BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAH FAHAM HARUS DISELESAIKAN...

Wednesday, May 11, 2011

Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Harap semua sihat hendaknya. ya sekarang penulis sedang bercuti yang akan dipanjangkan selama 4 bulan. Otak sekarang sedang berfikir-fikir sama ada mahu dudk rumah sahaja atau bekerja. Duduk rmah boleh bantu emak dan kalau kerja boleh bantu mak jugak dengan bagi sedikit duit gaji yang diperoleh nanti (bagus, sudah ada n iat baik di situ hehhehe masuk bakul angkat sendiri). Kalau dudk rumah boleh gemuk kan? sebab makan tidor, makan tidor :). Kalau kerja boleh timba pengalaman. Ehm, kerjalah kan it sounds better. Well, tajuk entri kali ni memang sentiasa berkait dengan kehidupan kita sehari-harian.


Yelah kan, sebab sepanjang hari kita sentiasa berurusan dengan orang ramai dan setiap masa kita bercakap ada masa kita sedar dan sebaliknya serta ada masa kita fikir apa yang kita cakap dan sebaliknya. Pepatah lama pernah berkata terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Kekadang kita sebagai manusia mempunyai tanggapan dan persepsi yang berbeza dalam mengutarakan pendapat dan cara kita menegur perbuatan yang tidak sedap di depan mata kita. Kekadang juga kita rasa apa yang kita lontarkan menerusi percakapan itu sudah sehalus mungkin tetapi penerimaan sesorang individu yang kita tegur mempunya maksud yang berbeza. Fitrah manusia yang dilahirkan dengan pelbagai sikap itu tidak harus kita nafikan.


Bila salah faham sebegini telah mengundang dan pada sesetengah jeadaan merosakkan hubungan kita sebagai seorang kawan, keluarga dan sebagainya, kesalahfahaman itu harus diselesaikan dengan segera. Jika tiada inisiatif ke arah itu, salah seorang individu yang terlibat harus mengambil inisiatif menyelesaikan perkara ini. Abaikan segala sikap ego, kerana dalam situasi ini tiada pihak yang untung jika keadaan ini berterusan bahkan keadaan mungkin semakin bertambah buruk. Biar kita menebalkan muka dan harus diingat maruah ketika ini berada ditempat yang paling tinggi. Seperti yang diberitahu tadi, semua orang pernah mengalami perkara ini dan yang membezakan kita dengan orang yang lain adalah bagaimana permasalahan ini ditangani. Penulis kerap mengalami insiden sebegini kerana segala pengucapan penulis berbau negatif pada persepsi orang lain dan itulah unik seseorang manusia. 


Apa yang penting pada saat dan tika ini adalah kita tahu apa yang kita buat dan jangan segan memohon maaf jika apa yang kita buat tampak salah pada mata individu lain. Semoga kita berjumpa lagi dalam entri-entri yang akan datang. Segala pertanyaan boleh layangkan ke emel saya sendiri azringenius91@gmail.com


p/s : mood BlackBerry~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...