana!

p/s : Teringat cikgu-cikgu disekolah-sekolah lama :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...