BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SKOP PENGARAH DAN PENERBIT HARUS LEBIH FOKUS...

Thursday, March 15, 2012


As Salam dan selamat pagi semoga semuanya dalam keadaan sihat. Bersempena hari khamis ini pasti ada yang berpuasa. Selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga anda semua senantiasa berada di bawah naungan rahmat-Nya. Entri kali ini difikirkan mungkin boleh menjadi panduan atau nasihat kepada pengarah-pengarah filem tempatan kita. Bersesuaian dengan tayangan filem Bunohan di panggung seluruh Malaysia, walaupun sudah mencapai pelbagai pengiktirafan di luar negara tetapi tetap tidak mendapat perhatian rakyat Malaysia amnya.
Manakan tidak, kutipannya dalam masa 4 hari hanyalah sekitar 330K. Jika mengikut perhatian saya di laman sosial setahun dua kebelakangan ini telah menunjukkan jika sesebuah filem itu telah mendapat perhatian di negara luar terlebih dahulu dan ianya juga mendapat perhatian golongan professional industri hiburan pasti filem itu seperti sebuah sumpahan yang mana akan menyebabkan tidak laku di pasaran tempatan. Bila hal-hal sebegini berlaku mulalah golongan-golongan ini yang mengatakan mereka "professional" dalam bidang lakonan mengkritik cara pemikiran dan selera penonton tempatan terhadap sesebuah filem. 

Teori saya cukup mudah, jika anda mahukan filem anda sebuah filem yang box office di panggung anda harus mengikut pasaran dan selera penonton pada masa itu dan jika anda mahukan sebuah filem yang mana diangkat sebagai karya terbaik anda juga boleh melakukan itu dan persetankan segala apa hasilnya nanti yang mana kutipannya tidak seperti yang dijangkakan. Expect the unexpected!!! Tetapi jika anda mahukan filem anda berada dalam dua-dua lingkungan itu maka anda harus memastikan elemen-elemen kepada kedua-dua gabungan itu disadurkan menjadi yang terbaik! Tapi malangnya melalui amatan saya yang bukan dalam golongan ini, susah bagi pengarah Malaysia menggabungkan filem berkualiti dan filem yang digemari sehingga mencecah jutaan yang menonton.

Seperti mana yang dinyatakan di atas, anda harus jelas dan lebih memfokus terhadap dua genre ini sama ada anda mahukan yang terbaik atau pulangan yang menguntungkan. Usah menjadi stereotaip Melayu mengeji filem-filem yang mendapat kutipan tinggi walaupun kualitinya pada amatan anda sungguh kurang kerana mereka hanya mempersembahkan apa yang dikehendaki oleh khalayak. Tetapi tidak salah membuat filem yang mana hanya golongan-golongan professional sahaja yang menikmatinya kerana akhirnya kepuasan yang menjadi keutamaan sama ada penonton atau penerbit.

Pesan saya, hentikanlah gejala kutuk-mengutuk sesama anda kerana industri perfileman Malaysia tidak seperti apa yang anda lihat di Hollywood atau lain-lain bahkan tidak boleh disamakan langsung balik-balik muka itu jua yang anda akan jumpa. Susahlah kalau orang berak besar anda pun mahu berak besar. Think positive and keep on producing films :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...