BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Keyakinan Janji Manusia...

Tuesday, March 13, 2012

As salam dan selamat pagi. Barangkali ini bukan sebenarnya masa yang selalu saya luangkan untuk mengupdate entri terbaru di blog saya tetapi telah saya tinggalkan nota di almari bacaan saya berkaitan tajuk yang ingin saya bawakan pada kali ini tidak mahu tidak saya tidak dapat melepaskan peluang berkongsi rasa ini. Acap kali kita manusia sentiasa berpegang pada janji sahabat dan rakan-rakan kita.




Tetapi ingatlah wahai saudaraku bahawa dengan berpegang pada janji seorang manusia itulah seseorang bisa terusik rasa kecewa apabila janji yang telah diikrar akan dituruti tidak dilakukan seolah-olah hanya menanam tebu di tepi bibir. Igatlah wahai sahabat yang aku kasihi sekalian, janji manusia itu tidak sehebat janji Sang Pencipta.

Manusia itu berpotensi memungkiri kerana manusia itu bisa melupakan dan dilupakan, bahkan mereka juga mungkin tidak terkesan dengan perlakuan mereka meninggalkan amanah janji. Dek terlalu yakin dengan janji manusia, kita mudah sangat mengalah terhadap duka dilupakan. Andai bisa kita tahu dan sedari janji Allah itulah janji yang hakiki. Jika ditulis begini dalam dalam kitab suci Al-Quran begitulah yang akan terjadi. Ya sahabat, berkali-kali Al-Quran itu kita tatapi tetapi isinya jauh sekali mahu kita dalami dan fahami apatahlagi menyelari sesuai dengan resmi kehidupan kita.

Ayuh para sahabat usah bazirkan air matamu tatkala mengenang janji yang ditaburkan tetapi tidak ditunaikan kerana pasti hati kita berbahagia tatkala mengingati janji-Nya yang tidak sesekali akan dilupakan. Rawat kembali hati yang mencemaskan sesuatu yang tidak patut dirunsingkan moga kita akan sentiasa tergolong dalam golongan yang dirahmati Allah S.W.T.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...