BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

BABY STEPS ON HOW TO MAKE RINGTONE USING iTUNES VERSION 12 ON MacBook (OSX Yosemite) 2015! CARA-CARA MUDAH MEMBUAT RINGTONE MENGGUNAKAN iTUNES VERSI 12 PADA MacBook (OSX Yosemite) ANDA 2015!

Tuesday, February 17, 2015

Assalam, lama tak menulis dekat blog saya ni, sumpah kata, lebih pada bersawang dah rasanya. Untuk permulaan tahun 2015 ini, saya berazam untuk memberikan info-info yang berguna yang mana kita rasa benda itu mudah tapi kita malu atau kita tak tahu nak cari sumber yang betul untuk bertanya. So, malas lah nak berceloteh panjang, kita straight to the point aje! 

Dekat iTunes, Apple memang lah jual ringtone tapi harga 1.99$ each tau, lebih kurang RM6++ duit Malaysia kalau kau rajin convert. Aku memang tak lah nak beli ringtone dekat iTunes. Aku dekat iTunes ni paling kurang pon beli Full Album (Konsert Lantera Timur CTDK with Orkestra Tradisional) yang berharga 12.99$ kalau xsilap tak pon beli satu lagu, itu pon 0.99$ yang mana aku rasa berbaloi! Ringtone ni boleh buat sendiri kot guna iTunes dekat MacBook. So? Let's go!!!

Step 1


1st thing first, kau bukak lah iTunes dekat Mac kau. Sat lagi ade jugak yang komen, "Bro, nak buat mcm mana ni???" Dasar tak nak baca and tengok gambar! Bangsa membaca bangsa berjaya tau!!! Hehehhehe

Step 2


Kemudian, kau pergi ke track lagu yang kau suka then right click on macbook trackpad atau menggunakan features dua jari sekali gus untuk mendapatkan menu yang tertera seperti dalam gambar! Then, kau tekat pada ayat, "Get Info".

Nak tahu lebih lanjut? Baca seterusnya! hehehhehehe
Step 3


Lepas kau tekan ayat, "Get Info" kau terus tekan tab bar yang tertulis "Option". Baru kau dapat seperti yang tertera pada gambar.

Step 4


Kemudian, kalau kau perasan pada gambar sebelumnya, ada dua kotak kecil bersebelahan perkataan "start" dengan "stop". Kau tekan butang kecil kepada kedua-duanya supaya dapat right tick seperti gambar yang aku tunjuk di atas ni!

Step 5



Ok, this is an interesting part! Untuk melayakkan lagu yang korang nak tu menjadi RINGTONE, syarat utama dia ialah track lagu tersebut hendaklah berdurasi 30 saat sahaja! So dekat ruangan "start" dengan "stop" ni lah korang kena main-main sikit. Korang kena dengar lagu tersebut dan take not, dekat saat dan minit ke berapa korang nak ringtone korang bermula... Seperti gambar dekat atas, aku select ringtone aku dekat 0 saat atau dekat saat yang ke-50 dan aku stop pada 30 saat yang kemudiannya. Dah puas hati? Kau tekan OK ek! Kalau sesapa nak ringtone korang kurang daripada 30 saat pon boleh, up to you!!! Kalau korang tak faham lagi, aku tak taw la macam mana :). 

Step 6


Lepas korang dah select/decide dekat mana korang nak ringtone korang start dengan stop. Korang right click or double finger atas trackpad MacBook korang. Lepas tu, korang tekan "Creat AAC Version" pada pilihan menu yang tertera. After that, korang akan dapat gambar seperti yang dibawah! Tadi ada satu lagu je, sekarang korang ada satu lagi track lagu iaitu your future ringtone dengan berdurasi 30 saat sahaja!


Step 7


Kemudia, dekat track lagu yang berdurasi 30 saat tu, kau right click or double finger untuk mendapat menu seperti di atas. Kali ni, korang tekan "Show in Finder".

Step 8


Dekat "Finder" ni, korang akan jumpa dua track lagu. Macam mana kau nak beza kan track lagu asal dengan track lagu ringtone kau nanti? kau tengok size file dia, semestinya yang paling kecil size dia, adalah size ringtone kau nanti. Ke kat sini pon pening gak? Eh, takda masa aku nak layan kelembapan yall. Gituuu! Takdelah, korang perhati elok-elok eh gambar tersebut. tengok sampai paham!

Step 9


Kau tekan pada nama file lagu ringtone korang tu, lepas tu, dia akan jadi seperti gambar di atas. Tadi kan lagu tu, dia "..... .m4a" kan??? Sekarang, aku nak kau move cursor kau dekat hujung tulis tu, kemudian tukar daripada m4a ke m4r! Faham kan?!

Step 10


Bila dah siap tukar tu, kau terus tekan "enter" dekat keypad MacBook kau eh. Kemudian, akan ada pop-up menu seperti dekat atas yang suruh kau pilih "Keep .m4a" or "Use .m4a". Kau jangan nak memandai tekan "Keep .m4a" eh, aku pukul tangan tu karang, hahahahhaha. Kau tekan lah "Use . m4r". Lepas tu, lagu kau nak tu akan bertukar lah format secara automatiknya ehehhehe. Kenapa "a" kenapa "r"? Eleh, tak yah nak buat-buat faham lah!

Step 11


Sekarang, kau pergi semula ke iTunes kau. Dan right click or double finger on your trackpad. Lepas tu kau pergi dekat menu yang tertulis perkataan "Delete".


Lepas tu, kau tekan "Delete Song".


Lepas tu, kau tekan "Keep File". Kalau kau tekan "Move to Trash" alamatnya hilang lah lagu yang kita edit tu weh!

Step 12


Lepas tu, kau pergi semula dekat "Finder" then kau double click track lagu dengan format "... .m4r" untuk memasukkan lagu ringtone korang secara rasmi dalam iTunes. 

Step 13


Korang pergi ke iTunes lepas tu hover your pointer dekat titik 3 berderetan tu, kemudian kau tekan "Tones".


Walah! Kau punya ringtone dah ada dekat dalam iTunes! Lepas tu, kau cucuk je iPhone 6 or 6+ or semua varian iPhone dan kau boleh syn dan nanti ringtone tu dah ada dekat iPhone kau! Lepas tu, kau pilih je lah rintone yang kau buat tu jadi ringtone dekat iPhone kau hehehe.

Last Step!


Ha, dah seronok dengan lagu ringtone terbaru tu, jangan dilupakan dekat lagu asal tu! Pergi balik semula ke "Get Info" dan tekan tab "Options".


Tadi kau tick kan dekat box bersebelahan dengan perkataan "start" dengan "stop" kan? Sekara un-tick semula dekat box tu, nanti lagu kau akan berdurasi penuh, sama seperti yang asal.


Selamat Mencuba!!! Sebarang pertanyaan atau request boleh emel/iMessage: azrinahmad1@gmail.co

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...