BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

TENANG BILA MASALAH DIRUJUK KEPADANYA...

Sunday, April 03, 2011

Assalamualaikum dan salam satu malaysia kepada semua yang sudi membaca blog ini. Dah seharian tak menulis, bukan apa penulis baru sahaja diserang penyakit gastrik yang barangkali sudah lapan bulan menyepi. Ialah sakit2 juga, tetapi hidup ini tidak boleh mengeluh berpanjangan kerana sudah dijanjikan oleh Dia di atas bahawa setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Kita sebagai hamba harus sentiasa bersyukur dalam setiap satu perkara yang telah ditakdirkan kepada kita.

Bila sebut mengenai sakit dan sebagainya mesti ramai yang akan terbayangkan muka ibu dan menyebut "ibu" sekurang-kurangnya kerana bukan ingin menyalahkan semua tetapi terdapat segelintir yang hanya mengingati ibu apabila ditimpa musibah dan pelbagai kesusahan lain. Alhamdulillah buat penilaian diri sendiri, penulis masih belum ke tahap yang se'nazak' itu. Segala perkara yang bakal dilakukan penulis, penulis berminat untuk berbincang dengan ibu terlebih dahulu.

Seorang pensyarah yang sedang mengajar penulis pada semester ini pernah berkata, "sharelah segala perkara yang anda lalui atau segala keputusan yang akan diambil bersama ibu anda. Walaupun ada sebahagian daripada anda yang mana ibu dan bapanya hanya bekerja sebagai penoreh getah dan pendidikan mereka tidak setinggi anda tetapi tahulah segala apa masalah atau perkara yang anda lalui pasti mereka ada cara untuk bercakap kepada anda."

Sehingga sekarang, penulis masih mengingati setiap perkataan yang diucap oleh pensyarah ini kerana segala apa yang diucapkannya seperti merujuk kepada diri penulis. Ya, memang ibu penulis seorang penoreh getah dan dia memang tidak ada pendidikan setinggi penulis dan penulis tidak nampak mana-mana nasihatnya yang tidak harus diikuti kerana itulah segala nasihatnya sentiasa menjadi panduan terhadap diri ini. Mungkin benar ada yang mengatakan orang tua ini makan garam dahulu daripada kita. Segala nasihat yang diberikannya kepada kita adalah berdasarkan kepada pengalamannya sepanjang hidup di muka bumi ini. Takkan ada ibu yang ingin menjahanamkan kehidupan anaknya sendiri.

Wahai sahabat, janganlah sibuk mencari alternatif bagaimana menghadapi sesuatu perkara andai nasihat orang tua langsung tidak kita amati dan fahami. Walaupun status pendidikan membezakan antara kita dan dia, mewujudkan jurang terhadap penerimaan logik kita terhadap solusi yang diberinya, ingatlah, dia iaitu ibu kita sentiasa tahu apa yang akan diucapkan kepada kita kerana bila sesuatu permasalahan timbul bukan bagaimana kita menghadapinya sahaja yang menjadi pertanyaan tetapi setenang mana kita sepanjang permasalahan itu datang bertandang...

p/s : kesan gastrik masih ada :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...