BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SEMESTER AKHIR, BUSY nyer...

Wednesday, March 14, 2012


Menjengah semester akhir ini, banyak perkara memerlukan masa yang singkat untuk disudahkan. Mana dengan  projek tahun akhir, assignment, quiz, test... Kursus wajib universiti lagi, masih berbaki dua kursus lagi. Yang akan datang ujian Bahasa Inggeris (TECS) bahagian I dijangka minggu hadapan. Pernah tweet berkaitan keluhan kesibukkan pada semester yang terakhir dan salah seorang follower kata adatlah dan insyaAllah nanti kita akan rileks :D.
Tetapi apa yang penting, pengajian selama 3 tahun akan aku khatamkan bulan julai nanti, InsyaAllah. Baru tadi kami pelajar tahun akhir selesai mendengar taklimat PSM II. Pada sesi kali ini kami diberitahu mengenai sistem permakahan ubjek 4 kredit ini :). Agak gementar kerana semuanya dijangkakn disiapkan kami pada minggu kesepuluh dan buat pengetahuan sekarang ini kami di minggu keempat/ memang kedengaran agak lambat lagi tetapi sebenarnya jurang masa selama enam minggu itu sekejap sahaja perhitungannya. Moga-moga segala apa yang dirancangkan pada semester kali ini mengikut perancangan itu. 

Sahabat semua, hargailah masa. Gunakan masa yang dikurnia kepada kita dengan sebaik-baik mungkin kerana kita tidak mampu menyeka aliran masa. Andai terbazir satu minit, ianya tidak akan datang lagi. Bahkan nanti kita dipertanggungjawabkan dengan setiap masa yang ada pada kita di akhirat kelak. Baiklah, petang ni masih ada taklimat lagi, kali ini di Kolej Tun Fatimah berkaitan kursus wajib universiti, TECS. Semoga anda dapat menjalani hari ini sebaik yang mungkin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...