BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

KECEMERLANGAN SEMAKIN MALAP...

Wednesday, May 11, 2011

Tak sampai beberapa minit entri pertama dikeluarkan pada bulan ini, muncul pula entri yang kedua ini. Bukan apa, entri kali ini sebagai kesinambungan kepada apa yang ditulis dalam Majalah Solusi(maaf tidak ingat keluaran apa dan siapa penulisnya) dan apa yang ditonton semalam di NatGeo astro channel 553 yang bertajuk Tsunami Japan : How It Happened. Memang penulis menunggu saat-saat keluarnya dokumentari seperti ini setelah bencana itu melanda negara matahari terbit itu kerana dokumentari seperti ini akan menceritakan bagaimana tsunami melanda pada ketika itu dan apa kesannya terhadap masyarakat setempat Jepun.


Memang dahsyat bencana yang melanda pada 11 Mac 2011 itu yang mana pada hari ini sudah 2 bulan masyarakat Jepun telah menghadapi bencana ini. Bila melihat bencana seperti ini, jelas membuktikan kepada kita bahawa Kiamat itu semakin dekat sesuai dengan apa yang diberitakan melalui lembaran2 al-quran dengan banyaknya kejadian gempa bumi dan tsunami adalah produk kepada gempa bumi dan kali ini di Jepun bermagnitud 9 skala richter setelah penilaian dibuat semula bersesuaian dengan impak yang diterima.


Tetapi apa yang mengganggu penulis adalah bagaimana sikap segelintir masyarakat Islam yang pantas mengambil AlQuran dan mencari ayat-ayat yang mempunyai kaitan dengan bencana yang melanda. Maka nama surah, bilangan ayat yang terdapat di dalam sesebuah surah dan pelbagai jenis formula 'matematik' dikeluarkan semata-mata mahu menunjukkan perkhabaran itu sudah lama tertulis di dalam surat cuma ianya tersirat. 


Memang AlQuran merupakan kitab benar yang datang daripada Allah dan segala apa yang ditulis dan diwahyukan harus kita beriman sesuai dengan pengertian Islam itu sendiri. Tetapi itu bukan masalah utama kerana penulisan ini bukan mahu menidakkan kebenaran AlQuran yang mahu suci tetapi sikap masyarakat Islam yang suka mengambil jalan mudah mencari isi tersirat al quran yang sememangnya tidak boleh diragui kebenarannya berbanding mencari sebab ilmiah mengapa tsunami itu berlaku berlandaskan ilmu al-quran, sains, geografi dan sebagainya. Bagi penulis jika bukti itu sudah ada melalui carian dan penyelidikan ilmiah serta disulami dengan penerangan al quran (penulis tidak bermaksud meletakkan AlQuran sebagai rujukan kedua) kerana itulah bagaimana bumi dan isinya berfungsi saat adan tika ini yang mana mahu bukti dahulu baru percaya, barulah kebenaran Islam sukar diragui.


Begitulah umat Islam yang mana kecemerlangannya menjadi petunjuk umat-umat lain seperti Al-Zahrawi dan sebagainya dalam bidang-bidang yang menyeluruh, geografi, perubatan, matematik dan sebagainya. Jika dahulu kita adalah pengasas kepada ilmu-ilmu baharu tetapi kini kita hanyalah sekadar pengikut terhadap ilmu yang sedia ada dan kita juga menghadapi masalah mengusai ilmu-ilmu tersebut. keadaan ini bertambah teruk dengan keadaan yang dinyatakan di atas. Dalam dunia hari ini, kita harus bijak memahami dan mengaplikasikan ilmu yang kita ada kerana apa jua yang berlaku akan kita terkandas dengan ketidakupayaan ini. Bersyukur, dengan pelbagai musibah yang melanda dunia Malaysia dapat menghulurkan bantuan walaupun dengan kadar yang sikit dan syukur juga kepada Illahi kerana Malaysia tidak menghadapi bencana-bencana seperti ini kerana ingatlah jika bencana seperti ini melanda negara kita, kita sememangnya blum bersedia lagi. Semoga berjumpa lagi dalam keluaran yang akan datang :)


p/s : takutnya tengok footage yang terdapat dalam dokumentari ini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...