BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SUSAH KU UNGKAP CINTA...

Thursday, March 15, 2012


Crush? Ramai dalam kalangan kita pernah mempunyai orang yang saat dan detik kita melihat si dia hati mengatakan "Aku suka dia!!!" tetapi sekadar suka dan cinta pandang pertama tidak mencukupi. Setakat yang aku pasti, aku punya dua. Satu tatkala di bangku sekolah menengah dan satu lagi sekarang. Tapi... Dia sudah berpunya. Cukuplah dengan memuji si dia cantik setiap hari itu sudah memahami.

SKOP PENGARAH DAN PENERBIT HARUS LEBIH FOKUS...


As Salam dan selamat pagi semoga semuanya dalam keadaan sihat. Bersempena hari khamis ini pasti ada yang berpuasa. Selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga anda semua senantiasa berada di bawah naungan rahmat-Nya. Entri kali ini difikirkan mungkin boleh menjadi panduan atau nasihat kepada pengarah-pengarah filem tempatan kita. Bersesuaian dengan tayangan filem Bunohan di panggung seluruh Malaysia, walaupun sudah mencapai pelbagai pengiktirafan di luar negara tetapi tetap tidak mendapat perhatian rakyat Malaysia amnya.

SEMESTER AKHIR, BUSY nyer...

Wednesday, March 14, 2012


Menjengah semester akhir ini, banyak perkara memerlukan masa yang singkat untuk disudahkan. Mana dengan  projek tahun akhir, assignment, quiz, test... Kursus wajib universiti lagi, masih berbaki dua kursus lagi. Yang akan datang ujian Bahasa Inggeris (TECS) bahagian I dijangka minggu hadapan. Pernah tweet berkaitan keluhan kesibukkan pada semester yang terakhir dan salah seorang follower kata adatlah dan insyaAllah nanti kita akan rileks :D.

Usahawan : Datuk Hajjah Siti Nurhaliza Tarudin

Tuesday, March 13, 2012

Entri saya pada kali ini merupakan sebahagian daripada tugasan Keusahawan saya. Tugasan pada kali ini meminta kami memilih seorang usahawan dan menceritakan latar belakangnya dan saya telah memilih Siti Nurhaliza sebagai usahawan yang ingin saya ceritakan kejayaan. Diharapkan entri kali ini dapat menceritakan kejayaan Datuk Siti dalam bidang keusahawanan...

Beduk Diketuk?

Tatkala membaca ruangan ini di dalam Majalah Solusi sepanjang edisi, kolum "Beduk Diketuk" merupakan ruangan yang amat mudah menambat hati sesiapa yang membacanyawalaupun  pada peringkat  permulaan. Menyusuri lenggok penulisannya, sudah dapat digambarkan bahawa ini adalah satu lagi karya bermutu oleh Pahrol Muhamad Juoi.


Keyakinan Janji Manusia...

As salam dan selamat pagi. Barangkali ini bukan sebenarnya masa yang selalu saya luangkan untuk mengupdate entri terbaru di blog saya tetapi telah saya tinggalkan nota di almari bacaan saya berkaitan tajuk yang ingin saya bawakan pada kali ini tidak mahu tidak saya tidak dapat melepaskan peluang berkongsi rasa ini. Acap kali kita manusia sentiasa berpegang pada janji sahabat dan rakan-rakan kita.



Selamat Menjangkau usia 21 tahun...

Wednesday, February 29, 2012


Yazre bin Yusof. Menginjak usiamu yang ke-21 sudah membuat aku merasakan cepatnya putaran dunia, pantasnya detik waktu! Mungkin sudah separuh abad diri ini mengenali kamu yang aku istilahkan sebagai seorang rakan. Pernah fasa duka dan hiba dalam tempoh perhubungan persahabatan kita. Aku mengaku kebanyakkannya berpunca dari diri ini yang acap kali mudah terasa walhal pada hal yang sekelumit cuma. Mana bisa masa sesingkat dan secepat itu aku mengenali seluruh isi hati budimu tetapi pasti cukup untuk kamu aku menceritakan pelbagai masalah, berkongsi segala ketidaktentuan rasa dan berasa tenang bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...