BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

HOW TO CHANGE PASSWORD FOR TM STREAMYX WiFi 2015? MACAM MANA NAK UBAH PASSWORD UNTUK WiFi TM STREAMYX 2015?

Tuesday, February 17, 2015

Assalam dan selamat hari selasa! Ok, untuk post kedua pada hari ini, aku nak tunjuk langkah-langkah mudah bagaimana nak ubah password wifi bagi line streamyx di rumah anda! Mudah gila cara ni. Aku tetiba nak tahu macam mana nak ubah password wifi ni. Aku ingat nak kena tekan apa-apa ke dekat modem wifi tm dekat rumah aku ni, rupanya tukar dekat smartphone or apa-apa gadget pon boleh.


Zaman sekarang ni kan, orang kemain lagi pandai curi line streamyx dekat kawasan perumahan kita. Aku ada baca, salah satu cara nak selamatkan line wifi kita adalah, kita kena rajin tahap dewa untuk ubah password kita. Tak tahu lah sama ada benda ini jadi atau tak, tapi tak salah mencuba kan? OK ikuti lah cara yang akan saya tunjukkan di sini! Saya juga telah menanyakan cara-cara untuk mengubah password wifi streamyx dekat twitter tm dengan tweet handle @TMConnects.

Step 1


Korang punya modem wifi haruslah JENIS ini ya!

Step 2


Bila korang dah connect dengan line wifi streamyx rumah korang, korang mestilah masuk ke http://192.168.1.1 dekat browser pilihan korang. Korang memerlukan login id dengan password.

Step 3



Untuk login id, korang kena pilih sama ada tmadmin atau tmuser. Pilih salah satu ya!

Untuk password pulak, korang kena pilih salah satu jugak! Sama ada Adm@xxxx or Usr@xxxx. Macam mana nak dapatkan 4 digit terakhir MAC address modem? OK korang cuba tengok dekat bawah modem tm tu mesti ad!


Untuk kes saya, saya akan masukkan Adm@3F7C atau Usr@3F7C sebagai password!

Step 4



Ok, bila korang dah masuk page tu select interface setup kemudian ambil wireless. Tukar lah nama wifi atau password dekat ruangan yang diberikan. Then, klik save and walah! Dah siap heheheheh

Selamat mencuba! Sebarang cadangan atau pertanyaan boleh emel/iMessage: azrinahmad1@gmail

1 comments:

passion said...

Kene pakai wayar sambung kat modem atau tak perlu.. Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...